Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Inilah Sebab Kenapa Ambo Tak Setuju dengan Ojek…
Sembang Deras

#SembangDeras: Inilah Sebab Kenapa Ambo Tak Setuju dengan Ojek…

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KABINET minggu lalu meluluskan cadangan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk memperkenalkan perkhidmatan motosikal e-hailing ke Malaysia, dijangka diperkenalkan syarikat start-up dari Indonesia, Go-Jek.

Motosikal e-hailing ialah aplikasi mobil menggunakan telefon pintar untuk pengangkutan motosikal yang mana pelanggan perlu menempah dan membuat bayaran sama ada secara tunai atau e-dompet. Dalam bahasa mudah, motosikal e-hailing ialah perkhidmatan  teksi motor yang menggunakan medium Internet untuk membuat tempahan, sama seperti GrabCar untuk kereta.

BACA >>> Kabinet Beri Lampu Hijau untuk ‘Go-Jek Malaysia’!

Jika mengambil kira respon umum di media sosial, termasuk undian yang kami buat, majoriti membantah inisiatif ini, tetapi tidak kurang juga yang menyokong. Namun, ramai membantah itu lebih kepada sentimen politik berbaur kepartian atau serangan peribadi. Susah betul mahu mencari mereka yang mampu berhujah dengan bijak, rasional dan munasabah.

Ambil contoh saudara Wan Amir kita yang sempat berkongsi secara matang tentang pengalaman, pendapat dan hujah kenapa ojek (Go-Jek ialah salah satu syarikat aplikasi mobil di Indonesia yang menawarkan servis ojek) tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.

BACA >>> Survei: 56 Peratus Pembaca Tak Setuju ‘Gojek’, Mat Motor Berbelah Bahagi

* Tulisan sudah disunting supaya mudah difahami tanpa menjejaskan maksud asal. Status asal penulis boleh dibaca pada pautan di akhir artikel. Harap maklum.

GOJEK…🤔

Teringat saya masa awal 1980-an dulu. Apabila balik kampung di Pasir Puteh, mak dan saya akan naik bas SKMK (Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan) dari Kota Bharu yang berhenti di tepi simpang Sungai Kelong.

Dari Sungai Kelong hendak ke Kampung Wakaf, kalau berjalan lebih kurang 1.5km. Berpeluhlah juga kalau saya yang baru budak ni hendak sampai ke rumah arwah Tok. Tapi di simpang Sungai Kelong ada perkhidmatan ‘Motor Tambang’. Kalau tak silap bayar tambang dalam 50 sen per trip. Itulah cara orang kampung macam saya hendak masuk ke kampung dari jalan utama.

Itu kisah ‘Motor Tambang’ zaman 80-an, hampir 40 tahun lalu.

Teringat juga pengalaman saya berkhidmat di Filipina. Pernah suka-suka lepak di pantai. Saya dan seorang lagi rakan akan naik trisikal (tricycle), iaitu pengangkutan motosikal seperti beca yang boleh muat hampir 12 orang. 😂 Saya dan rakan akan bergayut macam gambar bawah ni sebab tempat duduk khas untuk wanita sahaja. Saya tergelak dan terfikir, kalaulah terjatuh dan tergolek atas jalan, memang parah le aku…

Bayar tambang entah lupa dah berapa peso.

Dan sekarang Menteri Muda kita ada mencadangkan ojek untuk beri peluang sebagai sumber pendapatan kepada belia. Saya secara peribadi tidak bersetuju dengan cadangan beliau atas beberapa alasan:

Pertama, faktor keselamatan dan sistem trafik negara kita.

Kita sedia maklum jalan raya kita, terutama bandar, agak sesak dan sempit yang agak tidak selamat untuk menampung tambahan trafik motosikal atas jalan. Sikap pemandu kenderaan lebih besar juga agak kurang menyakinkan untuk bertoleransi dan berdisplin terhadap penunggang motosikal.

Berbanding negara jiran lain seperti Thailand, Indonesia dan Filipina, pengangkutan utama mereka ialah motosikal dan jalan raya di sana memang sudah penuh dengan motosikal berbanding kereta. Sebaliknya Malaysia, pengangkutan utama penduduk kita ialah kereta.

Kita bandingkan jualan kereta dan motosikal mengikut negara sepanjang 2018.

Thailand

  • Kereta: 1 juta
  • Motosikal: 1.79 juta

Indonesia

  • Kereta: 1.15 juta
  • Motosikal: 6.38 juta

Filipina

  • Kereta: 357,000
  • Motosikal: 1.59 juta

Malaysia

  • Kereta: 598,000
  • Motosikal: 470,000

Kedua, faktor impak pendapatan kepada penunggang tentang sambutan terhadap perkhidmatan.

Di Malaysia, kita ada banyak pilihan jenis pengangkutan seperti GrabCar, teksi, komuter, LRT, bas (berbayar dan percuma) dan lain-lain. Pengguna macam saya yang jenis gayat naik motor memang tidak akan naik ojek, lebih-lebih lagi wanita yang agak sukar untuk membonceng dengan orang bukan mahram. Tentu saja ada penunggang ojek wanita, tetapi tentu agak terhad.

Kalaulah penunggang lelaki dengan pembonceng wanita. Silap-silap dapat jodoh! 😅

Tapi kalau penunggang ojek tu pula wanita (macam dalam gambar), saya sanggup pergi kerja naik kereta separuh jalan, dan separuh jalan lagi naik ojek. Kena buat macam tu takut bini tau. Nanti ketahuan susah banget.

Begitu juga faktor ketiga, keselesaan dan cuaca, tentu saja jadi batasan yang menyebabkan ojek bukan pilihan terbaik. Apa-apapun bergantung kepada diri sendiri untuk memilih.


KEMAS KINI!  Nota Tambahan daripada Penulis

Ayat paragraf akhir lebih kepada bergurau. Jangan ambil hati.

Tapi ojek memang tak sesuai kerana pengangkutan utama dan trend di Malaysia berbeza. Sebenarnya, penggunaan motosikal di negara luar jauh lebih banyak berbanding kereta. Macam saya sebut sebelum ni, kenapa kita tak ada tuk tuk? Atau Singapura tak ada tuk tuk?

Cadangan atau dasar baharu juga mesti selari dengan Dasar Automotif Kebangsan (NAP) sedia ada, yang menekankan kepada kenderaan cekap tenaga (EEV). EEV ni pula, bukan sekadar tentang mahu jimatkan petrol sahaja, tetapi juga ada kaitan dengan kawalan emisi. Kita mahu kurangkan pencemaran karbon (CO2).

Jadi penggunaan motosikal yang banyak tidak membantu. Ia semacam sebelah pihak mahu EEV, dan sebelah pihak lagi tidak. Ini kerana motosikal bukan kenderaan EEV. Begitu juga faktor keselamatan seperti disebut.

aplikasi mobil Auto Terkini Dego RIDE GO-JEK Mobile Apps Motosikal e-Hailing Ojek sembang deras Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Teksi Motosikal
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    10/04/2026
    Pemandu e-hailing dan pengendali bot berdaftar dapat tambahan subsidi BUDI95 15 Oktober 2025
    Auto Terkini

    MOT: e-Hailing Digalak Peluas ‘Carpool’ Bagi Kurangkan Kos Petrol

    10/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Auto Terkini

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    10/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    10/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.