Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Siapa Sesuai Beli Perodua Alza (2022), Aruz dan Ativa?
Auto Terkini

Siapa Sesuai Beli Perodua Alza (2022), Aruz dan Ativa?

ShawkathBy Shawkath20/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


PERODUA mula memperkenalkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Alza generasi pertama pada November 2009 dalam tiga varian pilihan iaitu Standard, SE dan AV.

Sepanjang 13 tahun hayat Alza generasi pertama, Perodua pernah menaik taraf penampilan MPV itu pada Januari 2014 dan September 2018.

Boleh dikatakan, Alza ialah MPV mampu milik untuk golongan famili berpendapatan sederhana. Statistik menunjukkan Perodua sudah menjual 399,816 unit Alza generasi pertama sejak debut hingga April tahun ini.

BACA >>> Perodua Alza (2022) Serba Baharu Lancar dalam Tiga Varian, Harga Mula RM62.5k!
BACA >>> Honda BR-V (2022) Guna Tayar Bridgestone Turanza T005A, Macam Perodua Ativa?

PEMBANGUNAN ALZA

  • Projek generasi kedua Alza bermula April 2018 dengan kod nama pembangunan D27A.
  • Kos projek bernilai RM770 juta membabitkan 321,000 jam-manusia dengan mendapat bantuan Daihatsu Motor Co.
  • Sasaran pengeluaran 3,000 unit sebulan dan aktiviti pembuatan berskala besar bermula sejak Jun 2022.

OBJEKTIF PROJEK

Ada dua perkara menjadi teras pembangunan Alza generasi baharu, iaitu:

  • Memenuhi keperluan pelanggan untuk mendapatkan kenderaan pengganti atau kenderaan baharu, termasuk kumpulan pembeli yang mahu menaik taraf jenis kereta daripada 5-kerusi kepada 7-kerusi.
  • Menawarkan MPV dengan nilai wang buat pembeli yang menawarkan kualiti standard global dan ciri teknologi keselamatan termaju.

BACA >>> Perodua Alza (2022) Dapat Lebih 30k Unit Tempahan, Masa Menunggu Cecah 10 Bulan!

SASARAN PEMBELI

  • Alza mensasarkan pembeli berkeluarga dalam lingkungan usia 30-an.
  • Model Alza direka buat mereka yang mementingkan low ride (kenderaan jenis rendah) dengan pemanduan stabil dan akses mudah untuk ahli keluarga.

Berikut carta profil pembeli Alza vs Aruz vs Ativa yang dikongsikan Perodua:

Selain Alza, Perodua turut menawarkan dua model untuk segmen pelanggan famili, iaitu:

  • Bezza (keluarga pendapatan rendah/sederhana)
  • Aruz (keluarga pendapatan sederhana/tinggi)

Ativa dan Myvi juga dalam kategori famili, tetapi lebih menumpukan golongan individu atau mereka yang baru berumahtangga dengan berpendapatan sederhana/tinggi.

Perlu diingatkan Aruz ialah model kenderaan utiliti sukan (SUV), manakala Ativa pula SUV kompak atau ‘kereta saiz besar’. Ini menunjukkan sasaran pelanggan Alza adalah khalayak pembeli Nissan Serena, Proton Exora atau Mitsubishi Xpander.

Pembeli Alza juga lebih menumpukan golongan muda yang sudah berkeluarga dengan pendapatan isi rumah lebih tinggi daripada pembeli Ativa. Profil pembeli Alza baharu dikatakan lebih muda berbanding Aruz yang menumpukan golongan berusia dan berkeluarga, tetapi meminati kenderaan tinggi (high ride).

BACA >>> #Perbandingan: SUV vs Sedan, Mana Satu Lebih Sesuai untuk Keluarga Anda?

Orang Bujang Makin Bijak

Profil pelanggan dibentangkan Perodua tidak semestinya tepat. Ada juga orang bujang bercadang membeli Alza sebagai pelaburan masa depan. Benarkah?

Rata-rata golongan itu merancang berkahwin dan memiliki keluarga beberapa tahun lagi serta tidak mahu ‘terjerat’ dengan pembiayaan institusi kewangan dalam jangka masa lama. Atas alasan itu mereka terfikir membeli sebuah MPV untuk keperluan dan kesenangan masa depan.

Kenapa Alza? Ada tiga kekuatan utama MPV ini, iaitu:

  • Menawarkan ruang keselesaan dengan bilangan tempat duduk sesuai untuk keluarga saiz sederhana.
  • Sarat dengan ciri keselamatan termaju yang menawarkan perlindungan terbaik dalam segmen MPV.
  • Harga varian tertinggi Alza AV jauh lebih murah daripada sedan segmen-B jenama Jepun.

Mampukah Alza baharu membantu Perodua kembali muncul sebagai ‘Raja MPV Malaysia’? Tunggu dan lihat sahaja.

BACA >>> Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
BACA >>> Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
BACA >>> Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?

autoterkini CEO Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad Perodua Perodua Alza (2022) perodua aruz Perodua Ativa Profil Pembeli Model Perodua Roda4
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

16/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
New Kia Carnival 2026
Roda4

Kia Carnival 2026 Baharu Rasmi Lancar di Malaysia, CKD dari Kulim, Harga Mula RM188,888

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.