Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»smart #1 Brabus untuk Pasaran Malaysia Didedahkan, Harga Anggaran RM200k-RM250k!
Roda4

smart #1 Brabus untuk Pasaran Malaysia Didedahkan, Harga Anggaran RM200k-RM250k!

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize05/10/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON New Energy Technology (Pro-Net) akhirnya mendedahkan varian prestasi kenderaan elektrik (EV) pertama smart, yang dihasilkan kolaborasi Mercedes-Benz dan Geely, iaitu smart #1 Brabus.

smart #1 Brabus didatangkan dalam tiga varian: Pro, Premium dan Brabus yang dijangka dilancarkan suku keempat tahun ini.

Bagaimanapun, smart mendedahkan harga anggaran atas jalan tanpa insurans bagi ketiga-tiga varian #1 ini adalah antara RM200,000 hingga RM250,000.

Berikut perincian smart #1 Brabus:

Trenkuasa dan Prestasi

  • Pacuan semua roda (AWD)
  • Dua motor elektrik (depan dan belakang) dengan output keseluruhan 422hp dan tork 543Nm.
  • Pecutan 0-100kmj: 3.9 saat
  • Kelajuan maksimum: 180kmj
  • Mod pemanduan: Eco, Comfort, Sport dan Brabus
  • Sistem pemanduan satu pedal
  • Bunyi enjin tiruan

Bateri dan Pengecasan

  • Menggunakan bateri lithium nikel mangan kobalt oksida (NMC) berkapasiti 66kWh
  • Jarak perjalanan cas penuh: 400km
  • Pengecas AC boleh menerima hingga 22kW, mengambil masa 3 jam mengecas 10-80 peratus
  • Pengecas DC boleh menerima hingga 150kW, mengambil masa 29 minit mengecas dari 10-80 peratus
  • Dilengkapi fungsi V2L (Vehicle-to-Load)

Luaran

  • Lampu matriks LED dengan lampu tinggi adaptif dan lampu susur rumah Follow-Me-Home
  • Lampu siang (DRL) dengan lampu signal sekuensial (depan dan belakang)
  • Gril depan dan hendal pintu berlampu
  • Logo smart iluminasi pada pilar-C
  • Rim Dynamo Alloys 19 inci
  • Dilengkapi kit badan Brabus, rel bumbung, bumbung suria panoramik, but elektrik dan pemanas cermin pintu

Dalaman

  • Kluster instrumen digital definisi tinggi 9.2 inci.
  • Unit infotainmen 12.8 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto serta 4G/Wifi/Hotspot.
  • Paparan dongak (HUD) warna penuh 10 inci.
  • Sistem audio Beats dengan 13 pembesar suara.
  • Kerusi ultra-suede boleh laras elektrik 10-tetapan dengan ventilasi dan fungsi memori untuk pemandu.
  • Kerusi penumpang depan juga mendapat ciri sama, tetapi tanpa memori.
  • Kerusi depan boleh dikawal menerusi paparan infotainmen.
  • Kawalan penyaman udara dwi-zon dengan corong penyaman udara di belakang.
  • Stereng sport dengan logo iluminasi dan pedal aloi.
  • Lampu ambien dalam kabin dengan 64 pilihan warna.
  • Perehat lengan dengan ruang simpanan dan fungsi penyejuk/pemanas.
  • Plat pintu dengan lampu LED.
  • Penapis udara N95 dengan karbon.
  • Pengecas telefon pintar wayarles.

Sistem Keselamatan

  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Program Stabiliti Elektronik (ESP), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dan Sistem Kawalan Traksi (TCS),
  • 7 beg udara SRS
  • Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2 seperti: Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Bantuan Tukar Lorong (LDA), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Amaran Titik Buta (BSW), bantuan parkir, kamera pandang keliling 360, Amaran Buka Pintu (DOW), Bantuan Lebuh Raya dan Bantuan Jalan Sesak (TJA)

Aplikasi Hello Smart

  • Berfungsi memantau status kereta
  • Mengesan lokasi kereta dan memberikan notifikasi jika berlaku kecurian
  • Mengawal fungsi kereta seperti menghidupkan enjin secara kawalan jauh (remote start) dan mengaktifkan penyaman udara.

BACA >>> Tempahan smart #1 Dibuka untuk Pasaran Malaysia, Anggaran Harga RM200k-RM250k!
BACA >>> Proton Mungkin Pasang Kereta Jenama smart di Kilang Tanjung Malim

Brabus EV Geely Auto Kenderaan Elektrik (EV) Mercedes-benz premium Proton New Energy Technology (Pro-Net) Roda4 Smart #1 smart #1 Brabus
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
Toyota Harrier HEV
HEV

UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga RM289k!

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.