Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Spesifikasi Mitsubishi Outlander (2021) Serba Baharu: Dimensi, Ciri Dipertingkat
Roda4

Spesifikasi Mitsubishi Outlander (2021) Serba Baharu: Dimensi, Ciri Dipertingkat

Han OthmanBy Han Othman17/02/20211 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MITSUBISHI Oulander (2021) serba baharu baru saja dilancarkan secara digital menerusi platform Amazon Live yang kali ini secara langsung di bawah pengaruh perikatan Renault-Nissan-Mitsubishi.

Model ini akan terlebih dulu menjengah pasaran Amerika Syarikat (AS) pada April ini sebelum memasuki pasaran negara lain. Walaupun dibina berasaskan platform Nissan Rogue, tetapi dibangunkan mengikut model konsep ‘I-Fu-Do-Do’, yang bermaksud tulen dan megah dalam bahasa Jepun.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak ini bukan saja penting buat Mitsubishi, tetapi juga Nissan sebagai rakan perikatan yang memiliki 34 peratus pegangan dalam syarikat itu. Model ini kekal mengetengahkan bahasa rekabentuk baharu Mitsubishi dan diposisikan sebagai model atasan, di atas model SUV lain jenama itu.

BACA >>> Mitsubishi Perkenal Outlander Sport (2021) dengan Ekstra Ciri, Tambahan Varian LE
BACA >>> #PanduUji: Mitsubishi Outlander 2.4L 4WD (2019) CKD dengan Ciri Dipertingkat

Berikut perincian mengenai Outlander (2021):

  • Memiliki dimensi panjang 4,680mm, lebar 1,860mm, dan tinggi 1,747mm. Panjang ruang but diluaskan daripada 1,687mm kepada 2,040mm apabila kerusi kedua dan ketiga direbahkan.
  • Kini 50.8mm lebih lebar daripada model terdahulu. Jarak roda juga lebih panjang daripada 2,669mm kepada 2,705mm, dengan ekstra ruang kerusi depan 25.4mm, manakala tempat duduk baris kedua lebih luas 27.9mm.
  • Mengetengahkan interpretasi baharu rekabentuk Dynamic Shield, diilhamkan daripada dua model ikonik Mitsubishi, Pajero dan Evolution X. Lampu utama untuk suluh tinggi dan rendah diposisikan di tengah bampar, manakala lampu siang (DRL) dan signal belok diletakkan sebaris bonet.
  • Ada banyak perbezaan berbanding model Rough seperti bentuk pintu dan tingkap. Lampu belakang kini lebih slik.

  • Ruang kabin kini lebih mewah dari segi kualiti dan kemasan material. Juga satu-satunya SUV dalam segmen-C yang menawarkan konfigurasi tiga tempat duduk sebagai standard.
  • Papan pemuka menghidangkan kluster instrumen 12.3 inci dan unit infotainment skrin sentuh 9 inci yang dilengkapkan ciri Android Auro dan Apple CarPlay.

  • Didatangkan standard dengan 11 beg udara, palam pengcas USB Type-A dan -C, termasuk Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Kekal Lorong (LKA) paparan dongak (HUD) warna penuh, navigasi dan sistem audi dengan 10 pembesar suara Bose.
  • Trenkuasa dijana enjin petrol 2.5L yang dibangunkan baharu sepenuhnya sesama rakan perikatan, iaitu enjin sama digunakan pada model Nissan dengan kod nama PR25DD, berkuasa 181hp @ 6,000rpm dan tork 245Nm @ 3,600rpm, manakala transmisi jenis automatik CVT 8-kelajuan.
  • Dilengkapkan teknologi rali menerusi sistem ‘Super All-Wheel Control 4WD’ yang diambil daripada warisan Kejuaraan Rali Dunia (WRC) dimiliki Mitsubishi.

  • Dipadankan dengan mod pandu baharu yang dibangunkan untuk prestasi dan cengkaman terbaik dalam enam kondisi pemanduan berbeza, iaitu Normal untuk pemanduan normal, Tarmac untuk jalan raya berturap, Gravel untuk prestasi traksi tinggi dan kestabilan atas jalan tidak berturap, Snow untuk pemanduan jalan salji atau licin, dan Mud untuk pengendalian atas laluan berlumpur dan salji dalam.
  • Pilihan mod pandu ini terdapat dalam varian pacuan semua roda (AWD) dan pacuan dua roda (2WD).
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Mitsubishi Outlander (2021) Roda4 SUV SUV kompak
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
Toyota Harrier HEV
HEV

UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga RM289k!

03/03/2026

1 Comment

  1. yolanz on 09/05/2021 04:26

    harap masuk Malaysia cepat-cepat tahun 2021 ni. model ckd supaya harga mampu milik, apalagi zaman covid-19 ni.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.