Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
Sembang Deras

#SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

Han OthmanBy Han Othman25/08/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Program RXZ Members 7.0 di Terengganu

SETIAP kali ada program RXZ Members, confirm timeline kecoh. Ada yang kata buang masa, membazir duit rakyat, lagha dan sampai tuduh macam-macam.

Pelikkan, bila autoshow, MotoGP, konsert K-pop atau nasyid mega, tak pulak keluar kecaman seteruk tu? Kat sinilah kita boleh nampak bias kognitif orang kita berfungsi tanpa sedar.

Stereotaip dan Shortcut Otak

Konsert kumpula K-pop G-Dragon di Bukit Jalil
MotoGP Malaysia di Sepang

Segelintir rider RXZ memang buat hal. Bising, wheelie tengah jalan, buat superman, dan masuk berita. Terus satu komuniti RXZ kena cop sama. Itu belum cerita pasal berita jual RXZ harga Lamborghini. Adakah berita semacam itu menggangu hidup kita hingga menyebabkan kita tak lalu makan atau duit gaji dalam bank kita kurang 10 persen?

Itulah namanya shortcut otak, bila dah terbayang imej ‘budak nakal’ atau ‘rempit’, otak malas nak beza antara yang datang event sekadar nak show off motor lama dan yang betul-betul tak reti hormat undang-undang.

Negatif Lebih Melekat

Kalau 10,000 orang datang event aman, tapi lima orang eksiden atau bergaduh, itulah yang melekat dalam kepala. Media pun suka pilih angle tu sebab lebih laku untuk klik dan share. Maka imej RXZ terus jadi sinonim dengan kacau-bilau walaupun realitinya majoriti datang sekadar nak lepas gian nostalgia.

Cari Bukti untuk Kepercayaan Sendiri

Ramai netizen dah siap-siap percaya RXZ tu rempit. Jadi bila ada cerita buruk, cepat-cepat diangkat sebagai bukti. Bila ada cerita baik macam charity ride, ziarah anak yatim, dan derma darah, memasing senyap. Inilah confirmation bias, otak cari bukti yang sokong apa kita dah percaya, bukan yang mencabar kepercayaan kita.

Ikut Arus Kutukan

Bila dalam grup media sosial semua kutuk RXZ, kita pun ikut sekali. Takut kena cop ‘wala’ RXZ atau geng rempit, jadi baik kutuk sama. Bandwagon bias ni buat suara minoriti yang nak bersikap adil tenggelam dalam kebisingan majoriti yang mengulang naratif sama.

Betul-Batul Salah, atau Salah Persepsi?

Kalau kata RXZ buang masa, apa beza dengan ribuan orang sangkut trafik nak pergi MotoGP, autoshow, atau konsert?
Semua tu pun habiskan duit, semua bising, dan semua ambil ruang awam. Satu dapat label prestij, dan satu lagi dapat label lagha. Bezanya cuma imej yang dah lama melekat.

Keadilan Dua Hala

Netizen kena ingat, tak semua mat atau minah RXZ itu rempit. Ramai hadir sekadar minat motor lama atau nak rasa semangat komuniti. Sama macam peminat kereta klasik. Tapi geng RXZ sendiri pun tak boleh lepas tangan. Ada yang betul-betul tak peduli keselamatan orang lain, buat bising melampau, dan racing tak tentu hala. Selagi sikap macam ni tak dikawal, stereotaip akan terus hidup subur.

Isu RXZ Members ni akhirnya bukan sekadar pasal motor dua lejang atau event besar-besaran. Ia pasal cara otak kita cepat melabel tanpa menilai semua sisi.

Cognitive bias ni halus, tapi cukup kuat nak bentuk persepsi. Sebenarnya bukan isu RXZ saja, isu lain pun sama. Ambil contoh isu arwah adik Zara, atau apa-apa saja isu semasa keliling kita. Jadi sebelum kita cepat melatah kata buang masa, lagha atau berdosa, tanya balik, betul ke semua macam tu, atau cuma bias otak kita yang dah lama diset dalam minda?

– Pernah Naik RXZ

Auto Terkini Program RXZ Members RXZ Members sembang deras
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.