• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / SIRIM Bantu Hasilkan Vaksin Buatan Malaysia

SIRIM Bantu Hasilkan Vaksin Buatan Malaysia

August 1, 2021 By Azhan O Leave a Comment

519
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SIRIM Bhd akan bekerjasama dengan institusi tempatan dalam kajian di peringkat permulaan pembangunan vaksin Covid-19 di Malaysia, kata Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad.

Kerjasama itu melibatkan tiga institut, iaitu:

  • Institut Kajian Perubatan (IMR)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Institut Veterinar di Ipoh, Perak

Dalam kerjasama itu, SIRIM akan melaksanakan pengujian bagi vaksin yang dibangunkan tiga institut berkenaan supaya mematuhi standard antarabangsa bagi keselamatan, keberkesanan dan proses pembuatan.

Dr Ahmad Sabirin berkata, SIRIM sudah mengadakan perbincangan dengan pihak IMR untuk menyumbang dalam pembangunan vaksin tersebut di peringkat pra-klinikal sebelum ujian klinikal dan peringkat penghasilan vaksin pada skala pilot.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Program Vaksinasi Pandu Lalu SIRIM-Vaksin Selangor (Selvax) yang berlangsung selama satu hari di Ibu Pejabat SIRIM, di Shah Alam, yang dikendalikan Selgate Healthcare Sdn Bhd.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Ujian Diagnostik untuk Kereta yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> Speeder - Motosikal Terbang Lulus Ujian Pertama, Harga Mula RM1.6j

SIRIM kini mempunyai fasiliti menjalankan ujian berkenaan di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Perindustrian Pengurusan (IBRC) yang memenuhi kriteria makmal ujian yang diperlukan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Menurutnya;

Kita punya fasiliti IBRC di SIRIM ini... di mana kita mempunyai kelengkapan yang komprehensif di Malaysia bagi pengujian vaksin di negara ini, jadi kita cuba bekerja secara kolaboratif dengan semua agensi yang ada."

SIRIM sebelum ini pernah melaksanakan pelbagai peringkat ujian ke atas vaksin Sinovac untuk mengesahkan proses serta memastikan produk akhir vaksin itu selamat dan berkesan kepada penerima. Ujian ke atas vaksin Sinovac itu melibatkan keperluan fasiliti yang lengkap dan makmal berstatus Amalan Makmal Baik (GLP).

BACA >>> Ambil Vaksin Sudah Boleh 'Walk-In' Ogos Nanti di KL, Selangor dan Putrajaya

SIRIM juga menghasilkan data sokongan untuk proses pengesahan dan pemeriksaan kualiti untuk kumpulan vaksin ‘fill’ and ‘finish’, manakala NPRA memeriksa data tersebut secara terperinci sebelum membuat keputusan untuk meluluskan vaksin ataupun tidak.

“Bagi ujian ketoksikan, SIRIM menjalankan ujian Abnormal Toxicity di mana kumpulan vaksin yang telah ‘fill’ and ‘finish’ mengikut kumpulan kestabilan tertentu, manakala untuk pengujian keberkesanan, ujian ‘Immunoassay Relative Potency’ dijalankan, di mana vaksin secara pukal yang diterima bersama vaksin rujukan (reference vaccine),” katanya.

BACA >>> MB: Selangor Capai Imuniti Kelompok Kurang Sebulan Lagi
BACA >>> Tiada Lagi 'Tinted' Cikai, Kena Ada Logo SIRIM Bermula 1 Julai 2020

SUMBER: Bernama

Artikel Berkaitan

519
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad, Program Vaksinasi Pandu Lalu SIRIM-Vaksin Selangor (Selvax), Pusat Penyelidikan Bioteknologi Perindustrian Pengurusan (IBRC), Selgate Healthcare Sdn Bhd, sirim, Ujian SIRIM, Vaksin, Vaksin Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my