• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Saya Impikan Pasukan Sendiri - Ahmad Fazli Sham

Saya Impikan Pasukan Sendiri - Ahmad Fazli Sham

September 1, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

32
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Ahmad Fazli ShamPELUMBA Petronas Yamaha Maju Motor, Ahmad Fazli Sham yang kini menghuni tangga kedua keseluruhan CP130 Cub Prix musim 2016 berharap dapat menebus kesilapan dan kembali menaiki podium pada perlumbaan pusingan ke-7 di Pasir Gudang, Johor, minggu ini.

Juara dua kali kelas perdana itu berharap dapat menamatkan menamatkan kariernya dengan cemerlang dan pada masa sama merancang untuk memiliki pasukan sendiri apabila bersara dari dunia perlumbaan Cub Prix.

Ini kerana perkara sama turut dilakukan oleh bekas pelumba Cub Prix seperti Ahmad Fuad Baharudin, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini, Yong Yin Hoe, Soong Chee Kieong dan ramai lagi.

Sepanjang pembabitan dalam karier dunia permotoran, anak mudah berusia 34 tahun itu telah meraih pelbagai gelaran termasuk juara berganda kelas Novis pada 2007 dan 2008 serta juara Underbone Kejuaraan Motosikal Asia FIM pada 2004.

Fazli yakin mampu mempunyai pasukan sendiri dan melahirkan bakat-bakat muda negara satu hari.

Ahmad Fazli Sham
Ahmad Fazli Sham

TUBUH PASUKAN SENDIRI

" Jika sudah sampai masa untuk bersara, jalan terbaik tentulah menubuhkan pasukan sendiri untuk terus menyumbang dan berada dalam dunia sukan permotoran ini.

" Dengan cara ini, mungkin saya masih berpeluang untuk berada di atas podium tanpa perlu menyarung sut perlumbaan itu sendiri," ujar Fazli yang memiliki bengkel motosikal sendiri di Taiping, Perak.

Sepanjang Cub Prix musim 2016, Fazli kini berada di tangga kedua keseluruhan dengan 98 mata, 27 mata ketinggalan di belakang rakan sepasukan, Kasma Daniel Kasmayudin yang mengumpul 125 mata.

32
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Ahmad Fazli Sham, CP130, Cub Prix 2016, KEJUARAAN Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, Petronas Yamaha Maju Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my