• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sainz Tamatkan Aksi 7,500km dengan MINI JCW Buggy untuk Juara Rali Dakar 2020

Sainz Tamatkan Aksi 7,500km dengan MINI JCW Buggy untuk Juara Rali Dakar 2020

January 24, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

65
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS berhari-hari berlumba, dengan jarak trek sekitar 7,500km, kejuaraan Rali Dakar 2020 yang julung kali diadakan di Arab Saudi melabuhkan tirai dengan kemenangan menjadi milik pelumba handalan, Carlos Sainz dan jurupandu arah, Lucas Cruz daripada pasukan Bahrain, JCW X‑raid.

Ini kejuaraan ketiga buat pasangan Sepanyol itu selepas menjadi juara 2010 dan 2018. Pasangan itu turut membantu MINI memenangi perlumbaan ikonik tersebut buat kali kelima.

BACA >>> Nasser dan Hilux Bantu Toyota Raih Gelaran Pertama Rali Dakar

Sainz (kanan) dan Cruz meraikan kemenangan sebagai juara Rali Dakar 2020.

Sainz dan Cruz memandu jentera MINI John Cooper Works Buggy untuk menamatkan perlumbaan dengan jarak masa 6:21 minit di depan juara Rali Dakar tahun lalu, Nasser Al-Attiyah.

Seorang lagi pelumba, Stéphane Peterhansel, dengan rekod juara Rali Dakar 13 kali, menamatkan perlumbaan di tempat ketiga bersama jurupandu arah, Paulo Fiuza. Pasangan itu, yang juga mewakili Bahrain JCW X‑raid, mencatatkan masa 9:58 minit di belakang Sainz dan  Cruz, sekali gus mengukuhkan dominasi MINI di podium.

BACA >>> Padah Tidak Dengar Amaran, Kereta Rookie Rali Dakar 2018 Tergolek dan Hancur

Kedua-dua pelumba itu menang lapan daripada 12 peringkat perlumbaan, manakala jentera MINI mencatatkan masa terpantas dalam sembilan daripada 12 hari perlumbaan. Pasangan Vaidotas Zala dan Saulius Jurgelenas yang memandu MINI JCW Rally pula memenangi hari pertama perlumbaan.

Secara keseluruhan, tujuh pasangan yang memandu MINI JCW Buggy, JCW Rally dan ALL4 Racing menduduki kelompok 19 terbaik yang secara tidak langsung membuktikan kehebatan jentera MINI.

BACA >>> #PanduUji: Sebuah Kisah Sentimental Tentang MINI Cooper S Clubman

GALERI
Carlos Sainz (ESP) and his co-driver Lucas Cruz (ESP) 03
Carlos Sainz (ESP) and his co-driver Lucas Cruz (ESP) 01
Carlos Sainz (ESP) and his co-driver Lucas Cruz (ESP) 02
Carlos Sainz (ESP) and his co-driver Lucas Cruz (ESP) 04
Carlos Sainz (ESP) and his co-driver Lucas Cruz (ESP) 05
Carlos Sainz dan Stéphane Peterhansel
Carlos Sainz
Carlos Sainz
Co-driver Paulo Fiuza dan driver Stéphane Peterhansel
Lucas Cruz
Lucas Cruz
Stéphane Peterhansel (FRA) and his co-driver Paulo Fiuza 01
Stéphane Peterhansel
Bahrain JCW X‑raid Team 01
Bahrain JCW X‑raid Team

Artikel Berkaitan

65
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Bahrain JCW X‑raid, Carlos Sainz, Mini, MINI JCW Buggy, Mini John Cooper Works Buggy, Nasser Al Attiyah, Rali Dakar, Rali Dakar 2020, Stéphane Peterhansel

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my