Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Sepanyol Ikut Jejak Itali Lindungi Misi Bantuan Antarabangsa
Auto Terkini

Sepanyol Ikut Jejak Itali Lindungi Misi Bantuan Antarabangsa

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam25/09/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Sepanyol hantar kapal perang Furor iringi konvol bantuan Sumud Flotilla ke Gaza

SELEPAS Itali, kini giliran Sepanyol mengumumkan penghantaran kapal perang Furor untuk melindungi konvoi bantuan antarabangsa, Sumud Flotilla yang menuju ke Gaza.

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sánchez dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York berkata, Furor akan berlepas dari pangkalan tentera laut Cartagena dengan kelengkapan penuh untuk mengiringi konvoi misi kemanusiaan itu.

Esok kami akan menghantar kapal tentera laut dengan semua sumber diperlukan untuk membantu Sumud Flotilla dan melaksanakan operasi menyelamat,” kata Sanchez.

Serangan ke Atas Flotilla Cetus Reaksi Antarabangsa

Konvoi kapal Global Sumud Flotilla ke Gaza
Konvoi kapal Global Sumud Flotilla ke Gaza

Langkah tersebut dibuat susulan insiden serangan ke atas Global Sumud Flotilla, iaitu konvoi yang terdiri daripada kira-kira 50 kapal awam membawa aktivis, peguam dan doktor dari 45 negara, termasuk aktivis iklim terkenal, Greta Thunberg dari Sweden.

Serangan tersebut berlaku kira-kira 30 batu nautika dari Pulau Gavdos, Greece apabila 12 dron dilaporkan menyerang lima kapal, hingga menyebabkan kerosakan pada tiang dan sistem komunikasi.

Sepanyol Tegas Pertahan Undang-Undang Antarabangsa

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez
Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez di PBB

Sánchez menegaskan, Sepanyol menuntut undang-undang antarabangsa dihormati dan keselamatan rakyatnya yang terlibat dalam misi itu dijamin.

Beliau turut menyatakan sokongan penuh terhadap tujuan kemanusiaan flotilla berkenaan, sambil menegaskan Sepanyol akan berdiri teguh bersama negara lain dalam mempertahankan hak asasi dan keselamatan semua peserta.

Eropah Bersatu dalam Solidariti

Sepanyol hantar kapal perang Furor iringi konvol bantuan Sumud Flotilla ke Gaza
Sepanyol hantar kapal perang Furor iringi konvol bantuan Sumud Flotilla ke Gaza

Dengan Itali terlebih dahulu menghantar kapal perang untuk tujuan sama, tindakan Sepanyol dilihat memperkukuh solidariti negara Eropah dalam melindungi misi kemanusiaan ke Gaza.

Langkah tersebut bukan saja memperlihat sokongan terhadap hak asasi manusia, tetapi juga menandakan keprihatinan Eropah terhadap keselamatan aktivis antarabangsa yang menggerakkan usaha bantuan ke wilayah konflik.

Fakta Kapal Perang Sepanyol ‘Furor’

Sepanyol hantar kapal perang Furor iringi konvol bantuan Sumud Flotilla ke Gaza

  • Furor ialah kapal peronda tentera laut Sepanyol
  • Kapal tersebut dilengkapi satu meriam, dua mesingan untuk pertahanan jarak dekat
  • Memiliki keupayaan tambahan membawa helikopter dan dron sebagai sokongan udara dan pengawasan
  • Dinaiki kira-kira 50 kru termasuk operasi kapal dan keperluan operasi biasa
  • Penempatan dalam misi boleh membawa tambahan hingga 80 orang (untuk bantuan kecemasan, evakuasi, dan petugas perubatan)
Sepanyol hantar kapal perang Furor iringi konvol bantuan Sumud Flotilla ke Gaza
Sepanyol hantar kapal perang Furor iringi konvol bantuan Sumud Flotilla ke Gaza
Sepanyol hantar kapal perang Furor iringi konvol bantuan Sumud Flotilla ke Gaza
Presiden Sepanyol, Pedro Sanchez
Presiden Sepanyol, Pedro Sanchez
Sepanyol hantar kapal perang Furor iringi konvol bantuan Sumud Flotilla ke Gaza
Konvoi kapal Global Sumud Flotilla ke Gaza
Konvoi kapal Global Sumud Flotilla ke Gaza
Konvoi kapal Global Sumud Flotilla ke Gaza

SUMBER: SinarHarian

Global Summed Flotilla Itali Kapal perang Misi Kemanusiaan Sepanyol Summed Flotilla
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Anthony Loke cadang kurangkan parkir di projek dekat LRT
Auto Terkini

Waktu Puncak Rapid Rail Dilanjutkan Sempena Ramadan 2026

23/02/2026
Ahmad Maslan - peruntukan baiki jalan berlubang.
Auto Terkini

Lebih 54,000 Aduan Kerosakan Jalan Diterima Menerusi MYJalan

23/02/2026
Auto Terkini

#TahukahAnda Kereta Sendiri, Kereta Api atau Kapal Terbang, Mana Paling Berbaloi Guna?

23/02/2026
Auto Terkini

JKDM Johor Sita 42 Kenderaan Mewah Bernilai RM22j Dalam Ops Terma

23/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam23/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.