Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Antara Teknologi Buatan dan Teknologi ‘Common Sense’
Sembang Deras

#SembangDeras: Antara Teknologi Buatan dan Teknologi ‘Common Sense’

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/05/20161 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

sembang-deras-1

Dah kereta aku ada lampu tu, ikut suka akulah nak pasang. Bukan ada undang-undang larang pun!!” – Pemilik Keli Jahat

TIDAK semua ciri dan fungsi dalam teknologi automobil/kereta boleh digunakan dan diuji sebaik saja kita dapat kunci kereta. Ada teknologi kereta yang langsung tidak sempat untuk kita lihat macam mana ia berfungsi hingga jasad kereta dikandung kedai potong. Ada pula teknologi yang perlukan pertimbangan akal budi (common sense).

Bercerita tentang hal-hal teknologi ini, bolehlah kita bahagikan kepada 3 kategori: iaitu Aktif, Pasif dan Guna-Bila-Perlu (GBP).

Pertama, TEKNOLOGI AKTIF. Ini ialah teknologi yang aktif dan siap sedia berfungsi apabila kita hidupkan enjin. Ciri teknologi ini boleh dikawal (ada punat on-off) seperti kawalan traksi (traction control) dan amaran kedekatan (proximity alert), dan ada pula bersifat kekal dan tidak boleh dimatikan fungsinya, seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek (BA) dan Agihan Brek Elektronik (EBD).

Bahasa mudahnya, kita boleh on dan off fungsi traction control, tetapi tidak boleh off-kan ABS, melainkan sistem itu rosak.

Kedua, TEKNOLOGI PASIF. Teknologi ini pula hanya berfungsi dan dapat diketahui keberkesanannya apabila berlaku situasi tertentu macam kemalangan. Contohnya, beg udara, kerangka oleng (roll cage), tali keledar, dan struktur kerangka zon remuk.

Semua teknologi pasif bersifat ‘diam’, tidak boleh dikawal dan bekerja hanya apabila diperlukan. Tiada punat yang boleh mengeluarkan beg udara, dan tiada juga butang untuk halang tali keledar menjerut. Faktanya, beg udara hanya terbuka keluar apabila kereta berlanggar dan tiada mana-mana pemandu waras di dunia ini yang sengaja melanggar kereta sendiri hanya untuk menguji fungsi beg udara sambil berkata dengan nyawa-nyawa ikan: “Rugilah kereta ada airbag, tapi aku tak try.” (seraya menghembuskan nafas terakhir)

Ketiga, TEKNOLOGI GUNA-BILA-PERLU (GBP). Sebenarnya, teknologi ini berada antara Aktif dan Pasif, serta sangat kritikal penggunaannya. Ciri teknologi ini boleh dikawal (jenis aktif) dan pada masa sama digunakan dalam situasi tertentu saja (jenis pasif). Teknologi GBP diberikan opsyen, seperti mana manusia diberikan pilihan membuat dosa dan pahala.

Antara ciri teknologi GBP ialah lampu kabus (depan atau belakang), lampu bahaya (hazard lamp), punat nyahkabus (defog), pemanas kerusi, dan lain-lain ciri seumpamanya. Semua teknologi ini boleh dikawal fungsinya (ada punat on-off), tetapi memerlukan pertimbangan akal budi si pemandu. Akal budi ini ada kaitan dengan hidup bermasyarakat. Ini kerana jalan raya yang sedang kita guna sekarang turut dikongsi bersama dengan pengguna jalan raya lain walaupun kereta kita ialah kenderaan paling mahal di cakerawala.

Betul, kita boleh saja aktifkan semua ciri GBP bila-bila masa, tetapi apakah pertimbangan akal budi kita? Misalnya ciri defog. Memang boleh saja kita tekan kalau nak, tetapi apakah perlu dipasang ketika cuaca normal dengan angin sepoi-sepoi bahasa sambil berkata: “Dah itu kereta aku, ikut suka akulah nak pasang.”

Itu kira ok lagilah sebab buka defog tidaklah menyusahkan sesiapa, tapi macam mana pula dengan kes pemilik Keli jahat yang menyalakan lampu kabus belakang pada malam tenang yang dilimpahi cahaya bulan terang? (boleh rujuk kes viral INI). Patutkah kita menyalakannya sambil bercakap: “Dah kereta aku ada lampu tu, ikut suka akulah nak pasang. Bukan ada undang-undang larang pun!!”

Nampak, macam mana pemandu setan berkata-kata? Makhluk setan macam ini memang banyak berkeliaran atas jalan raya kita. Mereka ialah golongan buta perut yang bolehlah disama ertikan sebagai tiada akal budi – no common sense.

Wahai pemandu-pemandu setan di luar sana,

Akal budi tidak perlukan undang-undang. Berikan tempat duduk kepada orang tua dalam LRT tidak perlukan undang-undang. Beri pejalan kaki melintas pun tidak perlukan undang-undang. Beri pemandu makwe masuk parking dulu pun tak perlukan undang-undang.

Kita cuma perlukan akal budi dan hati yang bersih. Kalaulah semua perkara di dunia perlukan undang-undang, itu tandanya betapa korupnya akal budi kita. Akal budi yang korup akan melahirkan bangsa dan negara yang korup. Ia dapat dilihat semudah membuka lampu kabus belakang pada malam tenang yang ditemani cahaya bulan terang.

– Bang Nin, penegak automotif dunia –

autotainment Bang Nin Bang Nin PanduLaju common sense lampu kabus belakang sembang deras teknologi buatan vs teknologi akal budi Vios Keli
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Hp vs Tork | James Watt
    0
    Autotainment

    #TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

    23/02/2026
    Kapal terbang, kereta api atau kereta, mana paling berbaloi?
    Autotainment

    #TahukahAnda: Kereta Sendiri, Kereta Api atau Kapal Terbang, Mana Paling Berbaloi Guna?

    24/02/2026
    Lepas L8
    Autotainment

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

    25/01/2026
    E&O Express
    Autotainment

    #TahukahAnda: Malaysia Ada Perkhidmatan Kereta Api Mewah Ala Eropah?

    20/01/2026

    1 Comment

    1. khairul on 23/09/2016 10:37

      lampu kabus belakang menyilaukan? bagaimana pula dgn pemandu yg suka bg lampu tinggi di lebuhraya di mlm hari apabila memandu laju sebagai tanda agar pemandu dihadapan memberi laluan segera walaupun ketika itu kereta tersebut sdg memtotong.tidakkah cara penggunaan lampu tinggi tampak tidak sopan serta membahayakan,menimbulkan kemarahan..

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Roda4

    Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

    By Syafie01/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

    By Syafie03/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.