Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Setel Lancar Kempen ‘Setel Je! Sekali Tekan, Semua Jalan’!
Auto Terkini

Setel Lancar Kempen ‘Setel Je! Sekali Tekan, Semua Jalan’!

SyafieBy Syafie26/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Kempen 'Setel je! Sekali tekan semua jalan'

SETEL Ventures Sdn Bhd (Setel) melancarkan kempen baharu, ‘Setel je! Sekali tekan, semua jalan’, yang membawa frasa harian rakyat Malaysia ke dunia teknologi digital.

Kempen itu bertujuan memudahkan urusan harian menerusi inovasi aplikasi Setel dengan mendekatkan rakyat Malaysia kepada gaya hidup tanpa tunai yang lebih mudah dan pantas.

Setel: Sekali Tekan untuk Semua Urusan

Kempen 'Setel je! Sekali tekan semua jalan'
Kempen 'Setel je! Sekali tekan semua jalan'
Kempen 'Setel je! Sekali tekan semua jalan'
Kempen 'Setel je! Sekali tekan semua jalan'

Sejak penubuhan, Setel menjadi peneraju dalam menawarkan pengalaman mengisi minyak tanpa tunai pertama di Malaysia.

Kini, aplikasi tersebut berkembang menjadi aplikasi mobiliti menyeluruh yang membabitkan pelbagai ciri, seperti:

  • Își minyak sekali tekan
  • Bayar parkir dan pembelian runcit
  • Perbaharui cukai jalan
  • Kumpul ganjaran dan tawaran eksklusif

Kini lebih sembilan juta pengguna Malaysia menggunakan aplikasi Setel untuk pelbagai urusan harian yang menyokong akses di 1,000 stesen Petronas dan lebih 2.6 juta peniaga seluruh negara.

Teknologi untuk Semua Lapisan Masyarakat

Kempen 'Setel je! Sekali tekan semua jalan'

Bagi memastikan semua pengguna boleh menikmati kemudahan digital, Setel Lite diperkenalkan khas untuk telefon Android lama dengan storan terhad. Langkah itu membuktikan komitmen Setel terhadap keterangkuman digital di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Setel, Abdullah Ayman Awaluddin berkata;

Setel kini bukan sekadar aplikasi, tetapi sebahagian bahasa harian kita. Dengan kempen ini, kami ingin menjadikan ‘Setel je’ sebagai simbol penyelesaian pantas dan mudah melalui teknologi.”

Kempen dan Aktiviti Menarik, ‘Jom Setel Je’

Bagi mendekatkan kempen itu dengan rakyat, Setel akan menganjurkan siri jelajah ‘Jom Setel je!’ di lokasi terpilih seperti:

  • Lembah Klang
  • Pulau Pinang
  • Melaka
  • Kuantan
  • Sabah dan Sarawak

Acara tersebut menampilkan aktiviti interaktif, ganjaran eksklusif, dan kerjasama bersama Kelab Bola Sepak Selangor bagi mendekati peminat bola sepak tempatan.

Video Kempen dan Cabaran Media Sosial

Sebagai pelengkap kempen, satu video komersial dengan lagu jingle menarik dilancarkan yang memaparkan penggunaan ‘Setel’ dalam situasi harian rakyat Malaysia.

Orang ramai juga boleh menyertai cabaran tarian media sosial menggunakan jingle tersebut untuk memenangi kredit e-wallet.

Ganjaran Istimewa Pengguna Baharu

Kempen 'Setel je! Sekali tekan semua jalan'

Pengguna baharu boleh menikmati pulangan tunai RM5 dengan langkah mudah:

  • Muat turun aplikasi Setel
  • Daftar dengan kod c-5etel
  • Isi minyak minimum RM20 di stesen Petronas

Pengguna juga berpeluang memenangi hadiah tunai dengan melakukan transaksi menggunakan Setel sepanjang tempoh kempen.

Dengan pelancaran kempen ‘Setel je! Sekali tekan, semua jalan’, Setel bukan sekadar aplikasi tetapi simbol gaya hidup digital Malaysia yang mudah, pantas dan inklusif. Sama ada mengisi minyak, membayar parkir atau membuat pembelian harian, Setel menjadikan semua urusan lebih lancar dengan hanya satu sentuhan.

aplikasi mobil Aplikasi Setel Auto Terkini Kempen Setel Petronas Setel Setel je! Sekali tekan semua jalan Setel Ventures Sdn Bhd (Setel)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.