Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Sanggup Hempaskan Pesawat Demi Konten, YouTuber Digantung Lesen Penerbangan
Auto Terkini

Sanggup Hempaskan Pesawat Demi Konten, YouTuber Digantung Lesen Penerbangan

WahidBy Wahid10/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG YouTuber dari Amerika Syarikat (AS) digantung lesen penerbangan selepas didapati bersalah kerana sengaja menghempaskan pesawat dikendalinya untuk melakukan konten di media sosial.

YouTuber, Trevor Jacob ialah mantan juruterbang dan atlet pasukan Olimpik AS di Sukan Olimpik 2014 di Sochi, Rusia pada 2014. Video itu dimuat naik dalam YouTube pada 24 Disember 2021, berjudul ‘I Crashed My Plane’ (Saya Menjunamkan Pesawat Saya).

BACA >>> 5 Fakta Menarik Antonov AN-225, Pesawat Terbesar Dunia di Ukraine yang Dimusnahkan Rusia

Jacob mendakwa dia hendak menaburkan abu kawannya yang terkorban dalam sebuah insiden meluncur angin. Namun, sebelum tiba ke destinasi, dia mendakwa pesawat Taylorcraft (1946) itu mengalami kerosakan enjin apabila berada di ruang udara Los Padres National Forest.

Dia kemudian bertindak melompat keluar dari pesawat itu menggunakan payung terjunm dan semua aksi itu dirakamkan dalam beberapa unit kamera, termasuk aksinya keluar dari pesawat dengan sebatang kayu swafoto.

BACA >>> Firma AS Bina Pesawat Hipersonik Sepantas 6,790kmj! New York – London Kurang Sejam

Badan Pentadbiran Penerbangan Kebangsaan Amerika Syarikat (FAA) kemudian melancarkan siasatan berikutan kemalangan tersebut.

Beberapa YouTuber pakar penerbangan, yang juga juruterbang aktif seperti Mentour Now!, Trent Palmer dan MojoGrip tampil mempersoalkan tindakan Jacob itu disengajakan untuk mendapatkan populariti. Ini kerana dia langsung tidak mengambil inisiatif untuk cuba mendaratkan pesawat, sebaliknya dibiarkan terjunam.

Ada juga juruterbang mendakwa suis pam minyak pesawat dalam video itu berada pada posisi ‘OFF’, bermaksud Jacob hanya membawa secukup minyak saja hingga enjin pesawatnya terpadam, sekali gus tidak menyebabkan kebakaran apabila terhempas dalam kawasan hutan.

Ada juga ternampak pemadam api kecil yang disorokkan dalam seluar Jacob yang menjawab dakwaan dia sememangnya merancang memadamkan api untuk menyelamatkan kandungan video dalam kamera GoPro dipasangnya.

Siasatan FAA akhirnya mendapati pesawat itu tidak mengalami sebarang kerosakan dan Jacob sengaja memalsukan laporan. Justeru, FAA memutuskan menggantung lesen penerbangan Jacob. Portal FAA berkata;

Anda menunjukkan tiada niat menjaga, pertimbangan dan tanggungjawab demi mendapatkan kandungan video.”

FAA juga mendakwa Jocob tidak melaporkan masalah yang dimaklumkan kepada pengawal trafik penerbangan, dan tidak cuba menghidupkan kembali enjin pesawat yang kononnya bermasalah. Mereka juga mendakwa Jacob ada banyak peluang untuk meluncurkan pesawatnya ke beberapa lapangan terbang berdekatan walaupun enjin pesawatnya betul-betul rosak.

Tambah lagi, Jacob bertindak mencari semula bangkai pesawat tersebut dan cuba dilupuskan selepas mengambil semula kamera yang dipasangkan. Laporan FAA itu diakhiri  komen;

Aksi anda sudah merosakkan harta benda dan membahayakan pihak lain.”

Namun, FAA tiada kuasa menjatuhkan hukuman lebih berat terhadap Jacob. Sebaliknya, dapatan laporan itu membolehkan beberapa pihak berkuasa mengambil tindakan jenayah atas tuduhan menerbangkan pesawat secara melulu, merosakkan harta benda, membahayakan nyawa lain dan merosakkan kawasan hutan simpan yang juga kawasan konservasi burung kondor terancam, selain berisiko menyebabkan kebakaran hutan.

Video itu mendapat 1.89 juta tontonan dengan 20,000 reaksi, tetapi ruangan komen sudah ditutup.

BACA >>> MAS Mohon Maaf Isu Penyaman Udara, Penumpang Pindah Pesawat Lain
BACA >>> Pesawat Angkasa China Tidak Perlu Bantuan Roket, Boleh Berlepas Dari Lapangan Terbang

Auto Terkini Badan Pentadbiran Penerbangan Kebangsaan Amerika Syarikat (FAA) Taylorcraft (1946) YouTuber
Wahid

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.