Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Oh, Mudahnya Buat Jahat Guna Nombor Plat Palsu, dan Kita Relaks Saja
Sembang Deras

#SembangDeras: Oh, Mudahnya Buat Jahat Guna Nombor Plat Palsu, dan Kita Relaks Saja

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/12/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ABANG bukan mahu mengulas insiden semalam, pasal kenapa tak telefon polis awal-awal, kenapa orang lain tengok saja, kenapa, kenapa dan kenapa? Hal itu biarlah pakar taktikal jenayah Facebook kita uruskan. Tapi itulah nak buat macam mana, pakar-pakar Facebook kita tak pernah diizinkan Allah Taala berada di tempat kejadian, tetapi di dalam Facebook saja.

Mengenai kes pemalsuan nombor plat ni pula, sebenarnya bukan satu dua kes yang kita pernah dengar. Selain kes ‘pembunuh BMW putih’ semalam, ada banyak kes lain yang dikaitkan dengan nombor plat palsu. Kita ada banyak kes sindiket kereta dan motor ‘piang’, kita selalu dengar pasal skandal kenderaan sambung bayar, termasuk beribu-ribu kes kenderaan curi, tetapi nombor plat masih hidup dan berkeliaran sesuka hati atas jalan!

Itu belum lagi dikira jumlah kereta yang disahkan total lost akibat kemalangan, dan pendaftarannya masih tidak ‘lost-lost’ lagi. Abang nak tanya, sampai bila kita nak pi mai pi mai macam ni? Ingat, 2020 tinggal tiga tahun lagi. Takkan nak kena tunggu 2050!

JENAYAH SEMUDAH 1-2-3

Sekarang mari abang ajar betapa mudahnya kita nak buat jenayah dengan sistem nombor plat sekarang. Katakanlah abang berhajat nak curi BMW, perkara pertama perlu dibuat, buka laman web jual-beli kereta (contoh: Mudah.my) dan carilah mana-mana model BMW dihajati dengan nombor plat jelas dibaca. Kemudian, abang akan curi BMW yang sama model dengan BMW ori dalam laman web tu. Lepas tu, abang pergilah buat nombor plat sama dengan BMW yang baru abang curi tadi.

BACA >>> Nak Beli @ Jual Kereta Sambung Bayar? Nah, Ini 10 Risiko Yang Bakal Anda Hadap

Nak lagi selamat? Sebelum curi, abang kenalah periksa dulu nombor plat BMW ori tadi. Pastikan tak ada rekod jenayah atau saman berkoyan-koyan. Semua maklumat tu abang boleh korek guna MyEG, atau abang boleh tanya JPJ, atau telefon saja tauke used car yang nak jual BMW ori tu. Cakaplah nak check status kereta, kot ada black list atau saman ke apa. Bukan susah sangat, benda macam tu memang orang biasa selalu buat pun.

Kalau semua clear, maknanya nombor plat BMW ori tu selamat abang palsukan (part ni dah boleh gelak jahat). Pelekat cukai jalan? Alah, kalau tak cukup bajet nak beli pelekat ‘copy ori’, ambil saja pelekat kereta sedia ada yang dah kabur. Tak sampai RM100 pun kena saman. Lagipun jarang sangat kita dengar kes-kes polis saman pemandu pasal pelekat cukai jalan kabur ni.

APA NAK RISAU KENA TAHAN?

Sebenarnya, tak payah risau kena tahan sebab abang bukan curi BMW ori dalam laman web tu, abang curi BMW lain yang sama model. Jadi, tiada repot kecurian daripada pemilik asal. Logiknya, termasuk mengambil kira aspek kebarangkalian, polis takkan tetiba tahan kereta abang dan suruh buka bonet untuk tengok nombor casis dan enjin.

Sebabnya mudah, nombor plat abang tu nombor ori yang sah bergerak atas jalan walaupun kereta tu curi (sekali pandang, polis mana boleh tau itu kereta curi atau tak). Dan kalau polis semak sistem daftar kenderaan pun, nombor plat palsu abang tu memang milik BMW juga.  Ingat, cuma penjenayah tak cerdik dan akal pendek saja yang guna nombor plat BMW kat Myvi yang dia curi.

Macam mana? Sempurna tak kes jenayah abang? Sekarang kereta tu abang dah boleh buat menyamun, membunuh, merompak, dan macam-macam kejahatan lain. Mujurlah abang tak jahat. Paling jahat dulu pun abang cuma lempangkan budak sekolah sebab biadap hisap gam.

Tapi soalan yang lebih penting, pernahkah kita terfikir dan berusaha untuk atasi semua masalah kat atas? Atau kita lebih senang nak relaks-relaks saja?

PI MAI PI MAI TANG TU

Tapi itulah, kita ni lebih peduli pasal nak kerja senang. Campak saja borang loan kat salesman, nanti pandai-pandailah depa bagi kereta siap nombor plat. Apa jadah nak kena ke hulur ke hilir usung dokumen itu ini semata-mata nak buat nombor plat je pun! Yang penting, lepas dapat kereta, kena terus pergi tukar fon nombor jenis Monotype Corsiva dan susun rapat-rapat. Bila orang tegur, kita salahkan saja menteri dan VIP. Pergilah tangkap menteri dulu kalau berani! Itulah standard mentaliti kita sebagai rakyat biasa.

Menteri dan VIP pula duk kelam kabut nak beli nombor cantik sampai demam-demam. Bayar mahal pun tak apa asalkan dapat nombor sedap. Nampak macam dihormati kononnya. Susun nombor plat pun sama saja pe’elnya, mesti rapat-rapat biar rakyat jelata mudah baca dengan sekali jeling saja. Kalau berani, samanlah aku! Setakat saman tu aku boleh bayar sampai setahun in advance lah! Itulah standard mentaliti kita sebagai menteri dan vip pula.


Pihak berkuasa pula tak kurang eksyen sama, depa lagi risaukan hal orang kaya yang dah kurang buat bidaan nombor plat sebab nombor sekarang dah bunyi tak sedap. Jadi, kena tukar nombor baru dan fikir (sampai demam-demam) pasal nombor baru apa yang boleh buat duit. Mungkinkah nombor plat tu patut bermula dengan AKU HENSEM 1? Susah betul nak fikir semua tu wehh… Duit itu labur untuk rakyat jugaaa… Hangpa apa tauuuu!

Hal bunuh ke, rogol ke, itu serah kepada Allah Taala. Orang Malaysia paling lama bising pun dalam dua minggu. Lepas tu (terutama kalau dah dapat gaji), depa biasanya akan makan sedap, kembali tenang dan hidup macam biasa.

Oh, Malaysiaku…

– Bang Nin –

Auto Terkini BMW putih jenayah nombor plat nombor plat palsu pembunuh BMW Roda4 sembang deras
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #AutoChina2026: Kenapa Jetour T2 i-DM Ada Livery Alan Walker? Edisi Terhad atau Bukan?

    02/05/2026
    Auto Terkini

    #AutoChina2026: Jetour Bukan Lagi Sekadar Jenama SUV, Kini Sasar ‘Travel Lifestyle Brand’ Global

    02/05/2026
    HEV

    GWM Tank 300 HEV Kini Dibuka untuk Tempahan, Debut di Penang Autoshow 2026

    02/05/2026
    Auto Terkini

    Dunlop Buka Lembaran Baru Bersama TBM, Sedia Perkenal Tayar Dalam Segmen EV

    02/05/2026

    1 Comment

    1. zulkhairi on 19/12/2017 09:07

      Isu plet nombor kereta ni dah bertahun tahun berlaku. tapi tetap tiada perubahan.
      Kalau tak silap, awal tahun ni JPJ ade umumkan nak buat pelarasan sistem no baru ni. Tapi tengok lah apa yang berlaku: bermacam macam jenis nombor plet istimewa i.e. G1M, VIP, etc…

      Mende2 macam ni la yang menyukarkan lagi perubahan untuk sistem no plat kite. Orang dah melangkah ke depan. Kita mengundur ke belakang. Orang tengok isu standardization and safety, kite tengok boleh buat duit ke tak.

      Maaf la, tapi ini tak akan berubah selagi tak kene kat orang atasan. Dah kene baru semangat nak tukar itu ini. Mase tu nasi dah jadi bubur.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.