Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Skuter Urban Serba Praktikal WMoto EZ125i Lancar di Malaysia, Harga RM4,588
Roda2

Skuter Urban Serba Praktikal WMoto EZ125i Lancar di Malaysia, Harga RM4,588

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam06/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Skluter urban WMotor EZ125i lancar di Malaysia

JENAMA WMoto memperkenalkan model skuter baharu, WMoto EZ125i yang direka khas untuk tunggangan harian, dengan gabungan praktikaliti, keselesaan dan gaya moden.

Ditawarkan pada harga RM4,588 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans), WMoto EZ125i hadir dalam pilihan empat warna: Silver Grey (kelabu), Grey (kelabu), Red (merah) dan Deep Sky Blue (biru).

Enjin, Prestasi

WMoto EZ125i 2026
WMoto EZ125i 2026

WMoto EZ125i dikuasakan enjin 4-lejang silinder tunggal 124cc dengan sistem penyejukan udara yang menghasilkan output kuasa 11.8hp @ 7,500rpm dan tork 9.5Nm @ 6,000rpm.

Transmisi jenis automatik CVT dengan pacuan tali sawat, manakala sistem pelinciran tekanan dan percikan membantu memastikan enjin lebih tahan lama dan efisien.

Rekabentuk, Dimensi

Skluter urban WMotor EZ125i lancar di Malaysia
WMoto EZ125i 2026
Skluter urban WMotor EZ125i lancar di Malaysia

Dari segi dimensi, Wmoto EZ125i memiliki saiz panjang 1,890mm, lebar 670mm dan tinggi 1,000mm, manakala jarak roda 1,250mm.

Tinggi pelana 760mm dan berat kering 95kg menjadikan skuter itu sesuai untuk tunggangan pelbagai lapisan penunggang.

Jarak tinggi bumi 110mm memberi keselesaan ketika meredah jalan bandar, manakala kapasiti tangki bahan api 6.5 liter, cukup untuk perjalanan harian.

Suspensi, Brek

Skluter urban WMotor EZ125i lancar di Malaysia

Model skuter itu menggunakan fork teleskopik di depan dan dwi-abdorber di belakang. Kuasa henti pula datang daripada sistem brek cakera di depan dan brek dram (belakang). Tayar depan bersaiz 70/90-14, dan tayar belakang 80/90-14, serta dipadankan rim aloi.

Ciri Moden

WMoto EZ125i 2026
WMoto EZ125i 2026
WMoto EZ125i 2026

Nilai praktikaliti, WMoto EZ125i menampilkan panel meter digital LED penuh, dan lampu LED penuh pada lampu utama, lampu kecemasan (hazard), lampu belakang dan lampu signal belok.

Juga disediakan port pengecas USB Type-A, ruang simpanan depan di kiri dan kanan, serta ruang bawah pelana yang juga dilengkapi cangkuk dan bateri 12V6Ah/10h.

Waranti, Perkhidmatan

Setiap pembelian WMoto  EZ125i didatangkan dengan waranti pengeluar 2 tahun atau 20,000km (mana satu tiba dahulu). Selain itu, MForce Bike Holdings Sdn Bhd turut menyediakan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen secara dalam talian untuk kemudahan pelanggan.

WMoto EZ125i 2026
WMoto EZ125i 2026
WMoto EZ125i 2026
WMoto EZ125i 2026
WMoto EZ125i 2026
Skluter urban WMotor EZ125i lancar di Malaysia
Skluter urban WMotor EZ125i lancar di Malaysia
WMoto EZ125i 2026
WMoto EZ125i 2026
WMoto EZ125i 2026
WMoto EZ125i 2026
WMoto EZ125i 2026
WMoto EZ125i 2026
WMoto EZ125i 2026
WMoto EZ125i 2026
WMoto EZ125i 2026
WMoto EZ125i 2026
Auto Terkini Skuter kompak Skuter murah WMoto WMOTO EZ125i WMOTO Malaysia
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Roda2

MForce Lancar Experience Club, Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal

09/03/2026
JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.