Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Selepas Bas, HORSE Masuk Bidang Maritim, Guna PHEV – Enjin HR13 1.3 Turbo!
Auto Terkini

Selepas Bas, HORSE Masuk Bidang Maritim, Guna PHEV – Enjin HR13 1.3 Turbo!

Abang HirataBy Abang Hirata20/03/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PENGELUAR kereta banyak bergantung kepada syarikat ketiga sama ada untuk pembangunan dan pembekalan teknologi.

Cara begini mempunyai faedah tersendiri dan paling mudah dilihat pada kotak gear yang sama dikongsi oleh model kereta berlainan syarikat.

Beberapa teknologi Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS) juga dibangunkan pihak ketiga sebelum disesuaikan mengikut kehendak pengeluar kereta.

Satu daripada syarikat berperanan sebagai pembekal adalah HORSE yang mengkhusus dalam sistem powertrain hibrid, plug-in hibrid (PHEV) dan pembakaran dalaman.

Sebagai sebahagian daripada Horse Powertrain, HORSE beroperasi di tujuh negara dengan lapan kilang pengeluaran dan tiga pusat R&D, termasuk di Brazil, Sepanyol, Portugal, Romania dan Turki.

Syarikat dimiliki Renault Group (45%), Geely (45%) dan Aramco (10%), serta membangunkan teknologi enjin yang menyokong mobiliti rendah pelepasan karbon.

Keberadaan Geely sebagai salah satu pemegang saham menimbulkan persoalan sama ada teknologi rangkaian kuasa HORSE akan digunakan dalam kenderaan Proton pada masa hadapan.

Selain kereta penumpang, HORSE mempunyai kerjasama dengan pengeluar bas terbesar di Amerika Selatan, Marcopolo dan pembuat perkakasan elektronik multinasional dari Brazil, WEG bagi membangunkan bas mikro hibrid Volare Attack 9.

Selepas pengangkutan darat, kini buat pertama kalinya, HORSE meluaskan kepakarannya ke sektor maritim.

Kerjasama Strategik dengan Hybdor Tech

HORSE menandatangani perjanjian dengan Hybdor Tech, sebuah syarikat pemula dari Brazil untuk membekalkan enjin bagi Hybdor Duotech 200E dan menariknya sistem rangkaian kuasa marin hibrid plug-in (PHEV).

Dibangunkan untuk kapal layar dan kapal Kelas 2 (26-40 kaki panjang), Hybdor Duotech 200E menggunakan enjin HR13 keluaran HORSE, iaitu enjin 1.3L, 4-silinder Turbo Flex Fuel yang direka untuk beroperasi menggunakan petrol dan etanol.

Ini menjadikannya di antara sistem rangkaian kuasa marin komersial pertama yang direka untuk beroperasi dengan bahan api flex-fuel (gabungan petrol dan etanol) dan boleh menggunakan etanol tulen sebagai bahan api.

Teknologi Hibrid Terkini

Seperti PHEV dalam kenderaan darat, Hybdor Duotech 200E menawarkan tiga mod operasi:

  • Mod pembakaran penuh – Beroperasi dengan bahan api seperti enjin konvensional
  • Mod elektrik penuh – Pergerakan senyap tanpa pelepasan karbon
  • Mod boost – Gabungan enjin pembakaran dan motor elektrik untuk kuasa tambahan

Bateri sistem ini boleh dicas penuh dalam masa 90 minit melalui sumber kuasa luaran dan juga boleh dicas semasa enjin sedang beroperasi.

Prestasi dan Kecekapan

Dihasilkan di kilang HORSE di Curitiba, Brazil, enjin HR13 menawarkan:

  • 163PS (120kW) kuasa maksimum
  • 250Nm tork pada 1,600rpm

Manakala motor elektriknya menambah:

  • 25PS (18kW) kuasa puncak
  • 60Nm tork maksimum

Gabungan ini meningkatkan jarak perjalanan kapal, mengurangkan penggunaan bahan api dan pelepasan karbon, serta mengurangkan bunyi dan getaran untuk pengalaman navigasi yang lebih selesa.

Komitmen ke Arah Mobiliti Mapan

Penyertaan HORSE dalam sektor maritim seiring dengan usaha global dalam peralihan tenaga kepada teknologi yang lebih bersih.

Dengan keupayaan untuk menggunakan etanol sepenuhnya, Hybdor Duotech 200E menetapkan penanda aras baharu dalam industri marin, menjadikannya satu langkah penting ke arah penyelesaian mobiliti rendah pelepasan karbon.

Kerjasama antara HORSE dan Hybdor membuka lembaran baharu dalam teknologi marin hibrid, dengan gabungan bahan api fleksibel, kecekapan tenaga yang lebih tinggi dan pelepasan karbon yang lebih rendah.

Ini bukan sahaja meningkatkan prestasi kapal tetapi juga mengukuhkan peranan HORSE dalam inovasi rangkaian kuasa untuk masa depan yang lebih lestari.

HORSE HR13 Hybdor Duotech 200E
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    26/03/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, RON97 dan Diesel Semenanjung Cecah Lebih RM5 Seliter

    26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.