Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Subsidi Minyak 30 Sen Lebih Kurang Sama dengan Nilai BRIM Setahun?
Sembang Deras

#SembangDeras: Subsidi Minyak 30 Sen Lebih Kurang Sama dengan Nilai BRIM Setahun?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/11/20184 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KALAU mengikut pendekatan mantan PM, Datuk Seri Mohd Najib Razak, Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinannya dahulu memutuskan untuk langsung tidak memberikan subsidi minyak. Minyak diapungkan mengikut harga pasaran global secara Mekanisme Harga Automatik (APM) yang diumumkan setiap petang Rabu. Tiada subsidi, tetapi masih dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).  Ada sesetengah negara memang mengenakan cukai ke atas petrol.

Sekali baca, memang rasa macam tidak adil kerana subsidi langsung tidak diberikan, terutama kepada golongan memerlukan yang selalu dirujuk sebagai B40. Tapi menurut Najib, walaupun petrol tiada subsidi, tetapi duit subsidi itu sebenarnya disalurkan dalam bentuk bantuan tunai, dinamakan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM).

BACA >>> #SembangDeras: Lelaki Ini Tunjuk Cara Kira Harga Minyak, Tak Perlu Berspekulasi Setiap Bulan

Menurut mantan PM kita itu, antara sebab kenapa beliau tidak berikan subsidi petrol walaupun harga minyak diapungkan ialah bukan semua golongan B40 memiliki kenderaan, dan bukan semua juga yang betul-betul menggunakan kenderaan. [Kepada siapa yang tidak tahu, B40 ialah kumpulan rakyat dengan purata pendapatan isi rumah di bawah RM4,000, terdiri daripada 40 peratus rakyat Malaysia].

Jadi, kata PM lama kita lagi, kalau petrol disubsidikan, manfaat itu akan lebih dirasai mereka yang memandu kereta atau menunggang motosikal. Tetapi tidak dapat dinikmati mereka yang menaiki pengangkutan awam, atau jarang memandu atau menunggang, atau memang tiada kenderaan.

AGIHAN BRIM LEBIH MUDAH, CEKAP?

Sebaliknya, apabila subsidi diagihkan dalam bentuk BRIM, masing-masing dapat menggunakan bantuan tunai itu mengikut keutamaan kewangan masing-masing. Kalau dia naik pengangkutan awam, dia boleh guna untuk tambang, kalau dia berkereta, dia boleh guna untuk isi minyak.

Malah, proses agihan BRIM dapat dibuat dengan mudah dan cekap serta kurang terdedah kepada penyelewengan. Ini kerana bantuan disalurkan berdasarkan maklumat dokumen disediakan pemohon sama ada slip gaji, atau akaun bank peribadi dan syarikat. Tetap saja boleh dimanipulasi, tetapi kita patut akui cara saringan, dan agihan ialah cekap.

BACA >>> #SembangDeras: Harga Siling Minyak Tak Jadi, Inilah Sebab KPDNKK Buat 'U-Turn'

Sekarang mari kita bandingkan dengan pendekatan Kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan (PH). Sebelum apa-apa kena beritahu dulu, artikel ini bukan untuk menuduh siapa lebih bagus atau siapa patut kena kecam, tetapi untuk membentangkan secara adil dan seringkas mungkin tentang pendekatan ekonomi berbeza daripada dua Kerajaan berbeza.

Ia juga untuk mengajak anda semua sebagai pembaca supaya dapat berfikir dengan tenang, dan rasional serta lebih fokus dalam menilai sesuatu isu secara lebih objektif. Bukanlah disebabkan aku tidak suka parti itu, maka idea Kerajaan itu bangang, ataupun sebaliknya.

WAJARKAH SUBSIDI PETROL?

Kerajaan PH dalam bajet lalu memutuskan mahu memberikan subsidi bersasar sebanyak 30 sen seliter dan terhad kepada 100 liter/bulan berdasarkan kapasiti enjin, iaitu kereta 1,500 cc ke bawah, dan motosikal 125cc ke bawah (terhad 40 liter/bulan). Tetapi, ramai pula mengkritik dan menyindir, mana aci, kereta mahal macam Mercedes dan BMW sekarang pun cc kecil juga. Tup tup tidak lama selepas itu, Menteri Kewangan kita, Lim Guan Eng aka LGE terus buat kenyataan, kereta mewah jangan harap dapat subsidi! Selesai sudah satu perkara.

BACA >>> #Bajet2019: Subsidi Petrol RON95 30 Sen/Liter untuk Kereta Bawah 1.5L, Motosikal 125cc

OK, jadi ada 3 fakta penting di sini tentang pelan subsidi petrol RON95 Kerajaan baharu:

  • Subsidi 30 sen seliter, terhad 100 liter (kereta), 40 liter (motosikal).
  • Hanya untuk kereta 1,500cc dan motosikal 125cc.
  • Kereta mewah jangan harap.

Ini bermakna, kalau mengikut had liter (100 liter) dan ditukarkan kepada ringgit untuk kereta, nilai subsidi diberikan ialah RM3/10 liter atau RM30/bulan, atau RM360/tahun, manakala motosikal pula ialah RM12/bulan atau RM144/tahun.

Kalau buat perbandingan dengan nilai BRIM, katakan RM900 setahun (contoh bantuan diterima B40), nilainya ialah 40% (kereta) atau 16% (motosikal) daripada nilai keseluruhan bantuan tersebut. Tapi ingat, Kerajaan PH turut sama berikan Bantuan Sara Hidup (BSH) yang seakan BRIM (RM500 untuk isi rumah RM3,001-RM4,000). Jadi, subsidi minyak 30 sen seliter ialah nilai berbeza, atau boleh kita katakan subsidi tambahan.

BACA >>> Jika Ikut Sesaran Enjin Bawah 1,500cc, Semua Kereta Ini Layak Dapat Subsidi Petrol

SAMA TAPI TAK SERUPA

Ironinya, apabila BSH RM500 setahun ditambah dengan nilai subsidi minyak RM360 setahun (kereta) atau RM144 setahun (motosikal), jumlah keseluruhannya ialah RM860 setahun (kereta) dan RM644 setahun (motosikal). Andaikata golongan layak subsidi itu memiliki kereta dan motosikal dalam kategori layak subsidi, maka jumlah keseluruhan bantuan (BSH+subsidi minyak kereta-motor) ialah RM1,004. Ya, nilainya lebih kurang atau kurang lebih BRIM saja.

Seperkara perlu diingatkan, selepas subsidi minyak dilaksanakan kelak, harga RON95 akan diapungkan mengikut harga pasaran global. Cuma tidak dijelaskan sama ada ia dibuat seminggu sekali, dua minggu sekali atau sebulan sekali. Ini bermakna subsidi yang diberikan tertakluk kepada pasaran minyak semasa juga, cuma dimurahkan 30 sen.

Contohnya, jika harga RON95 pada minggu itu ialah RM2.50/liter (contoh saja), maka mereka yang layak subsidi 30 sen akan dapat mengisi minyak pada harga RM2.20/liter. Itulah yang difahami setakat ini. Pada masa sama, subsidi diberikan juga tidak dapat dinikmati kalangan mereka yang tiada kenderaan atau kurang memandu/menunggang.

Bagaimanapun, jika menggunakan pengangkutan awam, anda berpeluang mendapatkan pas bulanan RM100 untuk menaiki pengangkutan awam RapidKL tanpa had. Jangan tidak tahu, pemberian subsidi minyak juga sedikit sebanyak dapat beri kelebihan kepada Kerajaan kerana tidak semua kumpulan sasaran B40 menggunakan sepenuhnya had peruntukan subsidi tersebut. Mungkin ada yang mengisi minyak kurang 100 liter atau 40 liter sebulan.

BACA >>> #Bajet2019: Beli Pas Bulanan RM100, Naik Tren dan Bas RapidKL Sampai Lebam!

Jadi, mekanisme mana satu yang lebih baik dan lebih bersasar? BRIM yang berikan kebebasan kepada penerima untuk menentukan keperluan terbaik buat kewangan mereka, ataupun subsidi petrol 30 sen seliter yang terhad kepada pemilik kenderaan.

Apapun, mekanisme subsidi masih lagi dalam kajian supaya pemberian yang diberikan benar-benar dapat dinikmati kumpulan sasaran (B40?). Apakah mekanisme terbaik untuk dilaksanakan dan bagaimanakah mengelak penyelewengan, manipulasi dan penyalahgunaan. Apakah pro dan kontra subsidi minyak jika Kerajaan mahu melaksanakannya nanti?

Kami akan buat analisis ringkas tentang pemberian subsidi tersebut nanti. 😉

B40 Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) Bantuan Sara Hidup (BSH) Barisan Nasional (BN) Lim guan eng Mekanisme Harga Automatik (APM) Mohd Najib Razak Pakatan Harapan (PH) Ron95 sembang deras Subsidi Subsidi Minyak Subsidi RON95
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Nozel pam minyak
    0
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

    26/02/2026
    Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
    Auto Terkini

    Penganalisis: Subsidi RON95 Bersasar Redakan Inflasi Pengangkutan, Catat -0.7 Peratus pada Januari 2026

    23/02/2026
    Nozel pam minyak
    Auto Terkini

    Harga Petrol, Diesel Kekal Minggu Ini

    19/02/2026
    Pemandu Singapura isi RON95
    Auto Terkini

    KPDN Cadang Larang Pembelian RON95 bagi Kenderaan Asing, Berkuat Kuasa 1 April 2026

    28/01/2026

    4 Comments

    1. Rush on 13/11/2018 21:30

      Mcm mana pula dengan kereta exora 1.6cc saya yg berharga bawah RM70K. Tak dapat subsidi lah ye. Kira kereta exora adalah kereta mewah.

      Reply
      • AO on 01/01/2019 10:59

        Subsidi minyak mesti penuhi 2 kriteria utama: cc kereta/motor, dan kumpulan B40. Kalau kurang salah satu kriteria memang tak layak. Contoh, anda termasuk kumpulan B40 tapi pakai kereta 1.6L, jadi anda cuma layak BSH, bukan subsidi minyak

        Reply
    2. Hour on 14/11/2018 16:49

      Rush , Bolehlah usulkan pada Lim Guan Eng.

      Reply
    3. UjangDiRajo on 14/01/2020 14:17

      kerajaan lama dulu kalau ada kereta, langsung x dpt brim…tiba2 najib sebut brim bole diguna utk isi petrol, pening aku…klu mcm tu makna nya brim aku dulu ditolak bkn sbb ada kereta tp pasal kroni laa ni

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.