
PERODUA QV-E 2026 akhirnya dilancarkan secara rasmi sebagai kenderaan elektrik (EV) pertama buatan Malaysia, menandakan detik bersejarah dalam industri automotif negara. Model EV itu bukan sekadar simbol kemampuan teknikal Perodua, tetapi juga bukti keseriusan Malaysia membangunkan ekosistem EV tempatan.
Rekabentuk QV-E tampil moden, bersih dan matang, yang memadankan identiti Perodua dengan karakter EV global. Ini dapat dilihat pada rekabentuk badan kompak tetapi lebar, garis badan kemas, dan profil mantap.

Lebih menarik, pembangunan QV-E dibuat sepenuhnya pasukan kajian dan penyelidikan (R&D) tempatan di Kilang Mobiliti Pintar (Smart Mobility Plant, SMP), sekali gus menjadikan model itu EV nasional paling tulen setakat ini.
Di bawah ialah spesifikasi lengkap dimensi dan bateri Perodua QV-E 2026:
Dimensi: Kompak, Lebar dan Stabil
Walaupun diklasifikasi sebagai EV kompak, Perodua QV-E 2026 mempunyai dimensi yang hampir menyamai model segmen-B global.
Spesifikasi Dimensi
Perodua QV-E 2026 memilikki dimensi panjang 4,170mm, lebar 1,800mm, dan tinggi 1,502mm, manakala jarak roda 2,680mm. Jarak tinggi bumi pula 158mm, dan berat kerb 1,600kg
Kombinasi badan rendah dan lebar memberikan QV-E rupa lebih premium dan stabil. Dengan jarak roda 2,680 mm, ruang kabin dijangka lebih baik berbanding kereta segmen-A/B Perodua sedia ada. Jarak tinggi bumi 158mm pula memastikan EV tersebut praktikal untuk pemanduan jalan raya Malaysia.
Motor Elektrik: 150kW, 285 Nm, dan Pecutan 7.5 Saat
Perodua QV-E 2026 nyata bukan EV perlahan. Dengan motor tunggal bertenaga 150kW (201hp) dan tork 285 Nm, prestasi model tersebut setanding EV antarabangsa aras mula.
Prestasi
- Output kuasa 150kW, dan tork 285Nm
- Pecutan 0-100kmj sepantas 7.5 saat (dalam Mod Sport)
- Kelajuan maksimum 165kmj
Bagi EV nasional pertama, angka itu sememangnya mengagumkan, yang cukup pantas untuk pemandu harian, dan cukup bertenaga di lebuh raya.
Bateri 52.5 kWh (LFP): Lebih Selamat, Tahan Lama dan Kos Bajet

Perodua QV-E 2026 menggunakan teknologi bateri Litium-Besi-Fosfat (LFP), yang terkenal dengan:
- Ketahanan kitar hayat lebih panjang
- Suhu operasi stabil
- Risiko termal lebih rendah
- Kos penggantian lebih rendah
Butiran bateri
- Jenis Litium-Besi-Fosfat (LFP)
- Kapasti tenaga 52.5kWh
- Voltan 367V
- Kapasiti143Ah
- Penyejukan cecair
- Berat bateri 405.7kg
- Rating keselamatan IP68 - tahan air | IP69 - tahan habuk
Fakta di atas menjadikan bateri QV-E antara paling 'heavy-duty' dalam kelas, yang sesuai dengan cuaca tropika Malaysia.
Pengecasan: AC 8 Jam, DC 30 Minit (30 - 80%)
Perodua QV-E 2026 menyokong dua jenis pengecasan:
i. Cas AC (Pengecas rumah / Wallbox)
- Kuasa 6.6kW
- Pengecasan 0 - 100 peratus ± 8 jam
Pengecasan jenis ini sesuai untuk mengecas semalaman di rumah.
ii. Cas Pantas DC
- Kuasa60kW
- Pengecasan 30 - 80 peratus ± 30 minit
Tahap pengecasan yang praktikal untuk perjalanan jauh dengan mengambil masa 30 minit untuk menambah jarak lebih kurang 250 - 300km.
Jarak Pemanduan: 445km (NEDC)
Perodua QV-E 2026 menawarkan jarak:
- 445km (NEDC)
- WLTP sedang dalam proses pengesahan
Jika mengikut trend EV lain, WLTP biasanya mencatatkan rekod pemanduan 15 - 20 peratus lebih rendah, tetapi 360 - 380km WLTP masih sangat baik untuk EV harga mampu milik.
Ringkasan Spesifikasi Bateri Perodua QV-E 2026
| Komponen | Spesifikasi |
|---|---|
| Motor | 150kW / 285Nm |
| Pecutan | 0 - 100kmj: 7.5 saat |
| Bateri | LFP 52.5kWh |
| Jarak | 445km (NEDC) |
| Pengecasan AC | 6.6kW, 8 jam |
| Pengecasan DC | 60kW, 30 - 80 peratus dalam 30 minit |
| Dimensi | panjang 4,170mm × lebar 1,800mm × tinggi 1,502mm |
| Jarak roda | 2,680mm |
| Jarak tinggi bumi | 158mm |
| Berat kerb | 1,600kg |
Perodua QV-E 2026 Bukti Malaysia Mampu Bina EV Taraf Global
Daripada dimensi matang, motor 150kW yang cukup bertenaga, bateri LFP selamat, pengecasan pantas, dan jarak pemanduan 445km, Perodua QV-E 2026 bukan sekadar EV nasional pertama, tetapi permulaan era baharu mobiliti negara.
Pada harga mampu milik dan teknologi moden, Perodua QV-E 2026 berpotensi menjadi EV paling penting dalam sejarah automotif Malaysia.






Leave a Reply