Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Semua Stesen Petron Kini Boleh Isi Minyak Guna Kad ATM Tanpa Cagaran RM200
Auto Terkini

Semua Stesen Petron Kini Boleh Isi Minyak Guna Kad ATM Tanpa Cagaran RM200

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PETRON Malaysia dengan kerjasama Payment Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) melancarkan kempen ‘FUEL-YoooH MyDebit Je dengan kad ATM anda!’ yang membolehkan pelanggannya menggunakan kad bank ATM atau MyDebit tanpa sebarang cagaran di semua stesen minyak Petron seluruh Malaysia.

Pelancaran kempen dibuat di stesen Petron Bandar Baru Kulim, Kedah dan dirasmikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang turut dihadiri Setiausaha Agung KPDNHEP, Datuk Muez Abd Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PayNet, Peter Schiesser dan Pengurus Besar Petron, Faridah Ali.

BACA >>> #Videotomotif: Wanita Buat Aksi Pelik dan Bahaya, Isi Minyak Petrol dalam Beg Plastik

Schiesser berkata, dengan kira-kira 42 juta kad ATM beredar, hampir setiap pengguna membawa kad ATM yang boleh digunakan sebagai transaksi untuk mengisi minyak kenderaan.

Katanya;

Sebagai skim kad debit kebangsaan, rakyat adalah keutamaan kami. MyDebit adalah satu-satunya skim kad di Malaysia yang tidak memegang RM200 di stesen minyak.

“Apabila rangkaian stesen minyak menerima bayaran MyDebit, pengguna boleh memilih jumlah minyak yang mereka mahu beli dan hanya jumlah tersebut yang akan dihaskan untuk mengisi minyak. Jika pengguna mengisi kurang daripada jumlah dipilih pada awal, semua baki berlebihan itu akan terus dikreditkan semula ke akaun bank dengan segera selepas minyak selesai diisi.”

Sebelum ini, mana-mana pengguna yang menggunakan kad debit akan disekat RM200 dalam akaun bank mereka walaupun jumlah minyak yang diisi cuma RM2 (untuk penunggang motosikal). Terma tersebut dilihat sebagai tidak wajar dan membebankan.

MyDebit bersama 22 bank kini mengambil inisiatif untuk tidak lagi mengenakan sebarang sekatan ke atas pelanggannya.

Faridah berkata;

Kami berbesar hati dapat kerjasama dengan PayNet untuk membolehkan penggunaan kad ATM MyDebit di stesen Petron dan menyediakan pilihan pembayaran baharu kepada pelanggan kami. Dalam usaha menyokong komuniti tanpa tunai, semua pelanggan Petron kini dapat menikmati proses pembayaran lebih mudah, cepat, dan lancar menggunakan kad ATM mereka di pam minyak.”

PayNet Petron turut melancarkan kempen ganjaran kepada pengguna yang menggunakan kad ATM untuk mengisi minyak.

Kini, sebarang transaksi kad bank ATM di pam petrol Petron menggunakan bank di Malaysia dengan perbelanjaan minimum RM5, layak menyertai satu peraduan untuk memenangi hingga 84 hadiah termasuk:

  • Hadiah Utama – 2 pemenang Proton X70
  • Pemenang Mingguan – 4 pemenang kad baucar Petron Gift Cards berjumlah RM500

Peraduan bermula 12 Disember 2019 hingga 13 Mac 2020.

BACA >>> Petron Lancar Barisan Produk Minyak Pelincir HTP

Auto Terkini Datuk Muez Abd Aziz Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail Faridah Ali Kempen 'FUEL-YoooH' Petron Kempen Petron 2020 Payment Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) Peter Schiesser Petron Malaysia
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Roda4

Protected: Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

11/03/2026
Auto Terkini

Mercedes-Benz VLE Elektrik, Jarak Lebih 700 km, Kerusi Boleh Keluar

11/03/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Jualan Proton e.MAS 5 Menurun Tapi Kekal Dalam 10 Model Paling Laris di Malaysia

11/03/2026
Auto Terkini

Jualan Perodua Hampir Cecah 50k Unit Dalam Tempoh Dua Bulan 2026

11/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.