Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Scania Iktiraf Syarikat dari Malaysia Pengangkutan Ketiga Terbaik Kurangkan Emisi CO2 
Auto Terkini

Scania Iktiraf Syarikat dari Malaysia Pengangkutan Ketiga Terbaik Kurangkan Emisi CO2 

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize06/04/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SYARIKAT Circular Agency and North-South Transport (CANST) diberi pengiktirafan khas kerana menjadi syarikat pengangkutan ketiga terbaik sebagai tanda penambahbaikan dalam usah mengurangkan emisi karbon dioksida (CO2) melalui perjanjian perkongsian ‘ScaniaEcolution’.

Kejayaan itu mendorong CANST terus komited menerusi pembelian Scania G410A6x2NZ (4 unit) dan Scania G360A4x2NA (6 unit) baharu dengan kontrak Baik Pulih & Penyelenggaraan (R&M).

Kejayaan dan komitmen CANST secara rasmi itu diraikan dalam satu majlis yang dihadiri Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara, Heba El Tarifi, dan Pengarah Urusan Batu Kawan Berhad, Datuk Lee Hau Hian di premis CANST.

CANST ialah subsidiari Kumpulan Batu Kawan Berhad.

Cabaran ‘A Good Driver’ bertujuan mencari pemandu terbaik yang berjaya meningkatkan pengurangan pelepasan CO2. Scania memutuskan memberi pengiktirafan khas kepada tiga syarikat terbaik dalam pengurangan emisi CO2.

Ini termasuk mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak 20 peratus daripada pengangkutan darat pelanggan bagi setiap tan pengangkutan, dan 50 peratus daripada operasi sendiri menjelang 2025 (menggunakan 2015 sebagai garis dasar).

Sebagai rakan kongsi ‘Ecolution’ dengan Scania, syarikat baik dan pemandu baik adalah sebahagian perjalanan ke arah mencapai Sasaran Berasaskan Sains (SBT) Scania untuk mengurangkan pelepasan CO2 seiring inisiatif SBT (iSBT).

Melalui langganan kontrak R&M, operasi CANST dapat mengelak kebimbangan kos boleh ramal. Justeru CANST dapat menumpukan kepada perniagaan dengan masa henti dirancang, dan memberikan masa operasi maksimum menerusi penjadualan tepat untuk R&M, sekali gus menghindar gangguan dalam suasana tenang operasi harian.

Lee berkata;

Kami mengekalkan standard sangat tinggi dalam hal keselamatan terhadap produk kami hantar. Inilah sebab kenapa pemandu CANST terlatih sangat sesuai dengan ciri keselamatan tambahan dalam trak Scania.

“Secara keseluruhan, saya gembira menyatakan Scania benar-benar menyediakan keselamatan terbaik kepada kami dan pengurangan pelepasan CO2 untuk melancarkan operasi penghantaran harian kami. Trak Scania benar-benar mesra alam.”

CANST mempunyai lebih 40 tahun pengalaman dalam penyediaan solusi logistik bahan kimia berbahaya di Malaysia, Singapura dan Thailand. Semua kenderaan syarikat itu mematuhi penuh peraturan keselamatan tempatan dan dilengkapi sistem pengesanan.

Selain itu, pemandu CANST juga sangat terlatih, berpengetahuan, dan berpengalaman dalam mengendalikan bahan kimia untuk penghantaran yang boleh dipercayai dan selamat kepada pelanggan utama.

Heba berkata;

Dengan meluaskan perkongsian ‘Scania Ecolution’ dan kontrak Baik Pulih & Penyelenggaraan (R&M), penghantaran terbaru ini menunjukkan komitmen sebenar CANST dalam menjaga alam sekitar dan kecemerlangan operasi.”

BACA >>> Scania Serah Dua Bas kepada Asrama Felda, MRSM Perak Sebagai Program CSR
BACA >>> Perdana Group, Scania Malaysia Meterai Kontrak Selenggara, Baik Pulih Bas Ecolution

Auto Terkini CANST Circular Agency and North-South Transport co2 Emisi Karbon karbon dioksida Scania
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    01/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #BIMS2026: BMW iX3 2026 Debut di Bangkok, Jarak 805 km WLTP, Harga Hampir RM450k

    01/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Mitsubishi Xpander HEV 2026 Kini Dengan ADAS, Harga Dari RM114k di Thailand

    01/04/2026
    Lepas L4 tayang di BIMS 2026
    Roda4

    #BIMS2026: Lepas L4 Sasar Segmen SUV Elektrik, Jarak Hingga 450km WLTP

    01/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.