Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#Spyshot: Foto Bajaj-Triumph Scrambler 400 Diuji di India
Auto Terkini

#Spyshot: Foto Bajaj-Triumph Scrambler 400 Diuji di India

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize19/04/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS mengambil alih operasi Triumph India sebagai sebahagian perjanjian perkongsian, Bajaj bakal melancarkan model pertama, dijangka Scrambler lewat tahun ini berikutan penampakan motosikal itu sedang ditunggang uji di India.

Pelancaran motosikal tersebut dijangka suku terakhir tahun ini seperti didedahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KTM, Stefan Pierer yang mendakwa perkongsian Bajaj-Triumph bukan ancaman kerana persaingan menjadikan KTM lebih baik.

Model Bajaj-Triumph Scrambler 400 bukan saingan kepada mana-mana model KTM, tetapi lebih kepada Royal Enfield Hunter 350.

Dari perspektif Bajaj, ini percubaan kedua syarikat menentang Royal Enfield selepas percubaan awal dengan Dominar tidak cukup menarik. Disebabkan model ujian itu dikesan tanpa sebarang pelekat kamoflaj, motosikal itu mungkin menghampiri fasa pengeluaran tidak lama lagi.

Rekabentuk pula menerima lampu depan LED bulat, lampu signal belok unik, rekaan tangki minyak klasik, suspensi fork terbalik (USD) di depan dan monoshock (belakang), rim aloi dan enjin warna gelap.

Ergonomik duduk selesa dengan peg kaki dipasang di tengah dan bar hendal dinaikkan sedikit. Model itu turut mendapat sistem brek cakera depan dan belakang dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran dijangka ditawarkan sebagai standard.

Berbeza penampakan awal di India dengan paip ekzos tunggal, versi baharu itu ada dual-ekzos dengan deruman dijangka dipertingkat.

Ciri lain ialah panel meter analog dengan paparan multi-info (MID), indikator gear, bar bahan api, takometer dan pelana kembar yang selesa untuk penunggang. Namun, pelana pembonceng sedikit sempit yang nampaknya bukan idea baik untuk perjalanan jauh.

Model ujian dikesan itu didapati mempunyai aksesori Triumph seperti kotak barang (top box) lembut, beg pelana, beg tangki, pelekap bagasi dan bahagian perlindungan.

Dijangka barisan Bajaj-Triumph akan datang menawarkan model 250cc dan 350-400cc. Walaupun spesifikasi rasmi belum didedahkan, versi 250cc mampu menjana kuasa sekitar 30hp, manakala enjin 350cc menghasilkan sekitar 40hp.

Juga dilengkapi ciri klac antigelincir, sistem penyejukan cecair, teknologi terotel elektronik throttle-by-wire dan quick shifter. Ciri konektiviti telefon pintar juga disediakan.

Harga pelancaran Bajaj-Triumph akan datang dijangka sekitar 200,000 rupee (RM10,795) hingga 300,000 rupee (RM16,190) dan kemungkinan ditawarkan dalam perlbagai gaya badan seperti roadster, scrambler, cafe racer dan flat tracker.

Sama seperti KTM buatan India, produk Bajaj-Triumph akan datang juga mensasarkan pasaran eksport. Harley Davidson sudahpun memulakan misi sama dengan motosikal aras mula pertama menerusi kerjasama dengan Hero MotoCorp.

BACA >>> Royal Enfield Hunter 350 (2023) Dilancarkan, Harga Mula RM22k!
BACA >>> Bajaj Lancar Pulsar NS200 (2023) Dan NS160 (2023), Harga Mula RM7.3k!

SUMBER: RushLane

250cc 350cc 400cc Auto Terkini bajaj Bajaj-Triumph India KTM Spyshot Stefan Pierer Triumph
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.