Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Model Konsep Škoda Felicia Fun Dibayangkan Semula daripada Pikap Ikonik Era 90-an
Roda4

Model Konsep Škoda Felicia Fun Dibayangkan Semula daripada Pikap Ikonik Era 90-an

Abang HirataBy Abang Hirata05/09/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Model konsep Skoda Felicia Fun direka semula

ŠKODA memberi perhatian semula kepada salah satu model paling berkarakter dalam sejarah jenama itu dengan menampilkan rekabentuk semula kontemporari untuk pikap klasik Felicia Fun.

Kajian rekabentuk baharu itu pereka Perancis, Julien Petitseigneur yang mengambil ilham model ikonik akhir 1990-an sambil menggabungkan bahasa rekabentuk ‘Modern Solid’.

Skoda Felicia Fun lama
Skoda Felicia Fun lama

Trak pikap Felicia Fun dikeluarkan antara 1997 dan 2000 dengan semangat pengembaraan kepada barisan model Škoda. Dengan ciri unik seperti bed belakang boleh digeser dan kerusi belakang boleh dibuka, Felicia Fun pantas menjadi kegemaran ramai.

Hari ini, model itu kekal sebagai salah satu kereta pengeluaran langka Škoda, dengan hanya 4,216 unit dihasilkan.

Sejarah Felicia Bawah Kumpulan Volkswagen

Škoda Felicia menjadi kereta pertama dibangunkan dengan kerjasama Volkswagen Group yang mula memiliki pegangan dalam Škoda pada 1991 dan menjadi lebih dominan pada 1994.

Model Felicia yang diperkenalkan pada 1994 adalah kemunculan semula selepas berpuluh tahun tanpa pengganti, dan diperkenal secara rasmi pada 26 Oktober 1994.

Skoda Felicia Combi
Felicia
Skoda Felicia Combi
Felicia Combi

Pengeluaran Felicia bermula lebih awal pada September dari kilang Vrchlabí sebelum disusuli kilang Mladá Boleslav. Felicia dibangunkan daripada Škoda Favorit terdahulu, dengan rekabentuk baharu yang menjadikan model hatchback 40mm lebih panjang dan 15mm lebih lebar.

Kapasiti but juga meningkat 21 liter kepada 272 liter.

Ciri, Teknologi Felicia

Logo Skoda
Logo Volkswagen Group
  • Enjin: Terdapat beberapa pilihan enjin. Pada mulanya ditawarkan enjin petrol 4-silinder 1,289cc dalam dua pilihan kuasa, 54.4ps dan 68ps. Pada 1995, enjin 1.6 MPI dengan kuasa 74.8ps dan enjin diesel 1.9D dengan 63.9ps ditambah.
  • Ciri Moden: Kerjasama Volkswagen Group membolehkan Felicia dilengkapi ciri moden seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), stereng kuasa, penyaman udara, kerusi depan dengan pemanas, dan hingga empat beg udara.
  • Varian dan Edisi Khas: Felicia juga ditawarkan dalam pelbagai versi seperti wagon (combi) pada Jun 1995. Kilang Kvasiny pula mengeluarkan versi utiliti Pickup dan Vanplus. Daripada model Pickup inilah varian unik Felicia Fun dikeluarkan yang menonjol dalam warna kuning dengan kerusi 2+2 boleh dilaras.
  • Rekabentuk Semula: Pada Februari 1998, Felicia versi rupa baharu diperkenalkan, selari bahasa rekabentuk Škoda terkini yang dimulakan Octavia. Dimensi juga bertambah 28mm pada model hatchback dan 32mm (wagon).
  • Prestasi Permotoran: Felicia turut bersaing dalam Kejuaraan Rali Dunia (WRC) dari 1995 hingga 1997 yang mencatatkan keputusan baik.

Kehebatan Felicia diiktiraf apabila dinamakan Kereta Terbaik Republik Czech pada 1994. Sepanjang tempoh pengeluaran yang tamat pada Jun 2001, 1,401,489 unit Felicia dikeluarkan.

Tafsiran Semula ‘Modern Solid’

Pereka model konsep Felicia Fun, Julien Petitseigneur
Pereka model konsep Felicia Fun, Julien Petitseigneur

Tafsiran baharu Felicia Fun mengambil ilham falsafah rekabentuk ‘Modern Solid’ Škoda, yang kali pertama dipamerkan pada model konsep Vision 7S.

Permukaan bersih dan perkadaran berani mempamerkan arah baharu Škoda, manakala sentuhan retro bersahaja mengekalkan karakter riang model asal.

Model konsep Skoda Felicia Fun direka semula
Model konsep Skoda Felicia Fun direka semula

Dari depan menampilkan gril Tech-Deck Face yang diapit lampu depan LED bentuk T. Badan kuning terang diimbangi bampar, sisi, dan pelapik roda hitam.

Rupa belakang mengekalkan spoiler lebar penuh, dan jalur lampu horizontal sepanjang but belakang yang memancarkan cahaya merah jambu. Kemasan merah jambu juga digunakan pada rim dan lampu kabus belakang.

Bahagian kabin pikap konsep ini meneruskan tema retro dengan paparan digital lebar penuh yang menampilkan grafik gaya permainan video mirip monitor CRT klasik era asal.

Walaupun tiada rancangan pengeluaran, model konsep itu menunjukkan potensi model ikonik Škoda yang direka semula untuk era moden.

Model konsep Skoda Felicia Fun direka semula
Model konsep Skoda Felicia Fun direka semula
Model konsep Skoda Felicia Fun direka semula
Model konsep Skoda Felicia Fun direka semula
Model konsep Skoda Felicia Fun direka semula
Pereka model konsep Felicia Fun, Julien Petitseigneur
Skoda Felicia Fun lama
Skoda Felicia Fun lama

 

model konsep Model Konsep Skoda Felicia Fun pikap Roda4 ŠKODA Škoda Felicia Škoda Felicia Fun
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #BIMS2026: Mazda 6e Tampil Buat Kali Pertama, Bukan Mazda Yang Anda Jangka

    30/03/2026
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

    30/03/2026
    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Nissan Kicks e-POWER Terima Facelift di Thailand

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.