Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Sempat Rakam IG Story Sebelum Maut Kemalangan
Auto Terkini

Sempat Rakam IG Story Sebelum Maut Kemalangan

FarahBy Farah05/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIADA siapa menduga, rakaman dalam kereta yang dimuat naik aktres Indonesia Vanessa Angel dalam akaun Instagram Story (IG story) ialah video terakhir bintang terkenal negara jiran itu.

Vanessa, 29, dan suami, Bibi Andriansyah dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Tol Nganjuk menghala Surayaba, Jawa Timur, kira-kira jam 12.36 tengah hari semalam.

BACA >>>> Mat Motor Jatuh Kena Timpa Kain Kanvas Terbang, Pemandu Lori Kini Diburu
BACA>>>>Lori Langgar Motosikal dari Belakang, Anak 2 Tahun Maut, Ibu Cedera

Pasangan selebriti ini dilaporkan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero Sport berwarna putih bersama tiga individu lain iaitu, anaknya yang baru berusia setahun tiga bulan, pembantu rumah, dan pemandu peribadi.

Menurut portal Suara.com, kemalangan dipercayai disebabkan pemandu mengantuk hingga menyebabkan SUV dinaiki mereka hilang kawalan dan terlanggar pengadang besi di kiri jalan.

Menurut sumber polis, Vanessa dan Adriansyah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah yang kebetulan kedua-duanya duduk di sebelah kiri kenderaan, iaitu Adriansyah di kerusi penumpang depan, dan dia di belakang suaminya.

Tiga mangsa lain, termasuk anak pasangan itu, Gala Sky Andriansyah dirawat di hospital.

Sebelum kemalangan itu, Vanessa dikatakan sempat memuat naik video di IG Story yang menunjukkan dia sekeluarga berada dalam kabin kereta. Dalam satu video lain, pelakon drama Layla Majnun ini turut berkongsi video suasana perjalanan di sebuah jalan tol sambil bertanya soalan kepada peminatnya.

Tulisnya sekitar jam 8 pagi;

Ada yang bisa tebak aku mau ke mana? (Ada yang boleh teka saya ke mana?)”

Pemergian aktres jelita itu pada usia masih muda nyata mengejutkan industri hiburan Indonesia. Al-Fatihah untuk arwah dan suami.

Instagram Vanessa Angel



SUMBER: Suara.com | MStar

Bibi andriansyah kemalangan kemalangan indonesia pelakon indonesia
Farah

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    09/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

    09/04/2026
    Pemandu e-hailing dan pengendali bot berdaftar dapat tambahan subsidi BUDI95 15 Oktober 2025
    Auto Terkini

    MOT: e-Hailing Digalak Perluas ‘Carpool’ Bagi Kurangkan Kos Petrol

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Auto Terkini

    Perodua Bezza Potong ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.