Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Spirit Lake Motor Bawa Masuk Legenda Amerika, Indian Motorcycle untuk Pasaran Malaysia
Auto Terkini

Spirit Lake Motor Bawa Masuk Legenda Amerika, Indian Motorcycle untuk Pasaran Malaysia

Han OthmanBy Han Othman23/06/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LEGENDA motosikal dari Amerika Syarikat (AS), Indian Motorcycle, kini rasmi dilancarkan di Malaysia di bawah pengurusan Spirit Lake Motor Sdn Bhd, yang juga subsidiari kepada AFY Mobility Industries (AMI).

Majlis pelancaran bersejarah itu berlangsung di Shizuku Coffee, B.Land, Petaling Jaya, sekali gus menandakan langkah besar ke depan bagi jenama tertua AS itu dalam memperluas pengaruh di rantau Asia Tenggara.

Spirit Lake Motor: Nama Penuh Makna, Warisan Penuh Jiwa

Nama Spirit Lake Motor diambil sempena lokasi kilang utama Indian Motorcycle di Spirit Lake, Iowa, AS sebagai tribut kepada warisan lama jenama itu yang sinonim dengan mutu buatan tinggi dan semangat kental Amerika.

Barisan Model Indian Motorcycle Tiba di Malaysia

Indian Chieftain Dark Horse
Indian Chieftain Dark Horse
Indian Sprigfield Dark Horse
Indian Sprigfield Dark Horse
Indian Scout Classic
Indian Scout Classic
Indian Scout Bobber Twenty
Indian Scout Bobber Twenty
Indian Scout Rogue
Indian Scout Rogue
Indian Scout Bobber - Indy Red
Indian Scout Bobber

Antara model diperkenalkan di Malaysia ialah:

  • Chieftain Dark Horse
  • Springfield Dark Horse
  • Scout Classic
  • Scout Bobber Twenty
  • Scout Rogue
  • Scout Bobber

Model-model itu bukan saja tampil dengan gaya berani dan maskulin, tetapi membawa warisan rekabentuk klasik yang kini disuntik teknologi moden.

Indian Motorcycle Malaysia: Jualan, Servis dan Komuniti, Semua Bawah Satu Bumbung

Sebagai pengedar tunggal eksklusif Indian Motorcycle di Malaysia, Spirit Lake Motor bukan sekadar menjual motosikal, tetapi menyediakan pakej pemilikan lengkap seperti:

  • Servis selepas jualan
  • Stok alat ganti tulen
  • Bantuan teknikal
  • Perlindungan waranti rasmi
  • Barangan rasmi dan eksklusif

Dengan pendekatan itu, pemilik tidak perlu risau kerana segalanya tersedia serba lengkap.

Lokasi Baru, Gaya Hidup Baru, Bilik Pameran Flagship Sedang Dibina

Walaupun Indian Motorcycle beroperasi di AMI Showroom di PJ222, Petaling Jaya, sebuah Pusat 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) baharu sedang dibangunkan untuk menjadi hab gaya hidup flagship yang dijangka siap tahun ini.

Bilik pameran itu bakal menjadi destinasi komuniti yang menyatukan penunggang dan peminat cruiser dari seluruh negara yang lengkap dengan elemen gaya hidup dan warisan jenama kukuh.

Antara Tradisi dan Inovasi: DNA Klasik, Teknologi Moden

Ditubuhkan pada 1901 di Springfield, Massachusetts, Indian Motorcycle bermula dengan basikal bermotor yang digunakan dalam perlumbaan berbasikal. Jenama itu kemudian melonjak popular dengan enjin V-twin kuasa tinggi, membina motosikal lumba kilang, dan menyumbang hampir 50,000 unit kepada Tentera AS ketika Perang Dunia Pertama (WWI).

Kini, Indian Motorcycle muncul kembali dengan kombinasi gaya klasik dan teknologi canggih yang menjadikan jenama itu antara motosikal cruiser paling dihormati di dunia.

Komitmen Jangka Panjang di Malaysia

Dengan kemasukan rasmi itu, Spirit Lake Motor berjanji membangunkan jenama tersebut secara konsisten dan mampan di Malaysia, sambil memupuk komuniti penunggang yang kuat dan bersatu.

Kami percaya pada legasi Indian Motorcycle dan kekuatan komuniti penunggang tempatan. Ini bukan sekadar bisnes, tetapi perjalanan penuh warisan dan keberanian.”

– Lai Wai Keat, Pengurus Jenama Indian Motorcycle Malaysia

Dengan pelancaran rasmi itu, Indian Motorcycle bukan sekadar kembali, tetapi hadir dengan semangat baharu, infrastruktur kukuh, dan matlamat jangka panjang. Ini peluang kepada peminat cruiser dan gaya hidup Amerika untuk mengalami sendiri legenda dua roda yang tak lapuk dek zaman.

Indian Motorcycle rasmi lancar di Malaysia
Indian Motorcycle rasmi lancar di Malaysia
Indian Motorcycle rasmi lancar di Malaysia
Indian Motorcycle rasmi lancar di Malaysia
Indian Motorcycle rasmi lancar di Malaysia
Indian Motorcycle rasmi lancar di Malaysia
Indian Chieftain Dark Horse
Indian Chieftain Dark Horse
Indian Chieftain Dark Horse
Indian Chieftain Dark Horse
Indian Chieftain Dark Horse
Indian Chieftain Dark Horse
Spesifikasi Indian Chieftain Dark Horse
Indian Springfield Dark Horse
Indian Springfield Dark Horse
Indian Springfield Dark Horse
Indian Sprigfield Dark Horse
Indian Sprigfield Dark Horse
Spesifikasi Indian Springfield Dark Horse
Indian Scout Classic
Indian Scout Classic
Indian Scout Classic
Indian Scout Classic
Indian Scout Classic
Indian Scout Classic
Spesifikasi Indian Scout Classic
Indian Scout Bobber Twenty
Indian Scout Bobber Twenty
Indian Scout Bobber Twenty
Indian Scout Bobber Twenty
Indian Scout Bobber Twenty
Indian Scout Bobber Twenty
Spesifikasi Indian Scout Bobber Twenty
Indian Scout Rogue
Indian Scout Rogue
Indian Scout Rogue
Indian Scout Rogue
Indian Scout Rogue
Indian Scout Rogue
Spesifikasi Indian Scout Rogue
Indian Scout Bobber
Indian Scout Bobber
Indian Scout Bobber
Indian Scout Bobber
Indian Scout Bobber - Indy Red
Indian Scout Bobber
Spesifikasi Indian Scout Bobber - Indy Red
Indian Scout Bobber - Silver Quartz Smoke
Spesifikasi Indian Scout Bobber - Silver Quartz Smoke
Indian Scout Bobber - Black Smoke
Spesifikasi Indian Scout Bobber - Black Smoke
AFY Mobility Industries (AMI) Indian Motorcycle roda2 Spirit Lake Motor Sdn Bhd
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.