Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Sportbike Yamaha Manakah Paling Sesuai? R3, R6 atau R1?
Roda2

Sportbike Yamaha Manakah Paling Sesuai? R3, R6 atau R1?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/04/201810 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ARTIKEL kali ini akan membandingkan 3 model sportbike supersport terbaik Yamaha. Kepada peminat Yamaha, bergembiralah!

Jentera sportbike sentiasa jadi idaman ramai peminat motosikal. Sebabnya, cuma sportbike mampu memberikan segala ciri diidamkan penunggang seperti kelincahan, pecutan, dan kelajuan yang tidak mampu disaingi mana-mana segmen dua roda lain. Sportbike ialah kemuncak prestasi dan kepuasan yang muncul daripada evolusi penyelidikan dan pembangunan perlumbaan dalam jangka masa lama.

Hari ini ada pelbagai pilihan sportbike di pasaran. Kali ini kita akan mengulas tiga model Yamaha paling popular seluruh dunia.

YZF R3 (2018)


Motosikal aras mula bagi kategori sportbike ini ialah model R3. Dikuasakan enjin 2-silinder 321cc DOHC penyejukan yang dipadankan transmisi 6-kelajuan, R3 mampu menjana kuasa 42hp pada 10,750rpm dan tork 29.55Nm pada 9,000rpm dengan kelajuan maksimum mencapai 178kmj.

Dengan ketinggian pelana 770mm dan berat basah 166kg (170kg bagi varian ABS), R3 ialah pilihan baik untuk penunggang baru. Jentera ini juga dapat menyusuri perjalanan jauh penggunaan bahan api kira-kira 5 liter per 100km.

Sistem suspensi asal R3 menggunakan unit teleskopik KYB 41mm di depan dan monoshock KYB di belakang. R3 (2018) dijual pada harga AS$4,999 (RM19,335) untuk warna Raven (hitam) atau Vivid White (putih), manakala varian ABS berharga AS$5,299 (RM20,495) bertemakan Team Yamaha Blue atau Raven.


YZF R6 (2018)

Pada 2006, Yamaha menampilkan R6 versi baharu dengan menambah baik versi terdahulu. Beberapa perubahan dilakukan sejak beberapa tahun lalu, dan cuma pada 2017 barulah model supersport Jepun itu menerima perubahan kosmetik menyeluruh.

Meminjam gaya intensif selepas R1 yang diadaptasi daripada jentera MotoGP, Yamaha YZR M1, R6 dilengkapi pakej elektronik lengkap, iaitu ciri yang asalnya hanya dibekalkan kepada jentera bersesaran 1,000cc ke atas, dan model Eropah mahal.

Tidak dinafikan R6 agak radikal dan agresif untuk kegunaan harian, tetapi faktanya, model itu memang dibikin sebagai jentera litar yang sangat berkemampuan untuk kelas supersport 600cc. Jangan tersilap langkah kerana motosikal ini bukan untuk novis, sebaliknya berstatus jentera lumba yang sah ditunggang atas jalan raya biasa.

Nadi R6 (2018) ialah enjin 4-silinder 599cc DOHC penyejukan cecair dengan 16 injap titanium yang mampu menghamburkan output kuasa 116.7hp pada 14,500rpm dan tork 61.68Nm pada 10,500rpm. Enjin rev tinggi ini didatangkan bersama berat basah 190kg dengan kemampuan memecut hingga 257kmj. Enjin 4-silinder sebaris dipasangkan dalam casis Deltabox twin-spar aluminium dan dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan.

Absorber R6 terdiri daripada 3 tetapan pelarasan, fork terbalik (USD) KYB 43mm di depan dan monoshock KYB pada 4 tetapan pelarasan di belakang. Tinggi pelana 850mm, manakala harga ialah AS$12,199 (RM47,210) dengan warna Matte Gray (kelabu), Team Yamaha Blue (biru), dan Intensity White/Matte Silver (putih-perak).


YZF R1 (2018)


Yamaha R1 ialah model perdana bagi kategori superbike Yamaha. Jentera seberat 200kg (berat basah) ini mampu mengeluarkan output kuasa sebanyak 200hp pada 13,500rpm dan tork 112.39Nm pada 11,500rpm daripada enjin 4-silinder 998cc DOHC penyejukan cecair dengan injap masukan titanium bersama padanan transmisi 6-kelajuan.

Seperti R6, jentera berkuasa 200hp ini dibina dengan frem Deltabox aluminium yang dipadankan bersama fork USD KYB 43mm boleh laras penuh dan monoshock 4 tetapan pelarasan. Ketinggian pelana sedikit tinggi berbanding R6 pada ketinggian 850mm.

R1 didatangkan standard bersama sut elektronik canggih, kawalan traksi, kawalan gelincir, ABS, dan kawalan luncur. Ciri-ciri tambahan seperti kawalan lonjakan roda dan Quick Shifter turut ditambah baik bagi model 2018.

Model dijual pada harga AS$16,699 (RM64,625) dan ditampilkan dengan tema warna Raven (hitam), dan Team Yamaha Blue (biru). Ada 3 spesifikasi berbeza dan sebagai tambahan untuk versi standard, Yamaha mengeluarkan varian R1 S yang hampir menyerupai model biasa. Varian R1S dilengkapi komponen lebih murah dan berat, dengan tambahan berat basah asal kepada 3kg. Hasilnya, R1S (2018) lebih murah pada harga AS$14,999 (RM58,023) dan hanya ditawarkan dalam warna Cerulean Silver dan Raven.

Yamaha turut memperkenalkan model ciri lumba dan litar khas dikenali sebagai R1M. Versi M menawarkan pelbagai tambahan terbaik seperti suspensi lumba elektronik Öhlins, dan pelbagai komponen gentian karbon. R1M juga berharga lebih mahal, iaitu AS$22,999 (RM88,971) dan hanya didapati dalam warna gentian karbon atau liquid metal.

Semua model Yamaha di atas didatangkan dengan waranti standard selama setahun.

SUMBER: RideApart

autotainment roda2 sportbike Yamaha Yamaha R1 Yamaha R3 Yamaha R6
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

06/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026

10 Comments

  1. Zonan on 15/04/2018 11:25

    Xde yg komen ke… ok la den komen sikit.. den minat r1.. tu je la den nk komen..

    Reply
  2. hafiz on 03/08/2018 20:46

    Harga r1 dkt malaysia slpas gst brpa ye..soal nye mg nk tarik sbjik ni..cuma skg xde mse nk g kdai tnye sndri

    Reply
  3. Hakim on 24/08/2018 23:49

    Boss R6 2018 sbnarnya HP dia 123.50 HP manakala top speed dia yg sbnar 280KMH bole pegi… yg 257KMH tu sbb dia pulas throttle x habis…#klausalahtlngmaafkan #klaubetulOK

    Reply
    • AO on 25/08/2018 09:22

      ~120hp tu generasi lama. Model 2017 memang confirm bawah 120hp dan top speed tak lebih RM270. Ini fakta Yamaha

      Reply
  4. Eman daus on 30/09/2018 14:09

    R1 rm65k je ke, seriously???

    Reply
  5. Shafique on 27/10/2018 03:06

    Aku baru tanya kedai dekat tmpat aku ada display R6 baru nie, harga cash OTR third party RM 109k

    Reply
  6. Faris on 21/07/2019 17:27

    Apesal ade yang jual r6 smpai 100k+ tapi yg ni 40k+ je

    Reply
  7. anti roadblock on 23/08/2019 10:14

    duti import mahal sangat..sampai ke sudah aku pakai r6 singapore.jumpa roadblock je lari..hmmm,hilang nikmat nak ride

    Reply
  8. Melveen on 23/11/2020 09:20

    Nak tahu harga sebenar Motor R1 tahun 2016 untuk baru dan second hand

    Reply
  9. Noor hayati on 29/11/2020 19:43

    Harga berapa mto r1

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.