Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Harga Siling Minyak Tak Jadi, Inilah Sebab KPDNKK Buat ‘U-Turn’
Sembang Deras

#SembangDeras: Harga Siling Minyak Tak Jadi, Inilah Sebab KPDNKK Buat ‘U-Turn’

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/04/20173 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA seorang menteri buat kenyataan akan memperkenalkan harga siling minyak dengan tempoh pelaksanaan tidak sampai sebulan, kami di PanduLaju terus tergelak sakan. Kata menteri tersebut, harga siling bahan bakar akan dipaparkan di setiap stesen minyak.

Lalu berpusu-pusulah sesetengah media pengejar hit menyokong dan memuji pelaksanaan tersebut sambil menyenaraikan segala macam manfaat kononnya akan berlaku perang harga minyak seluruh Malaysia. Kemudian marah pula dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) buat pusingan-u (u-turn) walhal mereka jugalah yang meloncat menyokong pelaksanaan tersebut secara membuta tuli tanpa mengkaji terlebih dahulu realiti semasa tentang bagaimana sistem jualan runcit minyak di Malaysia berfungsi.

TUNGGU DAN LIHAT

Jadi, disebabkan itulah kami lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat sehingga benar dilaksanakan. Maklumlah, macamlah kami tidak tahu peel menteri kita, cakap-cakap mereka itu cuma boleh kita percaya kalau minggu depan ada pilihan raya.

Kenapa kami gelak sakan? Pertama, cuba saudara bayangkan semua stesen minyak dipaksa memasang papan harga siling dalam tempoh tidak sampai sebulan? Kedua, kami ada spy berkredibel, Djar the Petrolman (DTP) yang memang mengetahui gambaran sebenar kemelut dihadapi pengeluar minyak dan pengusaha stesen minyak.

BACA >>> #SembangDeras: Minyak Sekarang Harga Siling atau Tetap? ‘Spy’ Kompeni Minyak Ini Berikan Penjelasan

Tidak perlu bermukadimah panjang lagi, sekali lagi kami menemu bual DTP untuk mengetahui sebab musabab KPDNKK buat u-turn.


BangNin: Assalamualaikum orang minyak yang dikasihi.

DTP: Waalaikummussalam. Hahaha, nak tanya apa lagi ni?

Bang Nin: Ini hah. Ada media kecoh siap marah kat KPDNKK buat u-turn. Kejap harga siling, kejap bukan.

DTP: Laa, kan aku dah bagitau dulu. Menteri-menteri ni sembang je lebih. Media pula duk melompat buat spekulasi. Ada yang belum apa-apa sudah puji. Ada pula terus bantai. Sebab tu aku suruh kau tunggu dulu pelaksanaan. Tapi kalau nak kejar hit tu, kau boleh tulis saja. Lagipun sekarang ni, apa-apa hal pun Kerajaan juga yang kena bantai. Hahaha.

Bang Nin: Berbalik kepada topik utama, kenapa KPDNKK buat u-turn?

DTP: Sebenarnya, KPDNKK pun nak kena jaga pengusaha stesen minyak juga. Kalau terus buat, memang ramai ‘bungkus’. Aku tahulah sebab aku tiap-tiap minggu kena turun stesen minyak, bersembang dengan tauke.

Bang Nin: Tipulah meniaga tak untung. Ini kalau aku tulis pengusaha stesen minyak rugi dan tersepit, mahu teruk kena tuduh macai.

DTP: Kalau aku tak kerja minyak, aku pun fikir sama macam kau. Sebagai pengguna, kita mana nak ambil tau pasal kos peniaga. Aku tak salahkan pun. Sebab itulah aku kongsikan maklumat ini.

Bang Nin: Kos apa sangat stesen minyak tu?

DTP: Aku bukan tauke kedai minyak tau. Maklumat aku dapat ini pun daripada sesi sembang dengan semua tauke-tauke tu. Cuba kau fikir, sebab apa ada pekedai runcit masih mengeluh tak boleh serap sesetengah harga dan mereka terpaksa naikkan kos? Samalah dengan pengusaha stesen minyak.

Bang Nin: Malas aku nak fikir. Kau bagitau je lah

Ceh, macam ni, kos yang kita sebagai pengguna nampak cuma kos minyak. Tetapi di sebalik semua itu, ada kos signage kena bayar kepada pihak pembandaran, cukai tanah, bil elektrik, bil air, telefon, Internet, penyelenggaraan, tenaga kerja, sewa sistem dan sewa jenama kompeni minyak itu sendiri, termasuk kos luar jangka lain.

Jadi KPDNKK ambil jalan selamat sebab nak elakkan sesetengah pengusaha stesen minyak kecil ‘bungkus’ dan pada masa sama dia orang boleh tukar mekanisme secara berperingkat.

Bang Nin: Maknanya akan ada harga siling jugalah nanti?

DTP: Lambat-laun akan buat juga, tapi kemungkinan besar lain daripada negara lain. Tidak sepenuhnya pasaran terbuka, tapi kita ubah suai sikit mekanisme siling kepada berasaskan kompeni, bukan pengusaha. Jadi, kompeni minyak mana yang nak tawar harga kompetetif, dia orang sendiri akan buat promosi nanti. Pengusaha tak payah pening kepala nak fikir diskaun sana diskaun sini.

Bang Nin: Alasan lain KPDNKK buat u-turn?

DTP: Alasan lain supaya kompeni minyak di Malaysia  dapat jaga pengusaha stesen sedia ada, dan pada masa sama boleh tarik pengusaha stesen baru. Macam KFC nak ajak orang buka francais, mesti nak kena beritahu prospek perniagaan hebat dan menguntungkan. Samalah macam stesen minyak. Ini kalau banyak pengusaha sedia ada asyik buka-tutup, buka-tutup, benda tu tak bagus untuk reputasi kompeni minyak.

Itu belum kira syarat wajib beli minyak lagi yang pengusaha kena ikut. Sekarang ada jaminan bank RM150,000 sampai RM450,000. Tapi kalau minyak asyik turun dan pengusaha duk ambil jaminan bank, nak dapat balik kos memang tak cukup untuk top up balik duit.

Jadi sekarang kau dah tau bukan mudah Kerajaan sesuka hati nak buat harga siling. Banyak benda kena ambil kira.

Bang Nin: Negara Asean macam mana?

DTP: Thailand antara negara yang buat harga minyak pasaran terbuka. Harga minyak setiap stesen lain-lain walaupun kompeni minyak sama.

Bang Nin: Kalau Thailand boleh buat, sebab apa Malaysia tak boleh?

DTP: Memang Thailand buat, tapi berapa banyak pula yang ‘bungkus’? Kita kalau buat, silap haribulan bila pengusaha bungkus dan orang ramai susah cari stesen nak isi minyak, Kerajaan juga kena bahan.

Bang Nin: Sekarang ini aku nak tau apa beza stesen minyak Thailand dan Malaysia?

DTP: Asasnya sama. Dia orang pun ada stesen Shell, Caltex dan banyak lagi jenama minyak. Tapi dasar ekonomi Thailand dan Malaysia berbeza. Thailand benarkan kompeni minyak luar jelajah laut dia untuk buat kerja-kerja penapisan, pemprosesan dan lain-lain.

Tapi dasar Malaysia lain. Mungkin di negara lain lebih menguntungkan kalau buat pasaran terbuka. Tapi di Malaysia cara diplomasi kita adalah melindungi sesetengah kompeni, nak jaga kepentingan kononnya. Benda ni kena masuk bab lain pula.

Bang Nin: Kita kena beli daripada Petronas?

DTP: Mana ada syarat tu. Thailand sendiri tetap harga ikut kompeni minyak Singapura – Shell, ExxonMobil, Chevron, BP dan Texaco. Kemudian baru dia orang umum harga siling kepada pasaran.

Minyak asas (base fuel) kita semua sama tak kira Petronas, Shell, Petron dan lain-lain. Tak ada beza pun. Apa yang berbeza cuma aditif yang ditambah dalam minyak asas tadi. Jadi tak timbul soal kena paksa beli atau tak.

Cuma stail kita lebih macam kongsi keuntungan. Petronas tak cukup minyak, minta Petron. Kalau Petron tak cukup, minta BHP. Macam itu la. Kemudian ada kiraan masa tutup akaun hujung bulan.

Bang Nin: Apa beza pula pemilikan stesen minyak Thailand dan Malaysia?

DTP: Terpulang kepada model bisnes yang ada. Malaysia ada:

  • DODO (dealer own dealer operate)
  • CODO (company own dealer operate)
  • COCO (company own company operate)

DODO, pengusaha miliki stesen dan jalankan sendiri bisnes. CODO, kompeni miliki stesen, tapi pengusaha jalankan bisnes. COCO, kompeni miliki stesen dan kompeni juga jalankan sendiri bisnes.

Kalau kompeni minyak yang lantik pengurus untuk jaga stesen, itu maknanya dia orang guna model COCO. Aku tak pasti Thailand guna model bisnes apa, tetapi selalunya model CODO dan DODO memang banyak kompeni minyak buat. Mungkin banyak COCO kat Thailand. Tak mustahil sebab masa Thailand buat DODO dulu, banyak stesen lingkup dekat sana. Sebab buat bisnes guna duit pengusaha sendiri, kemudian pasaran bebas pula tu.

Bang Nin: Malaysia pula?

DTP: Kebanyakan kompeni minyak Malaysia gunakan model CODO dan DODO. Tak silap aku, Petronas dan Shell ada guna model COCO juga. Kompeni ada dan urus sendiri stesen minyak tu. Biasanya, stesen minyak COCO ada di lokasi yang ramai orang singgah atau laluan utama lebuh raya atau jalan persekutuan. Biasalah, masuk duit juta-juta, mestilah kompeni minyak yang nak kawal sendiri ye dak?

Bang Nin: Contoh stesen minyak tu?

DTP: Shell NKVE dekat sebelah Petronas tu. Itu Shell sendiri yang punya. Bukan bawah mana-mana pengusaha. Tapi aku bagitau kau je ni. Jangan tulislah.

Bang Nin: Nasiblah. Macamlah orang kenal kau.

DTP: Takut juga aku. Hari itu baca artikel kau pun dah berdebar-debar. Apapun, moral of the story, kita sekarang ni memang hidup dalam dunia yang mahal serba serbi dan banyak benda yang kita tak boleh kawal. Bukan setakat kita, Kerajaan pun sama. Semua ni ada kaitan dengan kitaran ekonomi. Tak semudah sembang kedai kopi. Nak tak nak, kita yang kena jimat sendiri.

Bang Nin: Oklah. Boring pulak sembang lama-lama dengan kau ni. Kata orang Malaysia, nanti tulis panjang-panjang siapa nak baca.

DTP: &%@$$#

Djar the Petrolman Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kenapa harga minyak tidak jadi siling KPDNKK sembang deras tiada harga siling
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Top up kad TNG NFC di plaza tol
Sembang Deras

#SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?

10/09/2025
Program RXZ Members 7.0 di Terengganu
Sembang Deras

#SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

25/08/2025
Banyak acara permotoran di Malaysia masih menggunakan khidmat 'booth babe'
Auto Terkini

#SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!

12/07/2025
Sembang Deras

#SembangDeras: Cerita Pasal Pemandu Kenderaan Komersial Tiada Lesen dan Dilema Pihak Berkuasa

30/12/2024

3 Comments

  1. Hambaruli on 03/04/2017 09:32

    Dekat Malaysia ni je peniaga sembang asyik rugi.

    Reply
    • Dollah on 07/04/2017 08:44

      Sembang rugi, tapi kereta mewah Vellfire alphard diorg dapat beli jugak. Gula naik 10sen, diorg bising.. byr insurans & roadtax alphard vellfire selamba je RM3000..

      Reply
  2. Sulaiman on 23/06/2017 02:45

    Saya putar lagi halimmm..kepala bana kau x de untong..

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.