Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Buruk Sangat ke Rekabentuk Motosikal Modenas?
Sembang Deras

#SembangDeras: Buruk Sangat ke Rekabentuk Motosikal Modenas?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/04/20213 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


REKABENTUK memang salah satu aspek penting yang mempengaruhi seseorang pembeli dalam memilih sesebuah motosikal selain faktor jenama, harga, ciri dan teknologi serta pengalaman pemilikan terdahulu.

Aspek rekabentuk motosikal sangat subjektif dan berbeza mengikut individu. Mungkin cantik bagi seseorang, tetapi tidak bagi orang lain. Namun, pengeluar bijak sekurang-kurangnya dapat mengetahui cara menghasilkan motosikal yang cantik dipandang majoriti pembeli.

Dalam artikel lalu, mengenai penampakan kelibat supermoped Modenas sedang diuji, pelbagai komen negatif kami terima mengenai rekabentuk kapcai tersebut (yang entah bila hendak dilancarkan). Bayangkan dalam bentuk prototaip pun sudah jenuh dikritik, bagaimanakah pula nanti respons mereka apabila melihat model pengeluaran akhir nanti?

Cuba baca tangkap layar yang kami petik dan kongsi di bawah ini:

BAGAIMANAKAH PROSES REKABENTUK MOTOSIKAL?

Bukan senang hendak menghasilkan rekabentuk motosikal.

Sekarang mari kita sembang serba sedikit mengenai proses asas merekabentuk sesebuah motosikal.

Begini, bukan mudah merekabentuk motosikal kerana proses tersebut mengambil masa bertahun-tahun. Contohnya, anggaran masa diperlukan untuk menampakkan lakaran atas kertas kosong saja memerlukan masa lebih kurang dua hingga tiga tahun lamanya.

Cabaran utama, rekabentuk tersebut perlu ‘sentiasa hidup’ dan kerap berubah mengikut trend semasa. Inilah sebab kenapa proses merekabentuk jadi  cukup lama.

Bagi memudahkan pemahaman kita, segala proses merekabentuk motosikal perlu melalui proses seperti berikut:

  • Pilih konsep motosikal.
  • Garis pertama dan lakaran atas kertas bagi mencari idea.
  • Kerja-kerja membentuk lempung (clay) berdasarkan idea.

Pemilihan konsep adalah mengikut tujuan asas motosikal baharu itu dibina. Contohnya, segmen kapcai sendiri ada pelbagai kategori, sama ada  pelbagai guna seperti Honda EX-5 , atau supermoped seperti Yamaha Y16ZR.

Lakaran rekabentuk atas kertas pula dibantu dapatan maklumat yang diperoleh daripada kajian pasaran, maklum balas awam dan pembeli berpotensi, tinjauan dan temu bual kumpulan sasar, pembeli dan pelanggan, termasuk ciri dimiliki model pesaing.

Akhir sekali, proses membentuk lempung mengambil masa satu atau dua bulan, dan boleh berlarutan hingga lebih empat bulan.

MEMBENTUK RUPA

Proses membentuk fizikal motosikal melibatkan pembuatan komponen menggunakan acuan pembentuk (mould) untuk material plastik, getah dan aluminium. Frem pula membabitkan proses tera logam (metal stamping), atau dipanggil tuangan (die) untuk bahan logam.

Secara purata, sebuah kapcai memerlukan anggaran kasar sekurang-kurangnya 200 mould, manakala frem utama melibatkan 40 hingga 60 die, dan berbeza mengikut jenis model yang hendak dihasilkan.

Setiap komponen perlu melepasi pelbagai ujian seperti ketahanan, getaran dan terikan (strain). Selepas prototaip dibina menggunakan semua komponen, barulah ujian enduran dan tunggang uji dilakukan seperti mana foto-foto intip yang dirakamkan orang ramai dan bocor di media sosial.

Jika penunggang uji mengesan ada masalah berbangkit atau komponen tidak sesuai digunakan, pereka akan kembali ke komputer dan memulakan proses CAD (merekabentuk berbantukan komputer) untuk mengulangi semula semua ujian. Proses ini turut memakan masa dan kos kerana membabitkan penghasilan komponen baharu, dan semestinya memerlukan mould baru.

REKABENTUK BURUK SEBAB ADA ‘TANGAN TERSEMBUNYI’?

Banyak kisah boleh diambil iktibar. Sesuatu projek motosikal terletak pada individu bergelar Ketua Projek. Kuasa penyandang jawatan ini amat besar dan segala keputusannya boleh dianggap muktamad.

Individu ini tidak semestinya memiliki latar belakang dalam bidang rekabentuk atau kejuruteraan, dan boleh saja daripada kalangan orang atasan atau berjawatan tinggi daripada industri bukan automotif.

Masalah berlaku apabila sesuatu model itu sudah siap direka berdasarkan dapatan maklumat terkumpul, tetapi Ketua Projek pada saat akhir boleh pula mengubah rekabentuk berkenaan, kononnya menyelit cita rasa sendiri. Jadi, ada tiga kemungkinan di sini:

  • Proses pengeluaran lambat.
  • Rekabentuk jadi janggal dan kurang disukai pengguna.
  • Motosikal jadi laris hingga habis di pasaran.

Seperti dijelaskan awal tadi, input penting biasanya diperoleh daripada dapatan kajian dan trend semasa. Masalah kedua, sindrom ‘syok sendiri’. Ini sangat berbahaya kerana produk boleh jadi tidak relevan dengan kehendak pasaran. Sudahnya, produk motosikal itu jadi mesin buruk, dihentikan pengeluaran dan dilupuskan begitu saja.

Rekabentuk kapcai CT115S mencetuskan kontroversi dalam kalangan peminat Modenas.

Masalah ketiga, individu itu kurang berminat melihat dan mendengar permintaan pasaran. Misalnya, trend LED semakin berkembang dan kapasiti enjin semakin besar menyebabkan ramai pengguna mahu ciri itu, tetapi ‘dia’ masih lagi berdegil dengan mentol halogen dan enjin zaman awal milenia. Inilah tanda awal masa depan motosikal baharu itu akan berakhir bila-bila masa.

Contoh kedua, pengguna kapcai Modenas dibekalkan rim 16 inci. Ini tentunya jadi masalah buat pengguna luar bandar untuk mendapatkan tayar baharu. Harga tayar pula jadi lebih mahal. Mujurlah zaman sekarang ada Shopee, kalau tidak jenus sakit pinggang hendak survei dari satu kedai ke satu kedai tayar lain.

Persoalannya, benarkah semua kisah itu pernah berlaku kepada Modenas? Apapun cerita sebenar, masih sempat untuk bangkit semula. Ramai peminat Modenas masih setia menaruh harapan untuk menyaksikan transformasi pengeluar motosikal nasional itu. Adakah Modenas benar-benar mahu berubah untuk bersaing, atau jual sekadar ada saja? Hmmm…

Auto Terkini Modenas Proses Merekabentuk Motosikal Rekabentuk Modenas Rekabentuk Motosikal Supermoped Modenas Buruk?
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026

    3 Comments

    1. Khairul Amri Bin Bahari on 24/04/2021 06:12

      Salam. Saya tertarik dengan artikel ini. Saya berpendapat, “design” dan “performance” perlulah seimbang pada sesebuah moped atau super moped yang hendak dihasilkan.
      .
      Modenas sudah ada pelanggan tersendiri. Modenas sudah masyhur di persada tanah air. Di antara “design” dan “performance”, saya berpandangan, “performance” adalah lebih penting untuk sesebuah super moped. Contoh terdekat “keselesaan dan performance” adalah super moped Honda RS150R yang memiliki “DOHC engine”.
      .
      Modenas patut belajar sesuatu berkenaan super moped daripada jenama terkenal Yamaha dan Honda, baik daripada segi “design” atau “performance”. Lagi pun, kita sudah sedia maklum Y15ZR dan RS150R adalah sangat popular di kalangan muda mudi di seluruh tanah air. Adalah bijak sekiranya Modenas melihat dan mengkaji kejayaan Yamaha dan Honda dalam penghasilan super moped mereka.
      Sekian, sekadar pendapat saya yang tak seberapa, terima kasih.

      Reply
    2. Senusi B Osman on 27/04/2021 20:34

      RANGKA CT 115 PUN DAH OK DGN MONOSHOCK, CUMA SWIPE INJIN YG BERSESUAIAN MASUK KE BODY CT 115

      Reply
    3. Asri on 30/05/2022 21:13

      Salam…saya adalah peminat terawal Modenas,motor pertama adalah Motor Kris’s 110cc,sampai sekarang masih pakai ..tetapi bg saya ,Modenas selalu terlambat dgn pengeluar lain,selalu ketinggalan dr hasil ciptaan,design rekabentuk, performance Dan sbgnya,Sudah ada kwn pengeluar(Kawasaki/Bajaj),tp tetap ketinggalan,,,perkara pertama utk Modenas,,,Berubahla,,,berubahlah dr CEO sampai la Ketua Projek…antara model yg boleh meletup…spt Modenas Dinamik 120,, sepatutnya enjin yg sama,boleh ditambahbaik (face-lift),tp x mahu,,tup2 mati,kena tapaw dgn Yamaha 125z,,,Kedua,,model yg buruk,,,enjin ok dah,,,,spt model model CT 115,Ace 120, Skrg Pulsar Rs200,,,,tetap sama design nya,, sepatutnya design dpn dah ok,tp lampu dgn ekor,mcm ekor unta….Kalo nak keluar moped,x perlu belanja sampai 20 juta,hanya keluarkan design,berkaloborasi dgn Bajaj pun sudah cantik,enjin Bajaj 160,200,dah boleh keluarkan Supermoped…Enjin tsbt dah boleh asaskan DNA moped,street bike,jugà Sport touring berjenama Modenas,,,Itulah…bg Saya,perubahan paling utama adalah CEO serta Ketua Projek…Selesai…

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.