Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Škoda Octavia vRS 245 – Siri Paling Berkuasa dalam Sejarahnya!
Roda4

Škoda Octavia vRS 245 – Siri Paling Berkuasa dalam Sejarahnya!

Abang HirataBy Abang Hirata18/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KUMPULAN Volkswagen (VW) memang besar dan berdasarkan keputusan pengeluaran 2016, VW berada di tempat teratas dengan mengalahkan Toyota yang sebelum itu menjadi pendahulu pada 2015. Seperti konglomerat automotif lain, Kumpulan VW turut memiliki beberapa pengeluar di bawahnya, dan ŠKODA adalah salah satu daripadanya.

Pengeluar automotif daripada Republik Czech itu berada di bawah grup VW sejak 1991. Kini, syarikat yang diasaskan pada 1895 itu mengeluarkan beberapa model, seperti CITIGO, FABIA, RAPID, YETI, SUPERB, KODIAQ dan OCTAVIA yang pernah dipasarkan di pasaran Malaysia suatu masa lalu.

Kelibat paling hampir ŠKODA di pasaran sebelah sini adalah apabila FABIA R5 digunakan tim MRF dari India dalam Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) musim lalu – 2016.

Kini ŠKODA OCTAVIA yang paling berkuasa dalam sejarahnya bakal dilancarkan untuk pasaran umum. Model baharu itu bakal dipamerkan di Pameran Motor Geneva kali ke-87, Mac depan. ŠKODA OCTAVIA vRS 245 mampu memecut 0-100kmj hanya dalam masa 6.6 saat bagi model hatchback, manakala model wagon pula, 6.7 saat. Kelajuan maksimum dihadkan kepada 249kmj.

REKABENTUK SPORTY

ŠKODA OCTAVIA vRS 245 2017.02

ŠKODA OCTAVIA vRS 245 menampilkan identiti baharu jenama ŠKODA dengan perincian yang lebih sporty. Bahagian depan seperti bampar, gril radiator dan inlet kemasukan udara berbentuk sarang lebah kini lebih lebar dengan penampilan maskulin dan dinamik.

Kluster lampu utama juga tampil baharu dengan kilauan kristal yang siap dilengkapi teknologi LED penuh dan lampu pelarasan tinggi-rendah. Lampu kabus dan belakang serta plat nombor pun dilengkapi teknologi LED dan kilauan kristal.

Ciri lain seperti spoiler belakang model hatchback dan spoiler bumbung model wagon nyata menambahkan lagi gaya beremosi dan sporty ŠKODA OCTAVIA vRS 245.

Berpadanan dengan rekabentuk luaran, interior model ini menggunakan tema gelap yang dikontraskan dengan perincian aluminium seperti pada pedal minyak dan brek. Tempat duduk sports dibaluti material Alcantara dengan bentuk sokongan badan, terutama semasa mengambil selekoh dalam kelajuan tinggi.

Stereng sports juga menawarkan pelbagai kawalan fungsi berserta penukar transmisi untuk model DSG. Nyalaan LED didatangkan dengan 10 warna pilihan untuk pencahayaan dalaman kabin yang lebih menarik.

NADI KUASA – ENJIN TSI BERKUASA TINGGI

ŠKODA OCTAVIA vRS 245 menggunakan enjin 2.0L TSI petrol (ya, sama seperti VW Golf GTI) berkuasa 242hp (14.7hp lebih tinggi berbanding model vRS sebelum ini) dengan tork 370Nm yang boleh dicapai antara 1,600 dan 4,300rpm.

Terdapat dua opsyen transmisi, manual 6-kelajuan manual dan buat pertama kali untuk model ini ialah pengenalan transmisi automatik 7-kelajuan klac-berkembar. Ketangkasan nadi kuasa tersebut terbukti dengan kemampuan memecut 60 kmj ke 100 kmj sepantas 6.4 saat, manakala model wagon 6.5 saat! Seiring dengan enjin berkuasa tersebut ialah bunyi ‘husky’ atau serak yang dilontarkan sistem ekzos sebagai respon prestasi yang dimiliki jentera ini.

SISTEM BANTUAN PEMANDU

Sistem bantuan pemandu ŠKODA OCTAVIA vRS 245 setara dengan model dalam segmen lebih tinggi. Antaranya ialah:

  • Bantuan Jejak (Trailer Assist) – Memusingkan stereng dan membrek apabila mengundur.
  • Perlindungan Pejalan Kaki Prediktif (Predictive Pedestrian Protection) – Membrek automatik apabila mengesan potensi pelanggaran dengan pejalan kaki.
  • Pengesan Titik Buta (Blind Spot Detect) – Memberi amaran jiak mengesan objek pada titik buta.
  • Amaran Lalu Lintas Belakang (Rear Traffic Alert) – Memberi amaran semasa mengundur dari parkir.
  • Bantuan Kendali (Manoeuvre Assist) – Membrek automatik apabila sensor mengesan ada halangan apabila kereta bergerak ke depan atau undur
  • Bantuan Perlindungan Kru (Crew Protect Assist) – Menutup tingkap dan bumbung suria apabila mengesan potensi kemalangan, termasuk mengetatkan tali pinggang keledar pemandu dan penumpang.
  • Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control – ACC) – membantu pemandu mengekalkan kelajuan dan jarak dari kenderaan hadapan yang boleh diaktifkan hingga kelajuan 209 kmj.

RS – LAMBANG ŠKODA PALING BERPRESTASI

Pertama kali ŠKODA menggunakan lambang RS adalah dalam sukan permotoran pada 1974. Pada 2000, model berprestasi di Britain dijenamakan sebagai vRS dan sejak itu beberapa pencapaian berjaya dicipta. Setakat kini, sebanyak 200,000 unit RS dan vRS sudah terjual, di mana separuh daripadanya ialah model generasi ketiga OCTAVIA yang dijual sejak 2013. Di Britain sendiri, versi vRS merangkumi kira-kira 20 peratus jualan keseluruhan OCTAVIA.

ŠKODA OCTAVIA vRS 245 adalah lambang emosi dan praktikaliti. Dalam segmennya, model ini menawarkan jentera yang sememangnya berbaloi untuk wang berdasarkan ciri-ciri hebatseperti berprestasi, praktikal dan pada masa sama membawa imej pemandu yang merendah diri.

GALERI

Roda4 ŠKODA Skoda Oktavia Skoda Oktavia vRS 245
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda4

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ Diperkenal, Unit Terhad, Harga Mula RM155k!

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.