Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Skuter EV Honda CUV e: 2025 Diperkenal di Eropah dengan Jarak Tunggang Lebih 70km
Roda2

Skuter EV Honda CUV e: 2025 Diperkenal di Eropah dengan Jarak Tunggang Lebih 70km

Abang HirataBy Abang Hirata13/11/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA awal Oktober lalu, kami ada melaporkan mengenai pengenalan skuter elektrik Honda CUV e: untuk pasaran Indonesia. Tidak banyak maklumat yang kami perincikan, tetapi artikel kali ini pula lebih menyeluruh berikutan pengenalan model itu di Eropah.

Honda CUV e: 2025 ialah skuter elektrik Honda kedua untuk pasaran Eropah selepas Honda EM1 e: pada 2023. Honda mempunyai perancangan besar iaitu memperkenalkan 10 atau lebih model dua roda elektrik peringkat antarabangsa menjelang 2025.

Seperti dilaporkan sebelum ini, nama CUV terlebih dulu diguna pada CUV ES atau Clean Urban Vehicle Electric Scooter yang dilancar pada 1994, khusus untuk pasaran Jepun.

Honda CUV e: 2025 ialah Clean Urban Vehicle dan sudah sedai ada sekarang. Berbanding EM1 e: yang sesuai untuk berulang-alik ke pusat pengajian, CUV e: pula lebih berkeupayaan dengan pecutan lancar dan kelajuan tertinggi seperti sebuah skuter 125cc.

Berikut ciri Honda CUV e: 2025 (Eropah):

Trenkuasa

  • Dua bateri Honda Mobile Power Pack e: 48V/1.3 kW (EM1 e: menggunakan satu bateri).
  • Bateri Honda Mobile Power Pack e: (boleh dicas hingga lebih 2,500 kali).
  • Pacuan E-Drive 6kW.
  • Kelajuan maksimum 83kmj
  • Jarak pemanduan lebih 70km (WMTC Class 1)
  • Tempoh mengecas 6 jam (0-100 peratus), 3 jam (0 – 75 peratus)/setiap bateri.
  • Ada tiga mod tunggang: Standard, Sport, dan Econ.
  • Keupayaan mendaki hingga 13º bersama penumpang dan barangan 30kg.
  • Bantuan undur (reverse assist).

Rekabentuk

  • Lampu LED.
  • ruang simpanan kecil dalam panel depan, dan soket pengecas USB Type-C bawah pelana.
  • Lantai rata.
  • Panel meter TFT 5 inci (model standard), skrin 7 inci terhubung, navigasi, stesen pengecasan dan lain-lain (model Roadsync Duo).
  • Bar genggam penumpang belakang.
  • Ada tiga warna pilihan: Pearl Jubilee White (putih), Matte Gunpowder Black Metallic (hitam), dan Premium Silver Metallic (perak).
  • Aksesori Honda tulen seperti kunci pintar, kotak belakang, visor angin, gad tangan lut sinar, kit penggera.

Dimensi

Skuter ini memilii dimensi jarak roda 1,310mm, tinggi pelana 765mm, dan jarak tinggi bumi 270mm, dengan berat 120kg, serta radius pusingan 1.9 meter.

Casis, Roda dan Brek

  • Frem besi
  • Sistem suspensi fork teleskopik 31mm di depan dan dwi-absorber di belakang.
  • Rim 12 inci.
  • Sistem brek cakera 19 mm dengan kaliper piston tunggal di depan, dan brek dram 110mm di belakang.
  • Sistem brek kombi (CBS).
EV Honda Honda CUV e: motosikal elektrik roda2 skuter elektrik
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Roda2

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 dengan Warna Kuning Ikonik

18/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.