PROTON dalam satu kenyataan memaklumkan salah seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19 pada 14 Oktober lalu.
Kakitangan yang bertugas di Bahagian Penyelidikan & Pembangunan di Shah Alam itu kini sedang dirawat di hospital dan langkah-langkah mengekang virus itu dari terus merebak sudah dilaksanakan.
Pada masa sama, aktiviti pengesanan kontak rapat sudah dimulakan dan semua rakan sekerja juga telah diarahkan untuk kuarantin di rumah masing-masing. Pembersihan secara mendalam dan pembasmian kuman turut dijalankan di kalangan tempat kerja Proton.
Tambah Proton, memandangkan kakitangan berkenaan tidak berurusan dengan para pelanggan, pihaknya yakin bahawa risiko penyebaran kepada pihak luar adalah rendah. Proton turut telah mengikuti semua garis panduan yang dibentangkan pihak berkuasa.
Situasi itu akan terus dipantau secara terperinci sebelum keputusan untuk langkah-langkah seterusnya diambil. Keselamatan semua pekerja dan pelanggan Proton sentiasa diutamakan.
BACA >>> #FaktaAtauAuta: Betul Ke Transmisi CVT Teruk Sangat?
BACA >>> Bagaimanakah Transmisi Variabel Berterusan (CVT) Bekerja?
Leave a Reply