Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
Sembang Deras

#SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/02/20231 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SETIAP pemilik kereta tahu kepayahan menanggalkan pelekat cukai jalan, juga dipanggil Lesen Kenderaan Motor (LKM), selepas memperbaharui cukai jalan yang tamat tempoh.

Pelekat warna biru itu perlu ditarik berhati-hati supaya tidak terkoyak kerana ada empat sudut perlu diperhati betul-betul. Boleh dikatakan memasukkan benang ke dalam jarum lebih mudah daripada mengopek keluar pelekat cukai jalan.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Mudah Tanggalkan Pelekat Cukai Jalan Atas Cermin Kereta
BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Betul dan Mudah Tampal Pelekat Cukai Jalan

4. Ambil plastik transparen+cukai jalan dan letakkan atas pelekat cermin.
1. Pastikan ada 3 benda seperti dalam gambar: cukai jalan (biru), pelekat cermin (kuning) dan plastik transparen (boleh potong daripada plastik pembalut buku).

Selepas ditanggalkan, pelekat cukai jalan itu perlu ditampal atas satu lapisan plastik lut sinar. Kemudian, perlu ada satu lagi lapisan plastik lembut sebelum ditempek pula atas permukaan cermin depan (macam ini).

Jika ditampal terus ke cermin, nah, memang payahlah nak tanggal apabila cukai jalan tamat tempoh kelak. Malah, ada pemilik memilih menjadikan deretan pelekat cukai jalan atas cermin sebagai hobi kerana malas menanggalkannya.

Itu belum lagi mengambil kira aspek kualiti rendah cetakan teks pada cukai jalan yang akan mudah pudar apabila terdedah kepada cahaya matahari. Rungutan ramai pengguna mengenai pelekat cukai jalan berkualiti rendah bukan cerita baharu, tetapi berlarutan bertahun lama.

Baru-baru ini, msalah itu nampaknya diambil berat Menteri Pengangkutan baharu, Anthony Loke yang mendakwa mahu melakukan perubahan. Agaknya apakah yang mahu menteri kita buat?

Ramalan kami, pengguna tidak perlu lagi menampal pelekat cukai jalan pada cermin depan kereta tidak lama lagi. Mungkin Kerajaan baharu ini ada rancangan mahu melupuskan terus penggunaan pelekat cukai jalan yang hanya menyusahkan orang ramai.

Jadi, cermin depan kereta kita akan jadi lebih bersih dengan pandangan lebih jelas tanpa sebarang halangan, sekali gus menambah baik tahap keselamatan ketika memandu.

Selain itu, ketiadaan pelekat cukai jalan juga sedikit sebanyak membantu mengurangkan penggunaan bahan yang mungkin mencemari alam sekitar. Malah, tindakan melupuskan penggunaan pelekat cukai jalan juga membantu menjimatkan kos.

Ingat, setiap tahun, purata 500,000-700,000 kenderaan baharu didaftarkan di negara kita!. Itu belum lagi dikira jumlah kenderaan sedia ada atas jalan yang berpuluh-puluh juta.

Satu lagi pendekatan logik menamatkan penggunaan pelekat cukai jalan adalah memerangi sindiket kereta klon, iaitu dua model kereta sama yang berkongsi satu cukai jalan dan nombor plat.

Skandal jenayah ini sangat sinonim dengan kenderaan curi, dan klon yang diimport masuk dari negara jiran. Apabila tiada pelekat jalan perlu ditampal, selesailah sudah masalah penipuan kereta curi/klon ini berdasarkan pelekat di cermin.

Mungkin ada tertanya, bagaimanakah penguat kuasa membuat pemeriksaan status tamat tempoh cukai jalan jika tiada maklumat bertulis seperti pelekat cukai jalan? Begini...

SEMAKAN NOMBOR PLAT

Mungkin saja kaedah baharu akan digunakan adalah pemeriksaan nombor plat kenderaan menggunakan peranti atau aplikasi penguatkuasaan baharu.

Bagaimanapun, cara ini mungkin melambatkan proses Sekatan Jalan Raya (SJR) yang dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Itupun kerana perlu menaip secara manual nombor plat kenderaan ke dalam sistem aplikasi. Maklumlah saiz dan fon nombor plat kita bukan standard pun.

IMBASAN RFID

Cara kedua, gunakan kod imbasan QR atau Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) yang dibenamkan bersama nombor plat kenderaan yang mana idea ini pernah dicadangkan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Namun, perkara ini memerlukan JPJ mengambil alih tugas mengeluarkan nombor plat kenderaan, atau diserahkan kepada vendor bertauliah.

– Shawkath 

https://t.co/eQLTZKzZ4Z pernah dicadangkan masa saya berkhidmat. Ia boleh mencegah jenayah dan juga mengesan mereka yang melakukan jenayah. Nombor plate harus dikeluarkan oleh pihak berwajib dan bukan dikedai2 biasa.

— Musa Hassan (@TSMusaHassan) February 1, 2022

BACA >>> #SembangDeras: Apa Cerita Isu Puspakom Benarkan Tampal Pelekat Papa Pulang, Mama….?
BACA >>> #SembangDeras: Trend Pelekat Lucah, Pemandu Tak Rasa Malu Ke?

Anthony Loke Siew Fook cukai jalan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kementerian Pengangkutan Lesen Kenderaan Motor (LKM) masalah cukai jalan pelekat cukai jalan roadtax sembangderas
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    JPJ dan AADK tahan pemandu kenderaan komersil positif dadah di Plaza Tol Gombak
    Auto Terkini

    Pemandu Kenderaan Komersial Positif Dadah Ditahan JPJ, AADK di Plaza Tol Gombak

    08/07/2026
    Auto Terkini

    Etnik Rohingya Tidak Layak Miliki Lesen Memandu Malaysia

    25/06/2026
    Pemandu lori selamatkan bas di Terowong Menora dapat ganjaran Kerajaan
    Auto Terkini

    Pemandu Lori Terima RM10,000 Selepas Selamatkan 21 Penumpang Bas di Terowong Menora

    25/06/2026

    1 Comment

    1. perodua kuala kangsar on 18/02/2023 17:18

      walau bagaimanapun pelekat dah tak digunakan. tetapi masih perlu membayar roadtax.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.