Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Sedan Mewah Penuh Seni Jepun, Lexus LS (2018) Bakal Tiba! Tempahan Kini Dibuka
Roda4

Sedan Mewah Penuh Seni Jepun, Lexus LS (2018) Bakal Tiba! Tempahan Kini Dibuka

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LEXUS Malaysia mengumumkan tempahan sedan mewah, LS (2018) yang kini dibuka di semua pusat jualan Lexus seluruh Malaysia. Diimport dari Jepun, Lexus LS didatangkan dalam tiga pilihan varian: LS Luxury, LS Executive dan LS Executive (Hybrid).

Harga setiap varian ialah:

  • LS Luxury: RM799,000 (Semenanjung); RM800,166.70 (Sabah/Sarawak)
  • LS Executive: RM999,000 (Semenanjung); RM1,000,166.70 (Sabah/Sarawak)
  • LS Executive (Hybrid): RM1,459,000 (Semenanjung);  RM1,460,132.00 (Sabah/Sarawak)

Selepas sedekad di pasaran tempatan, model generasi ke-5 tersebut melakukan inovasi semula jenama itu dari segi kemewahan dengan mengorak selangkah ke depan berbanding pendahulu lain dalam bentuk platform dan trenkuasa, termasuk gaya dan kehalusan kerja tangan.

BACA >>> Lexus LS 500 (2018) Serlahkan Kehalusan Seni dan Budaya Jepun

Debut pertama kali sempena Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2017 di Detroit, Amerika Syarikat (AS), LS (2018) buat kali pertama menggunakan enjin 3.5L V6 pengecas turbo kembar berkuasa 415hp dengan dipadankan transmisi automatik 10-kelajuan dan sistem stereng prediktif intuitif yang menghasilkan pengendalian mantap, dan meningkatkan kecekapan bahan api.

LS baharu turut tampil dengan rekabentuk yang mewakili kerja tangan rumit Jepun. Luaran, penampilan siluet baru boleh dilihat menerusi rekaan coupe 4-pintu, dan masih mengekalkan keluasan ruang daripada rekaan tradisional 3 Kotak (3 Box).

KETELITIAN KEMASAN

Ketelitian kemasan dapat dilihat pada ciri kaca potongan Kiriko (Kiriko cut glass) dan trim pintu tangan berlisu (hand pleated). Kedua-dua ciri itu berubah mengikut situasi pencahayaan, sekali gus mewujudkan elemen semula jadi yang mewakili kemewahan. Sedan mewah berkenaan juga dipadankan Sistem Keselamatan Lexus, merangkumi Sistem Pra Perlanggaran dan Amaran Tukar Lorong (Lane Departure Alert).

Direka dan dipasang di kilang Tahara, LS (2018) mendapat sambutan menggalakkan di Jepun menerusi pra tempahan 9,500 unit yang mana rekod itu melebihi 1,600 peratus  berbanding sasaran jualan cuma 600 unit sebulan.

Pasaran tempatan akan menerima LS (2018) pada suku pertama tahun ini. Kepada pembeli berminat, tempahan kini sudah mula dibuka di pusat jualan Lexus. Setiap pembelian LS (2018) didatangkan dengan waranti lima tahun meliputi perbatuan tanpa had.

GALERI

Lexus Lexus LS Lexus Malaysia LS 2018 LS Executive LS Executive (Hybrid) LS Luxury NAIAS 2017 Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2017
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

HEV

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, dan Tork 935Nm

07/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.