Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Semua Motosikal Baharu 150cc ke Atas Wajib Ada ABS Mula 1 Januari 2025
Auto Terkini

Semua Motosikal Baharu 150cc ke Atas Wajib Ada ABS Mula 1 Januari 2025

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/09/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMUA motosikal baharu berkapasiti 150cc dan ke atas wajib dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) bermula 1 Januari 2025.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan beliau ketika perasmian Persidangan Keselamatan Jalan Raya Asia (CARS) 2024 di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata;

Mengapa? Sebabnya… menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ABS boleh mengurangkan kadar kematian dalam kalangan pengguna motosikal pada kadar 31 peratus .

“Saya yakin inisiatif ini boleh mengurangkan kematian akibat nahas jalan raya di Malaysia. Dan mendorong negara-negara Asean lain mengikuti langkah atau pendekatan sama. Menjadikan motosikal lebih selamat di kawasan serantau.”

Ahmad Zahid juga mendedahkan 65 peratus daripada 6,443 kematian jalan raya tahun lalu membabitkan penunggang motosikal.

Usaha menjadikan sistem ABS sebagai komponen teknologi standard untuk motosikal kapasiti 150cc sebenarnya sudah bermula kira-kira dua tahun lalu dan pernah dinyatakan mantan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Malah inisiatif mewajibkan pemasangan ABS itu dikatakan tercetus dari Ka Siong dengan menerima sokongan dan pujian Utusan Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Keselamatan Jalan Raya, Jean Todt (pada masa itu).

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Datuk Seri Dr Wee Ka Siong Persidangan Keselamatan Jalan Raya Asia (CARS) 2024
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    26/03/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, RON97 dan Diesel Semenanjung Cecah Lebih RM5 Seliter

    26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.