• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Saifuddin: Bukan Semua Mesti Kerja Esok, Tak Perlu Tergesa-Gesa

Saifuddin: Bukan Semua Mesti Kerja Esok, Tak Perlu Tergesa-Gesa

May 3, 2020 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


KEPUTUSAN Kerajaan membenarkan hampir semua sektor ekonomi beroperasi semula bermula esok, bukan bermakna semua mesti dibuka esok dalam keadaan tergesa-gesa, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata, semua bergantung kepada majikan sama ada hendak memulakan operasi esok atau selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Keempat, pada 12 Mei ini.

Kita (Kerajaan) bagi tarikh esok untuk memulakan operasi sebab tidak mahu situasi meledak secara tiba-tiba pada (selepas)12 Mei nanti. Jadi lebih baik diberi keizinan ini dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

“Justeru, esok bukan bermakna semua (perniagaan) berjalan tetapi kita beri tarikh untuk peniaga, kilang atau syarikat sebagai persediaan untuk berjalan (beroperasi) memandangkan mereka perlu patuh prosedur operasi standard (SOP) yang ketat,” katanya.

Saifuddin yang hadir sebagai tetamu pada program Borak Kopitiam di siaran TV3 hari ini berkata, bukan mudah sesebuah perniagaan hendak mula beroperasi semula memandangkan setiap sektor ada SOP tersendiri yang perlu dipatuhi. Antaranya ialah menyediakan cecair pembasmi kuman, topeng muka dan melatih pekerja mengenai syarat SOP.

Menurutnya, apa yang penting masyarakat, terutama peniaga dan pekerja perlu ingat PKP masih belum berakhir dan semua bergantung kepada diri sendiri. Setiap orang perlu bekerja dengan penuh teliti dan berjaga-jaga dengan mengikut SOP ditetapkan.

KALAU MUNCUL KLUSTER BAHARU?

Apabila ditanya sekiranya PKPB tidak berjalan seperti dirancang, Saifuddin menjelaskan Kerajaan sudah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.

Keputusan ini (antara membenarkan operasi perniagaan dan kepentingan kesihatan) seumpama ditelan mati emak, diluah mati ayah. Jadi, ia dilakukan dengan berhati-hati dan berimbang.

“Jika berlaku lonjakan (kes), wujud kluster tertentu, kita akan isytiharkan kawasan tersebut sebagai zon merah dan hentikan aktiviti di tempat tersebut,” katanya.

BACA >>> Polis Maut Kena Rempuh Pemandu Trak Pikap Ingkar PKP, Dipercayai Mabuk
BACA >>> #TahukahAnda: Inilah 23 Aktiviti, Perniagaan DIHARAMKAN Sepanjang PKPB!
BACA >>> #TahukahAnda: 10 Sektor yang DIBENARKAN Buka Operasi 4 Mei Ini

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Keempat, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), PKP Fasa KeempaPerintah Kawalan Pergerakan (PKP), Tan Sri Muhyiddin Yassin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #TahukahAnda: Asal Usul 'Double Line', Malaysia Bukan Negara Pertama Buat Garisan Kembar!
    #TahukahAnda: Asal Usul 'Double Line', Malaysia Bukan Negara Pertama Buat Garisan Kembar!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #Perbandingan: Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo vs 1.5 Hybrid CSH, Mana Satu Nak Pilih?
    #Perbandingan: Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo vs 1.5 Hybrid CSH, Mana Satu Nak Pilih?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev