• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MAS Mohon Maaf Isu Penyaman Udara, Penumpang Pindah Pesawat Lain

MAS Mohon Maaf Isu Penyaman Udara, Penumpang Pindah Pesawat Lain

May 10, 2022 By Farah Leave a Comment

243
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MALAYSIA Airlines Berhad (Malaysia Airlines) mengeluarkan kenyataan memohon maaf berhubung isu penyaman udara pesawat tidak dapat dihidupkan.

Pengumuman itu dibuat berikutan tular video insiden pesawat penerbangan milik Malaysia Airlines (MAS) mengalami masalah penyaman udara hingga menyebabkan penumpang bermandi peluh.

MAS memaklumkan, insiden itu melibatkan pesawat MH2710 yang mahu bertolak dari Kuala Lumpur ke Sandakan, Sabah yang mengalami isu teknikal ketika enjin pesawat dihidupkan.

Pesawat itu juga terpaksa kembali semula ke ruang menunggu (bay) selepas prosedur kali kedua untuk menghidupkan enjin gagal ketika melakukan pushback.

"Malaysia Airlines memohon maaf apabila pendingin hawa tidak dapat dihidupkan ketika proses baik pulih dilakukan hingga menyebabkan persekitaran kabin menjadi panas," kata kenyataan itu.

MAS yang dahulunya dikenali Malaysia Airlines System (juga dipanggil MAS) turut memaklumkan terdapat seorang penumpang memerlukan bantuan perubatan kecemasan.

Penumpang kemudian dipindahkan ke pesawat lain yang berlepas jam 1.37 tengah hari dan selamat tiba di Sandakan pada pukul 4.30 petang. Pihak MAS kesal dengan kelewatan dan memohon maaf sekali lagi atas ketidakselesaan sementara yang dialami penumpangnya.

Dalam rakaman video tular itu, suasana kabin kelihatan kacau-bilau dengan keadaaan penumpang bermandi peluh dan ibu bapa berusaha menenangkan bayi yang menangis akibat kepanasan. Juga dapat disaksikan pramugari berusaha menenangkan salah seorang penumpang yang tidak bersetuju mereka perlu berpanasan dalam kabin ketika penyaman udara itu dibaiki.

BACA>>> Penyaman Udara Rosak, Penumpang MAS Berpeluh Kena 'Sidai' Sejam
BACA>>> Tempahan Tiket MAS Naik 1,000 Peratus untuk Penerbangan Domestik!

SUMBER: Kosmo

Artikel Berkaitan

243
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Malaysia Airlines, MAS, MAS Mohon Maaf, pesawat, Pesawat MAS, Pesawat Tiada Penyaman Udara

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my