Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Siri Suzuki Wagon R Cecah 10 Juta Unit!
Auto Terkini

Siri Suzuki Wagon R Cecah 10 Juta Unit!

Abang HirataBy Abang Hirata08/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Siri Suzuki Wagon R capai jualan 10 juta unit

SUZUKI Motor Corporation mengumumkan siri Suzuki Wagon R sudah mencapai jualan global terkumpul 10 juta unit pada Jun 2025.

Pencapaian penting itu diraih dalam masa 31 tahun sembilan bulan selepas model pertama dilancarkan di Jepun pada September 1993.

Suzuki Wagon R
Suzuki Wagon R

Suzuki Wagon R asalnya dibangunkan sebagai sebuah kereta mini dengan gaya semi-bonet. Model ini kemudian menjadi simbol penting Suzuki apabila mendapat tempat di hati ramai pelanggan Jepun sebagai kenderaan yang selesa, mudah dikendalikan dan mengutamakan keperluan pemandu.

Selain dieksport dari Jepun, model Suzuki Wagon R turut dihasilkan di beberapa negara lain seperti India, Hungary dan Indonesia. Pengeluaran di lokasi-lokasi tersebut membolehkan evolusi berterusan bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan.

Suzuki Wagon R
Suzuki Wagon R

Teknologi yang diperhalusi melalui piawaian kereta mini seluruh dunia diterapkan dalam siri Suzuki Wagon R. Sehingga kini, siri Wagon R sudah dipasarkan di lebih 75 negara dan wilayah seluruh dunia, termasuk Jepun, India, dan Eropah.

Usaha berterusan itu dilakukan untuk meningkatkan kecekapan bahan api, prestasi alam sekitar dan kemudahan penggunaan bagi menawarkan nilai baharu kepada pengguna.

Suzuki Wagon R
Suzuki Wagon R

Contohnya, di India, spesifikasi CNG diperkenalkan untuk kecekapan bahan api dan penjimatan kos lebih baik berbanding model petrol.

Sementara itu, di Jepun, model Wagon R Smile baharu dilengkapi pintu gelongsor dan lebih memudahkan pengguna.

Pencapaian Jualan Siri Suzuki Wagon R

Berikut pencapaian siri Suzuki Wagon R:

  • September 1993: Wagon R generasi pertama dilancarkan di Jepun
  • Februari 1997: Wagon R Wide dilancarkan di Jepun
  • Oktober 1998: Wagon R generasi kedua dilancarkan di Jepun
  • Disember 1999: Pengeluaran bermula di India
  • Januari 2000: Pengeluaran bermula di Hungary
  • September 2003: Wagon R generasi ketiga dilancarkan di Jepun
  • September 2008: Wagon R generasi keempat dilancarkan di Jepun
  • September 2012: Wagon R generasi kelima dilancarkan di Jepun
  • September 2013: Pengeluaran bermula di Indonesia
  • April 2014: Pengeluaran bermula di Pakistan
  • Februari 2017: Wagon R generasi keenam dilancarkan di Jepun
  • September 2021: Wagon R Smile dilancarkan di Jepun

Sejarah Jualan Siri Wagon R

Berikut kronologi sejarah siri Suzuki Wagon R

  • September 1993: Dilancarkan
  • Oktober 1998: Jualan global terkumpul mencapai 1 juta unit
  • Januari 2002: Jualan global terkumpul mencapai 2 juta unit
  • Februari 2005: Jualan global terkumpul mencapai 3 juta unit
  • September 2007: Jualan global terkumpul mencapai 4 juta unit
  • Februari 2010: Jualan global terkumpul mencapai 5 juta unit
  • Ogos 2012: Jualan global terkumpul mencapai 6 juta unit
  • Januari 2015: Jualan global terkumpul mencapai 7 juta unit
  • Februari 2018: Jualan global terkumpul mencapai 8 juta unit
  • Januari 2022: Jualan global terkumpul mencapai 9 juta unit
  • Jun 2025: Jualan global terkumpul mencapai 10 juta unit

(Data berdasarkan penyelidikan Suzuki pada Ogos 2025, termasuk Wagon R Wide, Wagon R+ dan Wagon R Solio.)

Suzuki Wagon R
Suzuki Wagon R
Suzuki Wagon R
Suzuki Wagon R
Suzuki Wagon R
Suzuki Wagon R
Suzuki Wagon R
Auto Terkini Roda4 Suzuki Suzuki Wagon R Suzuki Wagon R capai jualan sejuta unit
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid, 952 ps/935Nm, 0 – 100 km/j 3.3 Saat!

07/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.