Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Cerita Pasal Pemandu Kenderaan Komersial Tiada Lesen dan Dilema Pihak Berkuasa
Sembang Deras

#SembangDeras: Cerita Pasal Pemandu Kenderaan Komersial Tiada Lesen dan Dilema Pihak Berkuasa

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/12/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KITA akan melangkah ke tahun baharu dalam beberapa hari lagi, tetapi masih ada lagi bas ekspres, persiaran dan treler di jalan raya Malaysia dikendali mereka yang tiada lesen memandu.

Malah, ada juga pemandu yang tiada kelayakan memandu kenderaan komersial, termasuk tiada Lesen Memandu Vokasional (LMV) yang tanpa berasa salah memandu lori kontena di lebuh raya. Adakah manusia seperti ini akan memikirkan nyawa pengguna jalan raya lain?
Pelbagai cerita membimbangkan ini hanya akan kita ketahui selepas golongan seperti ini ditahan dalam operasi agensi penguatkuasaan atau berlaku kemalangan ngeri. Saya kongsikan tiga cerita yang berlaku baru-baru ini sebagai contoh:

KES PERTAMA

Hasil operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang – 25 Disember 2024

  • Seorang pemandu bas ekspres didapati tiada lesen memandu
  • Seorang pemandu lori kontena bawah umur. Berusia 20 tahun dan tiada lesen vokasional
  • Treler dan bas disita
  • 25 bas persiaran dan bas ekspres dikenakan saman kerana tiada pemandu kedua untuk pemanduan lebih 300km atau lebih 4 jam berterusan
  • 23 bas tiada buku log atau gagal kemas kini buku log
  • 1 kes tiada pemandu pelancong
  • Jumlah saman dikeluarkan: 273 atas pelbagai kesalahan dan kesalahan teknikal

KES KEDUA

Operasi JPJ Melaka dekat Plaza Tol Lipat Kajang – 25 Disember 2024

  • Pemandu bas tiada lesen memandu sah dikesan
  • Bas persiaran disita selain mengeluarkan saman

KES KETIGA

Operasi JPJ Selangor di Plaza Tol Puchong Barat – 24 Disember 2024

  • Seorang pemandu lori kurier dikesan memandu tanpa lesen sah dan cukai jalan tamat tempoh
  • JPJ Sita dua lori dan 23 motosikal dalam operasi tersebut

PURATA 3 LORI KEMALANGAN SEHARI

Artikel tentang statistik kemalangan membabitkan kenderaan komersial pernah kami siarkan pada Jun dan November lalu.

Tidak lupa juga laporan hampir 20,000 lori terlibat kemalangan dalam tempoh enam bulan pertama 2022 sehingga JPJ berani menyatakan mereka dan SPRM mahu gempur PUSPAKOM. Saya mungkin terlepas apa hasil usaha gempur JPJ-SPRM di PUSPAKOM.

Pada Disember tahun sama, PUSPAKOM sudah selamat menjalani majlis angkat sumpah dengan SPRM dan meminta kerjasama semua pihak supaya memainkan peranan memutuskan rantaian rasuah. Ini satu perkembangan positif!

Baru-baru ini, mantan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong menerusi Facebook mengulas mengenai insiden tragis terbaharu di Lebuhraya PLUS yang meragut tujuh nyawa. Antara kata-kata beliau:

Sebanyak 825 kemalangan maut melibatkan lori direkodkan dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini dengan purata nahas 3 lori dalam sehari seperti yang didedahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dalam laporan ini sangat membimbangkan.”

JPJ SERIUS KE BUAT KERJA?

Sejurus berlaku kemalangan berdarah melibatkan banyak nyawa, sudah tentu agensi dan menteri berkaitan masing-masing akan mengeluarkan kenyataan rasmi.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkongsi kenyataan di Facebook dengan mengarahkan JPJ lakukan siasatan susulan. JPJ Malaysia juga mengeluarkan kenyataan menerusi medium sosial mereka dengan menggariskan 2025 sebagai Tahun Penguatkuasaan tanpa berkompromi.

Hakikatnya, JPJ sedang menjalankan penguatkuasaan lebih tegas terhadap kenderaan komersial dan bas penumpang sejak insiden berdarah di KM204 Lebuhraya PLUS Arah Utara dekat Ayer Keroh.

Bukan bermaksud bila kejadian berlaku baru nak bertindak. JPJ sebenarnya giat menjalankan operasi demi operasi secara berkala tetapi tak semua perkara diceritakan secara umum.

Kejadian pada 23 Disember lalu menyaksikan netizen membidas JPJ termasuk segelintir yang menganggap JPJ sibuk buat duit dengan jual nombor plat dan keluarkan saman nombor plat.

Bak kata seorang kenalan, JPJ ada skop tugas luas yang melibatkan pelbagai aspek dan tanggungjawab serta bukannya sekadar menumpukan masa 24 jam untuk jaga kenderaan komersial.

Mungkin ada yang sukar menerima kenyataan itu tetapi apa yang dikatakan itu ada logiknya. Siapa mahu perkara sebegini terus berlaku apatah lagi melibatkan nyawa manusia.

NASIHAT BUAT OPERATOR PENGANGKUTAN, PEMANDU

Mereka yang menguruskan syarikat pengangkutan kenderaan komersial sepatutnya menitikberatkan langkah pencegahan awal risiko kejadian kemalangan awal.

Sifat ambil lewa dan fokus berpaksikan untung dengan menjimat kos semata-mata tidak seharusnya dijadikan cara berniaga. Tolong hentikan perbuatan sewa tayar dan peralatan di bengkel-bengkel untuk lepas ujian pemeriksaan PUSPAKOM.

Jangan cemari rezeki yang akan jadi makan minum dengan darah, keselamatan nyawa orang lain serta tangisan waris. Kepada pemandu, jika tahu ada benda tidak sepatutnya berlaku atau dibuat pihak majikan, buatlah laporan senyap-senyap kepada pihak berkaitan.

Jaga diri, penuhi semua syarat ditetapkan Kerajaan dan jangan bersekongkol kerana sekiranya berlakunya benda tidak diingini, anda dan keluarga sendiri turut terpalit dan pasti diheret ke mahkamah kelak. Sama ada di sini atau ‘di sana’.

Bukan semua pemandu kenderaan komersial itu tiada rasa tanggungjawab. Ramai pemandu masih berhati perut. Jangan kita jadi hakim dengan memukul rata melabel itu ini. Al-Fatihah buat mangsa-mangsa nahas…

autoterkini Isu Semasa Jabatan Pengangkutan Jalan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) Kenderaan Komersial nahas sekeluarga lebuhraya plus sembangderas
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Ops Luxury: JPJ Selangor Sita Lamborghini Aventador

    12/03/2026
    Auto Terkini

    Batal Lesen PSV Serta Merta Terhadap Pelaku Gangguan Seksual

    03/02/2026
    Kenderaan komersil di Malaysia
    Auto Terkini

    MAA: Jualan Kenderaan Komersial 2025 Susut 11.4 Peratus, Semua Subsegmen Turun

    21/01/2026
    Logo JPJ
    Auto Terkini

    JPJ Naik Taraf Sistem, Isu Saman Lama Dijelaskan

    29/12/2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.