Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Škoda Kekalkan Semua Sistem Transmisi Ikut Pasaran, dan Permintaaan
Auto Terkini

Škoda Kekalkan Semua Sistem Transmisi Ikut Pasaran, dan Permintaaan

Abang HirataBy Abang Hirata07/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Strategi transmisi Skoda ikut pasaran

ŠKODA Auto mempunyai pengalaman lama dalam pembangunan transmisi manual dan juga kepakaran meluas dalam transmisi automatik, termasuk jenis dual-klac (DCT) dan penukar tork hidrodinamik.

Keputusan menggunakan kotak gear tertentu tidak semudah pilih dan pasang. Contohnya, Proton Saga baharu dengan kotak gear automatik dan CVT. Banyak faktor perlu dipertimbang seperti kecenderungan pengguna, penggunaan bahan api, kos dan pelbagai lagi.

Strategi transmisi Skoda ikut pasaran

Setiap jenis transmisi ditawarkan akan terus relevan untuk tempoh lama kerana menawarkan kelebihan tersendiri bergantung pasaran, kenderaan dan situasi penggunaan.

Berikut identiti atau kod kotak gear dalaman kumpulan:

  • Manual: MQ
  • Transmisi automatik dual-klac: DQ
  • Transmisi automatik penukar tork (torque converter): AQ

Tidak semua jenis ditawarkan untuk setiap model atau pasaran kerana setiap sistem direka untuk memenuhi keperluan tertentu.

Tiada Satu Sistem Sesuai untuk Semua

Škoda menghasilkan kenderaan dengan ketiga-tiga jenis transmisi di Mladá Boleslav dan kilang luar negara. Walaupun transmisi AQ tidak ditawarkan untuk pasaran Eropah, tetapi tetap dipasang di kilang Republik Czech bagi kenderaan yang dieksport ke luar negara Kesatuan Eropah (EU).

Ketua Pembangunan Transmisi Škoda Auto, Milan Litoborský berkata, semua transmisi kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) masih mempunyai masa depan panjang di peringkat global.

Ini kerana tiada satu sistem yang mampu berfungsi sama baik dalam semua keadaan dunia, justeru Škoda mengekalkan beberapa konsep berbeza bagi memenuhi keperluan pasaran yang pelbagai.

Manual: Ringkas, Murah dan Berorientasi Pemandu

Strategi transmisi Skoda ikut pasaran

Transmisi manual MQ menjadi asas tradisi Škoda dan dibangunkan berdasarkan pengalaman berdekad lama yang menjadikan pengeluar itu antara pembangun utama transmisi manual dalam Volkswagen Group.

Kelebihannya termasuk struktur mekanikal lebih ringkas, kos lebih rendah dan tahap penglibatan pemandu yang tinggi, terutama pemanduan sporty.

Logo Skoda

Dalam transmisi manual, pemandu berfungsi sebagai unit kawalan, yang mempengaruhi gaya pemanduan dan had mekanikal kenderaan. Walaupun pemandu mahir mampu mengendali situasi mencabar seperti cerun curam atau penundaan treler, klac akan mengalami kehausan dari semasa ke semasa.

Dari sudut pembangunan, transmisi manual kini hampir mencapai had dengan penambahbaikan masa depan lebih menumpukan kepada penggunaan bahan baharu, proses pembuatan dan pelincir lebih baik.

Transmisi Dual-Klac: Pilihan Utama di Eropah

Strategi transmisi Skoda ikut pasaran

Transmisi automatik dual-klac (DCT) atau anjakan terus (DQ) kini menjadi pilihan paling popular di Eropah. Sistem transmisi itu menggunakan dua aci (cam) input berasingan untuk gear ganjil dan genap, untuk anjakan gear yang sangat pantas dan lancar melalui dua klac.

Kelebihan utama ialah kecekapan tinggi, keselesaan dan masa anjakan gear hampir tidak dirasai pemandu. Penalaan yang tepat membolehkan pengalaman pemanduan selesa atau sporty, selain membantu mengurangkan penggunaan bahan api dan pelepasan karbon dioksida (CO₂).

Namun, klac kekal sebagai had mekanikal utama dalam keadaan penggunaan ekstrem.

Automatik dengan Penukar Tork: untuk Persekitaran Paling Mencabar

Strategi transmisi Skoda ikut pasaran

Bagi pasaran dengan suhu melampau, kelembapan tinggi dan trafik henti-gerak berpanjangan, Škoda menggunakan transmisi automatik penukar tork (AQ).

Sistem transmisi itu menggunakan bendalir untuk memindahkan kuasa, manakala anjakan gear dikendalikan set gear planetari yang lebih tahan dalam kondisi ekstrem. Transmisi itu digunakan meluas pada model Škoda di India dan rantau lain dengan situasi serupa.

Walaupun masa anjakan gear lebih panjang dan penggunaan bahan api dan pelepasan emisi lebih tinggi berbanding DCT, keupayaan dari segi fungsi pemanduan dan keserasian sistem bantuan pemandu adalah setara.

Peranan Tersendiri

Strategi transmisi Skoda ikut pasaran

Pendekatan Škoda Auto jelas menunjukkan setiap jenis transmisi ada peranan tersendiri. Transmisi manual menawarkan keseronokan dan kesederhanaan, manakala DCT menekankan kecekapan dan prestasi. Transmisi penukar tork pula memastikan ketahanan dalam keadaan paling mencabar bagi memenuhi keperluan pasaran global berbeza.

Strategi transmisi Skoda ikut pasaran
Strategi transmisi Skoda ikut pasaran
Strategi transmisi Skoda ikut pasaran
Strategi transmisi Skoda ikut pasaran
Strategi transmisi Skoda ikut pasaran
Auto Terkini R ŠKODA Transmisi Dual-Klac DCT) Transmisi Skoda
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Kenderaan Elektrik (EV)

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Nozel pam minyak
Auto Terkini

Kerajaan Kekalkan Subsidi RON95 Walaupun Harga Minyak Global Tidak Menentu

04/03/2026
Auto Terkini

Nissan Versa 2026 Dilancarkan di Mexico Bersama Sentra, Almera Menyusul?

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.