• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Benarkah Ini Rupa Yamaha YZF-R25 (2021)?

#Spyshot: Benarkah Ini Rupa Yamaha YZF-R25 (2021)?

November 16, 2020 By AI 1 Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SPORTBIKE suku liter ialah segmen dua roda yang menjadi imipian ramai peminat motosikal. Ini kerana tidak semua orang mampu memiliki superbike atau sportbike jenis middleweight. Jadi model 250cc boleh dikatakan sasaran yang paling realistik untuk disasarkan selepas sekian lama menunggang kapcai atau sportbike aras mula.

Antara model yang sering mendapat perhatian dalam segmen 250cc ialah Honda CBR250RR dan Yamaha YZF-R25.

BACA >>> #BikinMotor: Yamaha RX-Z dengan Fairing RZR dan Fork USD CBR250RR

Buat masa ini ramai menunggu ketibaan R25 (atau R3) edisi 2021. Terbaharu muncul klip video, dipercayai dari Vietnam, dengan judul Yamaha R25/R3 2021 New Details | R25/R3 New Model 2021 | New Motorcycle. Video berdurasi 1:59 minit itu memaparkan sedutan video yang diselang-selikan dengan imej lakaran janaan komputer (CG) R25 (2021).

Berdasarkan komen audien, ramai mengharapkan paparan tersebut benar walaupun itu mungkin cuma imej lakaran CG. Ada juga pembaca mendakwa R25 baharu nanti cuma berubah 15 peratus sahaja. Namun segalanya masih belum benar-benar dapati disahkan.

Imej lakaran CG R25 (2021) baharu itu memiliki asas R25 dengan perincian berbeza.  Lampu depan dikecilkan dan bahagian panel kepala ditambah ventilator seakan sirip jerung. Paling menyerlah ialah belakang dengan fairing acah R1.

Persoalannya, adakah benar atau memang itu cuma sekadar imej lakaran CG? Hingga kini tiada siapa tahu sosok tubuh R25 (2021) baharu nanti dan benarkah ia bakal dilancarkan tahun depan?

BACA >>> Perbandingan: Data Dyno Kawasaki Ninja ZX-25R vs Honda CBR250RR
BACA >>> #ApaNakBuat: Apa Perlu Tukar Apabila Sportbike Sudah Berusia 5 Tahun?

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Klip Video Yamaha YZF-R25 (2021), Lakaran CG, Lakaran CGI, roda2, sportbike, sportbike 250cc, Sportbike Suku Liter, Yamaha, Yamaha R25, Yamaha YZF-R25 (2021), Yamaha YZF-R6

Comments

  1. Jan says

    November 17, 2020 at 11:22 AM

    huduh nau, amende lak dahi dah mcm Ang the last airbender?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Nak Tau Status Kereta Terpakai Malaysia, Jepun, UK dan AS? Semak dengan OTOFACTS!
    Nak Tau Status Kereta Terpakai Malaysia, Jepun, UK dan AS? Semak dengan OTOFACTS!
  • Yamaha Exciter 155 VVA (2021) Lancar! Lebih Kuasa, Harga Mula RM7k
    Yamaha Exciter 155 VVA (2021) Lancar! Lebih Kuasa, Harga Mula RM7k
  • Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
    Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my