Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Sebuah Kisah Panjang Carlos Ghosn, Siapakah Dia dan Apakah Skandal Dilakukannya?
Auto Terkini

Sebuah Kisah Panjang Carlos Ghosn, Siapakah Dia dan Apakah Skandal Dilakukannya?

Han OthmanBy Han Othman20/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MINGGU ini bakal kecoh dengan peristiwa Carlos Ghosn diberkas, tetapi siapa lelaki ini sebenarnya dalam dunia automotif? Kenapa dia dianggap antara individu hebat dalam industri tersebut? Apakah kesalahan yang dilakukan Ghosn hingga menyebabkan beliau ditahan dan berdepan risiko dipenjara?

Ceritanya begini…

Ghosn ialah individu yang bertanggungjawab mewujudkan pakatan automotif antara Nissan dan Renault. Beliau dipuji atas kapasiti menyelamatkan Nissan, membangunkan semula Renault dan mendefinisikan semula tentang cara bagaimanana pengeluar patut saling berkongsi teknologi.

Pada 2016, pakatan berdua itu melebarkan pengaruh dengan menjemput masuk Mitsubishi. Hasilnya, 10.6 juta unit kenderaan dijual setahun! Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi sedang dalam landasan tepat untuk mengetepikan gergasi automotif dunia seperti Toyota dan Volkswagen, tahun ini. Malah, tahun lalu sudah pun mengalahkan Volkswagen Group.

BACA >>> Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Paling Laris di Dunia (2017), Tewaskan Volkswagen

TENTANG GHOSN, NISSAN, RENAULT DAN MITSUBISHI

Dilahirkan di Brazil, Ghosn ialah anak kepada sepasang suami isteri dari Lebanon. Beliau menerima pendidikan di beberapa universiti elit di Perancis sebelum meraih reputasi hebat di Nissan pada 1999. Di Renault, ketika menyandang jawatan Naib Presiden Eksekutif, beliau berjaya memiliki pegangan saham besar dalam Nissan, yang sedang di ambang kejatuhan.

Di Nissan, Ghosn melakukan perubahan besar dengan menutup 5 kilang domestik di Jepun dan mengurangkan 21,000 pekerjaan. Beliau juga menyusun penyatuan antara Renault dan Nissan yang membolehkan masing-masing beroperasi seperti pengeluar automobil tunggal. Malah, pakatan yang diwujudkan membolehkah dua pengeluar itu berkongsi kos pembangunan model baharu dan melakukan rundingan terbaik dengan pembekal dengan saling membeli komponen secara bersama.

BACA >>> Mitsubishi Kini Nissan-Renault Yang Punya!!!

Sebagai pengerusi dan pegawai eksekutif pakatan itu, Ghosn cukup diraikan di Jepun hinggakan kisah hidup beliau di-manga-kan. Beliau juga mendapat sokongan politik daripada Kerajaan Perancis yang memiliki 15 peratus saham Renault walaupun ada pertikaian mengenai isu pampasan.

Pada 2016 dan 2017, pendapatan Ghosn di Renault mula dipertikaikan Kerajaan Perancis dan pemegang saham kumpulan, hingga memaksa beliau bersetuju memotong 30 peratus gaji diterimanya tahun ini sebagai imbalan kepada tempoh 4 tahun sebagai pegawai eksekutif.

Di bawah Ghosn, pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi berjaya menangani kerencaman budaya kebangsaan dan korporat berbeza, sesuatu yang sukar dilakukan banyak perikatan automobil antarabangsa seperti Daimler dan Chrysler yang dibubarkan pada 2007.

BACA >>> Thierry Henry Kembali dalam Iklan TV Renault untuk Liga Perdana Inggeris (EPL) 2018/19

Ghosn dilihat sebagai ikon pengurus dunia yang sukses dalam melakukan multitugas sebagai CEO untuk Nissan dan Renault sejak 2005 hingga 2017. Beliau dilaporkan terbang antara Paris dan Tokyo selang beberapa minggu. Malah menjadi bintang media menerusi penampilannya sebagai panelis dalam Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos dan meraikan perkahwinannya pada 2016 di Versailles bersama aktor-aktor yang berpakaian kostum abad ke-18.

Beliau meraih reputasi sebagai pengurus tegas yang melaksanakan pelan bisnes ketat dan pada masa sama memantau sendiri perkembangan tentang segala apa dirancangkan. Malah, ramai pakar ekonomi mengakui Nissan atau Renault tidak akan selamat tanpa Ghosn.

TERJERUMUS KE LEMBAH PENYELEWENGAN


Menurut fail Nissan, Ghosn dibayar ¥735 juta (RM27.3 juta) secara tunai pada 2017, berkurangan 33 peratus daripada ¥1.1 bilion (RM40.9 juta) yang beliau terima pada 2016.

Beliau mengundurkan diri daripada jawatan tertinggi di Nissan tahun lalu, tetapi kekal sebagai pegawai atasan Pakatan tersebut. Tindakan itu dibuat bulan lalu ketika beliau memberitahu wartawan tentang rancangannya kekal dalam jawatan CEO hingga 2020. Ghosn dikhabarkan dibayar Mitsubishi Motors sebanyak ¥227 juta (RM8.4 juta) dalam tunai dan opsyen saham, tahun lalu.

Minggu ini, Ghosn ditahan selepas pihak inkuiri dalaman syarikat mendapati beliau memberikan laporan palsu tentang pampasannya kepada Kerajaan Jepun beberapa tahun lalu.

Ketua Eksekutif Nissan, Hiroto Saikawa berkata, ahli lembaga pengarah akan berjumpa Khamis ini dan dia sendiri akan menyarankan supaya Ghosn digugurkan.

“Tidak perlu kata apa-apa lagi, tindakan ini tidak boleh diterima syarikat,” katanya.

Saikawa dalam sidang media di ibu pejabat Nissan di Yokohama menyifatkan Ghosn dan rakan sekutunya, Greg Kelly, yang juga ditahan Isnin lalu, sebagai dalang utama dalam kes penipuan kewangan terhadap pihak berkuasa kewangan Jepun. Kelly ialah pengarah Amerika pertama Nissan yang dilantik pada 2012 dengan profil yang sedikit kurang berbanding Ghosn.

“Saya sangat kecewa,” kata Saikawa yang enggan tunduk memohon maaf di depan kamera televisen yang menjadi kebiasaan dalam budaya Jepun.

“Saya rasa kecewa dan putus asa, dan marah atau geram,” katanya.

Renault, yang memiliki 43 peratus saham Nissan, berkata, ahli lembaga pengarah akan berjumpa secepat mungkin untuk membincangkan isu berkenaan, tetapi tiada perincian didedahkan. Mitsubishi turut mengeluarkan kenyataan sama. Nissan pula menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan pendakwa Jepun dalam siasatan terhadap Ghosn atas dakwaan gagal mengemukakan jumlah gaji sebenar dan menggunakan aset syarikat untuk tujuan peribadi.

APA JADI PAKATAN BERTIGA NANTI?


Pada Oktober 2017, Nissan menghentikan pengeluaran di semua kilang di Jepun selepas membongkar kes beberapa juruteknik tidak bertauliah melakukan pemeriksaan kenderaan. Pada Julai tahun itu juga, pengeluar tersebut turut mengakui melakukan penipuan ke atas ujian emisi dan ekonomi bahan api.

Jadi bagi Nissan, Ghosn ialah hero kerana berjaya menyelamatkan syarikat itu dan menurut penganalisis, kehilangannya pasti sangat dirasai, tetapi pada masa sama cukup memalukan.

Kerajaan Perancis sebagai pemilik terbesar saham Renault menerusi Presiden Emmanuel Macron berkata, masih terlalu awal memberikan sebarang komen tentang penangkapan Ghosn. Namun, Kerajaan sentiasa berwaspada tentang kestabilan pakatan antara Renault dan Nissan.

Menurut Macron, Kerajaan Perancis akan berusaha mengekalkan kestabilan dan menyokong penuh pekerja Renault yang menggajikan lebih 47,000 pekerja di negara itu.

BACA >>> Renault Tidak Minat Lagi Masuk Pasaran Amerika, Lebih Teruja dengan China, Rusia

SUDAH LAMA JADI KONTROVERSI

Tuntutan Ghosn sudah lama didebatkan. Pada 2016, Renault didesak Macron, yang menjadi Menteri Kewangan ketika itu, supaya mengurangkan pampasan. Bagaimanapun Ghosn pada 2017 bertegas dengan pakej €7.4 juta (RM35.4 juta) yang akhirnya diluluskan pemegang saham Renault.

Namun, di Jepun, pampasan Ghosn jadi lebih jelas. Eksekutif di Jepun biasanya dibayar kurang daripada mereka yang digajikan dari Amerika atau Jepun. Pengerusi Toyota, Takeshi Uchiyamada sebagai contoh, dibayar ¥181 juta (RM6.7 juta) pada 2017, berbanding Ghosn, ¥735 juta (RM27.3 juta), beza yang cukup banyak.

Pelabur asing cenderung mengkritik syarikat Jepun atas bayaran eksekutif yang rendah. Bagi pasaran Jepun, kebimbangan utama daripada pelabur antarabangsa ialah persoalan tentang bayaran pampasan akan mengurangkan insentif, kata pakar kewangan di Universiti Waseda di Tokyo, Hideaki Miyajima.

“Kritikan ke atas firma Jepun ialah pampasan tiada kaitan dengan prestasi, dan pemimpin Jepun kurang mahu mengambil risiko.” katanya

Auto Terkini autotainment Carlos Ghosn Emmanuel Macron Hiroto Saikawa Mitsubishi Nissan Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Renault Skandal Carlos Ghosn
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

10/04/2026
Auto Terkini

Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

09/04/2026
Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
Auto Terkini

Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

09/04/2026
Pemandu e-hailing dan pengendali bot berdaftar dapat tambahan subsidi BUDI95 15 Oktober 2025
Auto Terkini

MOT: e-Hailing Digalak Perluas ‘Carpool’ Bagi Kurangkan Kos Petrol

09/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

By Shazwan Hisam03/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
Moto Morini X-CAPE 700 2026
Roda2

Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

By Shazwan Hisam03/04/2026
Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
Auto Terkini

Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

By Shazwan Hisam04/04/2026
Auto Terkini

Perodua Bezza Potong ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie09/04/2026
Roda4

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

By Shazwan Hisam01/04/2026
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

By Han Othman01/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.