Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Sharol Yuzy: Kami Ni Pelumba Haram Ke?
Auto Terkini

Sharol Yuzy: Kami Ni Pelumba Haram Ke?

AryonBy Aryon31/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APA sudah jadi dengan sukan permotoran negara? Ramai tahu Persatuan Otomobil Malaysua (AAM) kini berseteru dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PSM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung isu badan sah yang bertanggungjawab menguruskan sukan permotoran negara.

KBS dan PSM dikatakan sudah melucutkan hak pengurusan sukan permotoran di Malaysia yang dimiliki AAM. Sebaliknya, AAM mendakwa status persatuan itu kekal diiktiraf badan profesional antarabangsa seperti Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), serta tiada kena mengena dengan campur tangan badan sukan Kerajaan.

BACA >>> Selangor Akan Ada Litar Lumba Baharu Seluas 20 Ekar di Gombak

Namun apa yang pasti, baik atau buruk yang perlu ditanggung ialah sukan permotoran itu sendiri, terutama pelumba yang berkecimpung secara langsung dalam bidang ini. Lihat apa yang dikeluhkan pelumba negara, Shahrol Yuzy mengenai kemelut yang menimpa AAM, PSM dan KBS.

* Status disunting tatabahasa, tanpa mengubah maksud asal penulis. Harap maklum.

KEMELUT AAM dan PJS… JANGAN KAMI MENJADI MANGSA?

APA LANGKAH PENYELESAIANNYA?

Salam buat warga sukan permotoran.

Rasanya ramai yang sudah tahu tentang kemelut yang melanda sukan permotoran negara yang tengah hangat ketika ini. Saya tidak mahu memberi komen tentang masalah antara AAM, PJS, KBS ataupun mana-mana pihak berkepentingan lain walaupun secara peribadi, saya rasa keputusan ini tergesa-gesa dan meminggirkan kami yang bergelar PELUMBA.

Apa yang saya ingin luahkan di sini adalah tentang nasib kami pelumba, pasukan mahupun individu yang terbabit secara terus dengan sukan permotoran tidak kira dua roda ataupun empat roda.

Sepanjang hampir 30 tahun saya terbabit dalam sukan permotoran dan telah membawa nama negara ke serata pelusuk dunia, saya rasa masalah seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Jika pun nak batalkan sangat AAM, sepatutnya penggantinya sudah ada dan diberi mandat oleh FIM ataupun FIA.

Kami hanya mahu berlumba kerana ini punca rezeki kami, ini minat kami, dan ini sumbangan kami kepada negara. Bukan saya saja, tapi ramai lagi pelumba dan pasukan yang menjadikan sukan permotoran sebagai karier. Contoh di Cub Prix saja saya rasa ratusan atau ribuan individu yang terbabit setiap kali perlumbaan.

Tahukan anda untuk kami berlumba, pelumba memerlukan lesen perlumbaan sah yang turut mengandungi insurans perlumbaan. Begitu juga penganjur yang memerlukan ‘Sanction Body’ untuk mengiktiraf dan juga mendapat permit perlumbaan. Apa yang saya baca dalam surat yang dikeluarkan di perenggan terakhir, “BUAT MASA INI ADALAH DINASIHATKAN AGAR MANA-MANA PIHAK TIDAK BERURUSAN DENGAN AAM SEHINGGA BADAN PENGELOLA BAHARU DIMUKTAMADKAN? Persoalannya, SAMPAI BILA? SIAPA? APA WAJARNYA TINDAKAN DAN ARAHAN INI? KAMI NI PELUMBA HARAM KE?

Bukan saja dalam negara, untuk berlumba di peringkat antarabangsa juga, setiap pelumba memerlukan lesen atau ‘pelepasan’ dari dalam negara. Jadi, lesen apa yang kami nak gunakan? Ramai pelumba negara terbabit bukan saja di Asia, malah di Eropah sana. Kalau tengok jadual perlumbaan tempatan dan antarabangsa, saya rasa ada empat atau lima perlumbaan untuk bulan April saja.

Jadi, apa status kami untuk berlumba? Ataupun kami terpaksa menanggung kerugian yang saya rasa bukan sikit untuk dinyatakan hanya kerana masalah mereka yang tidak memikirkan kepentingan kami sebagai pelumba. COME ON!!!

Mereka inilah yang mengharumkan nama negara. Sudah berapa ramai juara dilahirkan, sudah berapa ratus kali lagu ‘Negaraku’ berkumandang seluruh dunia, namun hari ini kami ‘tidak ada lesen’ lumba hanya kerana terujanya pihak terbabit untuk mengeluarkan satu notis pembatalan??? Apa agaknya yang ada dalam fikiran mereka yang buat keputusan ini?

Adakah pandangan kami pelumba selama ini didengar? Setakat mana saja kami diberikan perhatian selama ini? Sudahlah selama ini terpaksa berdiri atas kaki sendiri, ke sana ke sini untuk cari penaja atau dana untuk berlumba, usahkan bantuan atau dana, tapi penghargaan atau pengiktirafan kepada pelumba sebagai atlet negara pun kami tak rasa.

Tetapi bukan itu yang kami keluhkan. Kami teruskan juga demi minat, rezeki dan semangat untuk terus melahirkan dan mengharumkan nama negara.

Wahai pihak terbabit di atas sana, dengar dan pandanglah kami pelumba-pelumba ‘HALAL’ selama ini. Buatlah satu keputusan yang tidak meminggirkan kepentingan kami. JANGAN ZALIM TERHADAP KAMI! Kami hanya nak berlumba.”

#KatarRaceKatTrack

AAM Auto Terkini KBS Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Persatuan Otomobil Malaysia (AAM) Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PSM) PSM roda2 Shahrol Yuzy sukan permotoran
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT, 115 Untuk Ulang Tahun ke-115 TT

    23/05/2026
    Operasi KLK dan LPT kesan pengguna tidak bayar tol | Ismaliza
    Auto Terkini

    AFA Prime Keluar Lebih 2,000 Notis Tuntutan Kes Tidak Bayar Tol KLK, LPT1

    22/05/2026
    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    LRT Laluan Kelana Jaya
    Auto Terkini

    Tiada Lagi ‘Tin Sardin’, Laluan LRT Kelana Jaya Bakal Terima 26 Tren Baharu Menjelang 2031

    22/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.