Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Baru Sebulan di UK, Chery Pecah Angka 1,000 Unit Pendaftaran!
Auto Terkini

Baru Sebulan di UK, Chery Pecah Angka 1,000 Unit Pendaftaran!

Abang HirataBy Abang Hirata07/10/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Chery UK catat tempahan lebih 1,000 unit sebulan

DALAM dunia automotif yang sengit dan tepu, kehadiran jenama baharu selalunya disambut skeptikal. Namun dalam tempoh sebulan pelancaran rasmi, satu jenama membuktikan bukan sekadar pemain baru, tetapi penggempur serius.

Chery UK mencatatkan permulaan cemerlang apabila memecahkan angka keramat 1,000 unit jualan pada bulan pertama pendaftaran rasmi di Britain.

Lebih 1,000 Unit Sepanjang September 2025

Logo SMMT
Logo Chery

Data dikeluarkan Persatuan Pengeluar dan Peniaga Kenderaan Bermotor (SMMT) mengesahkan Chery UK merekodkan 1,287 unit pendaftaran kenderaan baharu sepanjang bulan lalu (September 2025).

Angka itu bukan saja meletakkan Chery pada peta persaingan dengan penguasaan pasaran sebanyak 0.41 peratus, tetapi menunjukkan daya tarik jenama itu dalam kalangan pemandu Britain. Itu juga satu kejayaan dramatik, terutama di pasaran yang dikenali sebagai antara paling mencabar di dunia.

Barisan Tiggo Jadi Kuasa Utama

Chery Tiggo 7
Chery Tiggo 8

Kekuatan awal itu didorong barisan kenderaan utiliti sukan (SUV) perdana Chery Tiggo 7 dan Chery Tiggo 8. Kedua-dua model itu dilihat berjaya menarik perhatian pembeli dengan gabungan menarik antara rekabentuk kontemporari, teknologi canggih dan paling penting, tawaran nilai luar biasa.

September mewakili langkah pertama penting untuk Chery di Britain.

“Melihat bulan pertama pendaftaran rasmi, kami memberikan asas kukuh mengesahkan apa yang sudah kami percaya, iaitu barisan Chery Tiggo diterima baik pemandu Britain.” – Farrell Hsu, Pengarah Negara Chery UK.

Masa Depan Chery di UK Cerah

Chery Tiggo 4
Chery Tiggo 4
Chery Tiggo 9
Chery Tiggo 9

Momentum Chery dijangka terus meningkat. Pengeluar dari China itu mengesahkan portfolio akan diperluas tidak lama lagi menerusi ketibaan Chery Tiggo 4 dan SUV perdana, Chery Tiggo 9.

Dengan tambahan itu, Chery akan menawarkan barisan SUV lengkap, yang bersedia memenuhi pelbagai segmen dan keperluan pengguna.

Waranti 7 Tahun

Kepercayaan Chery terhadap pasaran Britain juga jelas dilihat melalui tawaran jaminan diberikan. Setiap kenderaan Chery didatangkan dengan waranti kenderaan 7 tahun atau 100,000 batu, dan waranti bateri 8 tahun atau 100,000 batu (untuk model berkenaan), termasuk sokongan bantuan tepi jalan RAC.

Tawaran itu membuktikan komitmen jangka panjang Chery untuk membina kepercayaan dan kehadiran yang kekal di Britain.

Harga Chery UK

Chery Tiggo 7
Chery Tiggo 8

Chery Tiggo 7 dan Chery Tiggo 8 masing-masing ditawarkan pada harga atas jalan bermula £24,995 (RM141,630) dan £28,545 (RM161,805).

Selain sokongan waranti komprehensif, setiap kenderaan Chery UK dipakejkan bantuan tepi jalan RAC sebagai standard untuk tiga tahun pertama, tertakluk servis tahunan.

Chery memasuki pasaran Britain pada awal musim panas tahun ini, yang disokong rangkaian awal 25 pengedar dan terus diperluas.

Chery Tiggo 8
Chery Tiggo 8
Chery Tiggo 8
Chery Tiggo 7
Chery Tiggo 7
Chery Tiggo 9
Chery Tiggo 9
Chery Tiggo 4
Chery Tiggo 4
Logo SMMT
Chery Chery di Britain Chery Tiggo 4 Chery Tiggo 7 Chery TIggo 8 Chery Tiggo 9 Chery UK Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) SUV
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.