Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Spesifikasi Mitsubishi Xpander Didedahkan, Lancar November Ini
Roda4

Spesifikasi Mitsubishi Xpander Didedahkan, Lancar November Ini

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGEDAR rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan spesifikasi rasmi crossover Xpander yang bakal dilancarkan bulan depan untuk pasaran negara ini.

Berikut maklumat terperinci Xpander spesifikasi Malaysia:

BACA >>> 8 Perkara Perlu Anda Faham Jika Mahu Harga Kereta Murah (Artikel Panjang untuk Dibaca)
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan SUV dan Crossover?

ENJIN 1.5L MIVEC

Xpander dijana trenkuasa petrol 1.5L MIVEC berkuasa 103hp @ 6,000rpm dan tork 141Nm @ 4,000rpm dengan transmisi automatik 4-kelajuan. Aspek mekanikal crossover versi pemasangan tempatan (CKD) ini mungkin nampak biasa saja, tetapi ciri dan praktikaliti ditawarkan nyata cukup kompetitif untuk berentap dengan pesaing lain dalam kelas sama.

LUARAN SPORTY

Dari segi penampilan, Xpander mempunyai kelebihan berbanding pesaing lain menerusi penampilan rupa sporty dengan bahasa rekabentuk Dynamic Shield yang diperkenalkan pada model baharu Mitsubishi, dimulakan Triton.

Xpander menampilkan lampu utama Bi-LED yang diposisikan pada sudut bampar. Lampu tirus atas bonet pula dijadikan lampu siang (DRL) LED, manakala lampu belakang jenis iluminasi LED bentuk L. Gaya crossover ini diserlahkan lagi dengan unit rim aloi dwi-tona 16 inci.

KABIN LAPANG

Bahagian dalam Xpander menawarkan keluasan kabin terbaik dalam kelas menerusi dimensi tinggi 1,730mm, panjang 4,475mm dan lebar 1,750mm, manakala jarak roda 2,775mm yang memberikan ekstra ruang kaki buat semua penumpang.

Kerusi baris kedua dan ketiga boleh dilipat rata bagi membolehkan pemilik membawa barangan lebih banyak dan bersaiz besar.  Malah, ada banyak ruang simpanan disediakan, iaitu di bawah kerusi depan, kotak storan bawah kerusi, poket sisi tempat duduk baris ketiga berserta pemegang botol, kotak konsol tengah, pelbagai kotak barang dan kotak glove dua bahagian.

Malah, Xpander juga didatangkan dengan empat ventilator penyaman udara pada bumbung untuk aliran udara lebih baik kepada penumpang baris kedua dan ketiga.

Sebagai hiburan, Xpander menyediakan unit infotainment 9 inci dengan ciri konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto. Juga tersedia kluster instrumen 4.2 inci dengan paparan multi-info seperti tolok suhu enjin, indikator kawalan jelajah, dan bateri lemah pada alat kawalan.

CIRI KESELAMATAN

Xpander dilengkapkan dua beg udara SRS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Stabiliti Aktif (ASC), Bantuan Brek (BA), Bantuan Mula Daki (HSA), Peringatan Rehat, Sistem Atasi Brek (BOS) dan banyak lagi.

PAKEJ PENGEDAR SAH

Bagi menambah nilai kenderaan, MMM memperkenalkan pakej pengedar sah, terdiri daripada Pemantau Keliling (ARM), Perakam Video Pemanduan (DVR) dan kerusi kulit.

LIHAT LEBIH DEKAT XPANDER

Pelanggan dapat melihat secara dekat Xpander baharu ini dalam siri jelajah di tiga bandar utama bermula 23 Oktober hingga 8 November ini. Lokasi dan tarikh pameran adalah seperti berikut:

TARIKH TEMPAT MASA
23-25 Oktober Toppen Mall, Johor Bahru, Johor 10am-10pm
29 Oktober-1 November Ipoh Parade, Perak 10am-10pm
GALERI
Auto Terkini Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) Mitsubishi Xpander 2020 Malaysia MPV Kompak Roda4
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

HEV

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, dan Tork 935Nm

07/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.