Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Škoda Epiq Bakal Diperkenal Pada 2025, Harga Mampu Milik Sekitar 25 Ribu Euro
Auto Terkini

Škoda Epiq Bakal Diperkenal Pada 2025, Harga Mampu Milik Sekitar 25 Ribu Euro

Abang HirataBy Abang Hirata20/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DI ANTARA keluhan pengguna ialah harga kenderaan elektrik (EV) yang tinggi. Walaupun sudah ada EV yang murah di China, tidak bermakna boleh dilakukan di negara lain.

Pada 2023, jualan kenderaan di China mencecah 30.09 juta unit yang menunjukkan potensi besar selain persaingan, strategi perniagaan dan sebagainya.

Harga di sesebuah pasaran perlu dihitung berdasarkan strategi perniagaan setempat, peraturan keselamatan dan beberapa lagi pertimbangan.

Bagaimanapun, pengeluar menyedari hakikat pengguna memerlukan sebuah EV mampu milik dan sudah bergerak ke arah itu.

Sebagai contoh Volkswagen telah memperkenalkan model konsep ID. 2all dengan sasaran harga di bawah 25 ribu Euro (RM128,479).

Strategi itu juga bermakna ahli di bawah Volkswagen Group bakal menerima manfaat.

Terbaru Škoda Auto memperkenal model baharu Epiq, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) crossover bandar yang bakal ditawarkan pada harga permulaan sekitar 25 ribu Euro.

Epiq berukuran panjang 4.1 meter (0.4 meter lebih panjang daripada Perodua Ativa) dan mempunyai muatan belakang 490 liter.

Dari segi rekabentuk, Epiq nampak menarik dengan gaya bahasa Modern Solid yang tampil rugged dan tidak nampak seperti kereta ekonomikal.

Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian ialah jarak pemanduan dan Epiq menawarkan lebih 400 kilometer.

Bahagian depan Epiq membawa rekaan Tech-Deck Face dalam warna hitam kilat dan terjemahan baharu jeriji tradisi Škoda dan menempatkan radar serta kamera depan.

Wajah depan Tech-Deck diapit lampu LED bentuk T yang bergaya dan canggih dengan teknologi Matrix LED.

Bahagian sisi kereta dibuat kemas namun menarik dengan garisan badan yang dipanggil Tornado Line.

Garisan bumbung landai ke bawah dan menyambung kepada spoiler untuk kecekapan aerodinamik. Rim kereta turut dibuat bagi memanfaatkan aerodinamik. Lampu belakang mengulangi bentuk T dan lebih besar.

Bahagian dalam Epiq bakal menjadi kenderaan produksi pertama dengan rekaan Modern Solid yang minimalis yang menumpukan pada penggunaan bahan tahan lasak, praktikal dan lestari.

Ruang simpanan terbuka di dalam konsol tengah terapung diguna untuk pengecasan telefon bimbitt tanpa wayar.

Ruang yang dipanggil Simply Clever direka untuk lebih banyak simpanan dan kegunaan seperti cangkuk beg, cangkuk pengikat dan ruang tersorok di bawah lantai.

Sebagai sebuah EV, Epiq juga dilengkapi fungsi pengecasan dua arah dan boleh membekalkan tenaga elektrik untuk kediaman dan perkakasan.

Epiq bakal diperkenal secara rasmi pada 2025 dan akan dikeluarkan di Pamplona, Sepanyol iaitu pusat pengeluaran dan pembangunan bersama subsidiari Volkswagen Group seperti Škoda, Cupra dan Volkswagen.

Sebelum ketibaan Epiq, Škoda Auto terlebih dahulu akan memperkenalkan sebuah lagi model dengan huruf Q iaitu Elroq pada tahun ini.

ŠKODA ŠKODA Auto Škoda Epiq
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Toyota Hilux BEV 2026 | Malaysia
    Auto Terkini

    Diesel Mahal, Toyota Hilux BEV mampu jadi penyelamat?

    09/04/2026
    Auto Terkini

    GrabX2026: Grab Lancar 13 Ciri AI, Sasar Jadi Pembantu Harian Lebih Pintar di Asean

    08/04/2026
    JPJ Negeri Sarawak sita Ferrari ultra-terhad
    Auto Terkini

    Op Luxury: JPJ Sarawak Sita Ferrari ‘Ultra-Terhad’

    08/04/2026
    Auto Terkini

    Hap Seng Star Sambut 140 Tahun Mercedes-Benz Dengan Acara Istimewa Hujung Minggu Ini

    08/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.