Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Kenderaan Elektrik (EV)»Skuter Elektrik Yamaha JOG E 2026 dengan Bateri Honda Diperkenal di Jepun
Kenderaan Elektrik (EV)

Skuter Elektrik Yamaha JOG E 2026 dengan Bateri Honda Diperkenal di Jepun

Abang HirataBy Abang Hirata28/11/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Yamaha JOG-E 2026

YAMAHA Motor memperkenalkan moped elektrik Kelas Satu Yamaha JOG E 2026, secara terhad di Tokyo dan Osaka pada 22 Disember 2025.

Slkuter elektrik itu akan menjadi kenderaan dua roda domestik Yamaha yang pertama menggunakan perkhidmatan perkongsian bateri.

Pengenalan, Strategi Pelancaran

Logo Yamaha
Honda Mobile Power Pack E:

Yamaha JOG E 2026 ialah skuter elektrik kelas moped yang menggunakan pek bateri boleh tukar Honda Mobile Power Pack e:. Pelancaran awal itu hanya melibatkan jualan unit badan JOG E sahaja yang mana pelanggan diwajibkan membuat kontrak berbayar dengan perkhidmatan perkongsian bateri disediakan Gachaco.

Penggunaan perkhidmatan perkongsian bateri Gachaco membolehkan penunggang menukar bateri dengan segera tanpa perlu menunggu masa mengecas.

Stesen tukar beteri Gachaco di Tokyo

Memandangkan stesen Gachaco kini beroperasi di Tokyo (42 lokasi), Saitama (2 lokasi) dan Osaka (7 lokasi), penjualan JOG E hanya akan dilakukan melalui pengedar sah Yamaha EV yang turut mengendalikan perkhidmatan Gachaco di Tokyo dan Osaka.

Yamaha turut merancang melancarkan pakej lengkap (termasuk pek bateri dan pengecas) pada penggal kedua 2026.

Skuter itu juga direka sebagai standard baharu skuter elektrik, berikutan pelaksanaan peraturan emisi ekzos baharu untuk moped 50cc dan ke bawah November ini.

Trenkuasa

Yamaha JOG-E 2026
Yamaha JOG-E 2026

Yamaha JOG E 2026 dikuasakan motor segerak arus ulang-alik yang dipasang pada roda belakang (in-wheel motor). Unit kawalan kuasa mengawal output motor secara cekap bagi memastikan prestasi pemanduan optimum dalam situasi henti dan mula (stop-and-go) yang kerap di bandar.

  • Motor jenis Segerak Arus Ulang-Alik
  • Output tetap 0.58kW
  • Output 1.7kW (2.3ps) @ 540rpm, dan tork 90Nm @ 25rpm
  • Jarak tunggangan 53km sekali cas penuh dengan halaju 30kmj

Ciri, Kemudahan

Yamaha JOG-E 2026
Yamaha JOG-E 2026

Yamaha JOG E 2026 dilengkapi pelbagai ciri praktikal yang meningkatkan kemudahan penggunaan harian seperti:

  • Sistem Brek Kombi (CBS) depan dan belakang (brek cakera di depan, brek dram di belakang)
  • Lampu LED depan dan belakang
  • Panel meter digital penuh yang mudah dilihat
  • Ruang bawah pelana yang memuatkan barangan kecil, dan pek bateri Honda Mobile Power Pack e: (1 unit)
  • Soket pengecas serasi terminal USB Type-A dalam poket depan yang boleh menyimpan botol air 500ml
  • Lubang lekap yang direka untuk pemasangan aksesori seperti bakul depan
  • Tinggi pelana 740mm memudahkan pijakan kaki

Rekabentuk , Gaya

Yamaha JOG-E 2026
Yamaha JOG-E 2026

Rekabentuk Yamaha JOG E 2026 menggabungkan elemen gaya universal yang menjadi ciri skuter Yamaha terdahulu dengan kemajuan kenderaan elektrik (EV).

JOG E ditawarkan dalam dua warna pilihan:

  • Dark Gray (kelabu gelap): Warna badan hitam dengan warna sian (biru kehijauan) sebagai aksen grafik, meneruskan legasi skuter EV Yamaha seperti E-Vino dan E01
  • Light Gray (kelabu cerah): Warna kelabu yang menonjolkan tekstur bahan, dengan gayaan yang minimalis untuk diterima oleh pelbagai lapisan pengguna.

Harga Jualan

Harga runcit disyorkan pengeluar untuk Yamaha JOG E 2026 ialah 159,500 yen (RM4,200).

  • Harga badan: 145,000 yen (RM3,820)
  • Cukai penggunaan: 14,500 yen (RM380)
  • Harga disyorkan: 159,500 yen (RM4,200)

Harga tidak termasuk pek bateri, pengecas, cukai pendaftaran dan kos lain berkaitan.

Spesifikasi Teknikal

Berikut spesifikasi Yamaha JOG E 2026:

  • Dimensi panjang 1,795mm, lebar 680mm, dan tinggi 1,140mm, manakala jarak roda 1,300mm
  • Tinggi pelana 740mm
  • Jarak tinggi bumi 135mm
  • Radius pusingan minimum 2 meter
  • Berat (dengan bateri) 93kg
  • Tayar tiubles 90/90-12 44J (depan), dan 100/90-10 56J (belakang)
  • Sistem brek cakera hidraulik (depan) dan dram (belakang)
  • Lampu LED penuh untuk lampu utama dan lampu belakang
  • Kapasiti penumpang tetap 1 orang
Yamaha JOG-E 2026
Yamaha JOG-E 2026
Yamaha JOG-E 2026
Yamaha JOG-E 2026
Yamaha JOG-E 2026
Yamaha JOG-E 2026
Yamaha JOG-E 2026
Yamaha JOG-E 2026
Yamaha JOG-E 2026
Yamaha JOG-E 2026
Honda Mobile Power Pack e: Kenderaan Elektrik (EV) roda2 skuter elektrik Yamaha Yamaha JOG E Yamaha JOG E 2026 Yamaha Motor
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Honda X-ADV 2026
Roda2

Honda X-ADV 2026 Dapat Warna Baharu, Kini Lebih Mesra Alam

03/03/2026
Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES
Roda2

BSH Beri ‘Nafas’ Baharu Buat Honda Africa Twin, Harga RM99,888

03/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.