Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Skuter Italjet Dragster Harga ‘Kayangan’, Ini Penjelasan Untuk Anda…
Auto Terkini

Skuter Italjet Dragster Harga ‘Kayangan’, Ini Penjelasan Untuk Anda…

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/10/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CHEAR Global secara rasminya mengumumkan harga jualan yang disyorkan untuk model Italjet Dragster iaitu masing-masing sebanyak RM29,500 untuk varian 125 manakala versi 200 berharga RM34,800.

Bagaimanapun, rata-rata pengguna Malaysia merasakan harga yang dikenakan itu agak mahal untuk sukter Italjet Dragster apatah lagi ia sebuah produk pemasangan tempatan (CKD). Untuk mengulas mengenai soal harga itu, PanduLaju bersama media permotoran lain sempat bertanyakan mengenainya.

Ketua Jualan dan Pemasaran Chear Global, Muhammad Syahrul (bawah kiri) dan Pengurus Pemasaran dan Jualan Italjet Spa (Itali), Sandro Caparelli menjawab beberapa soalan yang kami ajukan:

1. BOLEH ULAS BAGAIMANA HARGA ITALJET DRAGSTER DITENTUKAN?

Caparelli:

“Harga yang diperkenalkan ini hampir sama dengan harga di Eropah, sangat hampir. Kamu tau di Malaysia ada duti kastam dan macam-macam. Sebab itu kami ada sinergi (projek CKD) dengan Mofaz dan Chear Global di sini untuk mengurangkan duti kastam. Kalau tak harganya haah..(mesti tinggi).”

Syahrul:

“Harga CBU sebenarnya lebih tinggi disebabkan perbezaan kadar cukai kat sini (Malaysia). Sekarang dah CKD Itali (pemasangan motosikal di Malaysia guna komponen dari Itali), kami dapat rendahkan kadar cukai. Macam anda tahu, jika CKD caj cukainya lebih rendah. Sebab itu anda dapat harga yang cukup cantik.”

Caparelli:

“Saya kena kongsikan benda ini. Setiap kali saya hadir ke pameran di merata tempat, orang berkunjung dan melihat Dragster lalu bertanyakah harga. Saya jawab harganya hampir sama di Eropah.

“Mereka kata ohh agak murah lepas melihat perincian dan komponen yang dipasang. Kalau orang yang tak minat dengan Dragster dan mahukan skuter komuter biasa, mereka kata ia terlalu mahal.”

“Kalau kamu buat pertimbangan, sebagai contoh harga Yamaha XMax 125 di Eropah lebih kurang 5,000 Euro di Eropah dan skuter Dragster 125 kami pula 5,000 (Euro) di Itali. Ada perbezaan (komponen) tapi kita boleh buat perbandingan.

“Sebab itu saya kata saya gembira kerana tiada sesiapa akan datang dan beritahu ini (Dragster 125) lebih mahal kalau dibandingkan skuter 150cc. Suka atau tidak, saya tidak pernah bersaing dari sudut harga.”

Syahrul:

“Rasanya anda semua tau setiap perincian (membabitkan komponen berjenama) seperti Brembo dan lain-lain. Semuanya produk high-end. Skuter ini sesuatu yang unik.”

BACA >>> Italjet Dragster 125, 200 Lancar di Malaysia Sabtu Ini! Harga Kekal Misteri

2. KALAU BAWA MODEL CBU, BERAPA PULA PERBEZAAN HARGA DENGAN CKD?

Caparelli:

“Saya rasakan (harga) lebih kurang 30 peratus lebih tinggi untuk model CBU (berbanding CKD).”

BACA >>> Skuter Italjet Dragster Dilabel ‘New Urban Superbike’, Ini Penjelasan Wakil Itali
BACA >>> Dovizioso Jalin Kerjasama dengan Italjet, Bangunkan Skuter Dragster
BACA >>> Italjet Dragster 125, 200 Akan Muncul Semula di EICMA 2019

Chear Global Sdn Bhd Italjet Dragster (2022) Italjet Dragster 125 (2022) Italjet Dragster 200 (2022) Muhammad Syahrul Sandro Caparelli Skuter 125cc Skuter 200cc
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    Loke: Tidak Perlu Hukuman Mati Bagi Kesalahan Mabuk, Dadah

    13/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    13/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    13/04/2026
    Guru terlanggar pelajar SMK Tanjung Mas
    Auto Terkini

    Guru Direman Dua Hari Kes Rempuh Pelajar dalam Kawasan Sekolah

    13/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.