Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Selepas Ninja ZX-25R, Modenas Versys X250 Pula Bakal Menyusul Tahun Ini!
Auto Terkini

Selepas Ninja ZX-25R, Modenas Versys X250 Pula Bakal Menyusul Tahun Ini!

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize07/08/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELAIN pelancaran Kawasaki Ninja ZX-25R di Malaysia pada awal September ini, Modenas turut mendedahkan satu lagi touring dwi-silinder 250cc baharu, Modenas Versys X250 bakal menyusul tahun ini juga.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan sebelum ini mendedahkan Modenas Versys X250 bakal menjadi satu lagi model pemasangan tempatan (CKD) bagi produk Kawasaki yang berlencanakan Modenas.

Terdahulu, Modenas (melalui EMOS) memang merancang membawa model tersebut dengan unit import (CBU) dari Jepun sudahpun dipamerkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sempena penganjuran MotoGP Malaysia tahun lalu.

Kawasaki Versys X250 Tourer (2023) versi CBU dari Jepun itu dilengkapi standard beberapa aksesori seperti gad tangan, visor angin tinggi, kowl enjin, bar rempuh depan, dua unit kotak sisi, pelindung bar hendal (bahagian hujung) dan tongkat kembar.

Menariknya, model bakal lancar itu nanti juga dilengkapi ciri sama. Walaupun harga masih belum didedahkan, tetapi di Jepun, Kawasaki Versys X250 dijual pada harga 726,000 yen (RM26,550), termasuk cukai.

Berikut spesifikasi Kawasaki Versys X250 Tourer versi CBU dari Jepun:

  • Trenkuasa 4-lejang 2-injap 2-silinder 248cc DOHC penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 32.5hp @ 11,500rpm dan tork 21Nm @ 10,000rpm.
  • Transmisi manual 6-kelajuan dengan klac basah jenis multiplat.
  • Frem jenis tubular berlian dengan jarak travel depan 130mm dan belakang 148mm.
  • Rim jejari 19 inci dengan tayar 100/90 (depan) dan 17 inci dengan tayar 130/80 (belakang).
  • Fork teleskopik di depan dan monoshock Uni-Trak di belakang.
  • Sistem brek cakera tunggal 261mm (depan) dan brek cakera 193mm (belakang) berserta Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Dimensi panjang 2,170mm, lebar 940mm, tinggi 1,390mm, manakala jarak roda 1,450mm dan jarak lega bumi 180mm.
  • Tinggi pelana 815mm dan berat kasar 183kg. Kapasiti tangki minyak 17 liter.
  • Soket pengecas disediakan sebelah panel meter jenis kombinasi analog dan digital

BACA >>> Modenas Ninja 250 ABS (2023) Lancar Livery Kawasaki Racing Team, Harga RM21,800
BACA >>> Modenas Ninja 250 ABS (2023) Lancar Livery Kawasaki Racing Team, Harga RM21,800

adventure Emos Kawasaki Modenas Modenas Versys X250 roda2 Roslan Roskan touring
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Chery taja kejuaraan Piala Lee Chong Wei (LCWC) 2026
Auto Terkini

Chery Taja Kejuaraan Piala Lee Chong Wei 2026, Pentas Cungkil Bakat Muda Badminton

26/02/2026
Auto Terkini

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petros, Tuntutan RM7.95 Juta Petronas Sah

26/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

26/02/2026
Auto Terkini

Ducati DesertX 2026 V2, Enjin V2 890 cc Baharu Lebih Mudah Selenggara, Kerangka Trelis

26/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.