Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»[Siri 1] Kenapa Kapal Terbang Simpan Bekalan Minyak dalam Sayap?
Autotainment

[Siri 1] Kenapa Kapal Terbang Simpan Bekalan Minyak dalam Sayap?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MALAYSIAN Airlines ada berkongsi satu klip video memaparkan sebuah pesawat penerbangan komersial menyimpan bekalan bahan api dalam kedua-dua sayapnya, yang juga dipanggil wet wings. Antara model kapal terbang dibina dengan ruang simpanan bahan api seperti itu ialah Boeing 747.

Memang ada sebab kenapa bahan api disimpan dalam sayap, iaitu mengimbangi berat, melawan tekanan (counter-stress) dan mengurangkan fluter sayap (wing flutter).

BACA >>> Penyaman Udara Rosak, Penumpang MAS Berpeluh Kena ‘Sidai’ Sejam

MANFAAT ‘WET WINGS’

Ada banyak kaedah simpanan bahan api dalam sesebuah pesawat tetapi metod paling biasa masa kini adalah menerusi tangki yang disepadukan dalam sayap, dipanggil wet wings.

Metod ini menggunakan struktur sayap kapal terbang, ditutup sepenuhnya untuk menjadi tangki simpanan bahan api, dan bukan memasang tangki khas dalam sayap tersebut.

1. Penggunaan Ruang Efisien

Komponen elektrik dan hidraulik untuk mengawal aileron dan flap dalam sayap biasanya tidak memerlukan ruang besar. Jadi, baki ruang dalam sayap kapal terbang boleh dimanfaat untuk simpanan bahan api. Ruang tersebut tidak sesuai untuk simpanan kargo atau muatan. Ini dimaksudkan sebagai menggunakan ruang secara efisien.

2. Jimat Kos

Dengan tidak perlu tambah tangki minyak, wet wings membantu pengeluar menjimatkan kos pembuatan. Tangki bahan api berat dan bladder memerlukan penyelenggaraan berkala dan mengehadkan muatan (penumpang atau kargo) dalam kapal terbang.

Apabila kos penyelenggaraan dikurangkan dan lebih banyak ruang untuk muatan, rekaan ini lebih mudah menarik minat syarikat pembeli.

Wetwings semakin banyak digunakan sejak 1950-an. Kemajuan pembangunan kapal terbang yang lebih pantas dan lebih canggil, sayap pesawat harus bersifat lebih rigid atau tegar untuk menampung keperluan seiring prestasinya.

3. Suap Graviti (Gravity Feed)

Struktur sayap yang lebih kukuh lebih sesuai untuk simpanan bahan api. Enjin kiri kapal terbang menerima bekalan bahan api dari sayap kiri dan begitu juga keadaan untuk sayap kanan. Salah satu manfaat simpanan bahan api dalam sayap ialah keupayaan untuk suap-graviti.

Jika pam bahan api pecah atau berlaku kerosakan, enjin kapal terbang masih dibantu graviti. Sebagai tambahan, kapal terbang hari ini memiliki tangki tengah dalam badan pesawat.

Memandangkan tangki simpanan tambahan itu berada di bawah enjin, suapan graviti dari kawasan itu tidak berlaku. Bekalan bahan api ini akan digunakan terlebih dahulu untuk memastikan suap graviti sentiasa ada dengan syarat selagi terdapat bahan api dalam pesawat.

4. Imbangan Berat dan Titik Graviti (CofG)

Sayap kapal terbang terletak dekat CofG pesawat. Jika sesebuah pesawat membawa lebih banyak beban di depan atau belakang daripada CofG, kapal terbang itu akan mengalami masalah prestasi atau mungkin tumbang atau rebah di landasan.

Tindakan menyimpan bahan api di tengah pesawat bermaksud CofG akan kekal lebih atau kurang malar sepanjang penerbangan. Jika bahan api disimpan di muncung atau ekor pesawat, peralihan momentum akan jadi lebih besar, sekali gus menjejaskan aspek kawalan dan kestabilan kapal terbang.

BACA >>> MAS Mohon Maaf Isu Penyaman Udara, Penumpang Pindah Pesawat Lain
BACA >>> Naik Helikopter dari KL ke Ipoh untuk Ambil 36 Bungkus Nasi Ganja
BACA >>> Helikopter Rentas Negeri Ada Surat Kebenaran, Tapi Bukan untuk Ambil Nasi Ganja

SUMBER: ResearchGate | Wikimedia | Aerocorner

autotainmen Kapal Terbang Kenapa Minyak Isi dalam Sayap Pesawat tahukah anda Tangki Simpanan Bahan Api
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.