Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#Formula12025: Russell Menang GP Singapura, McLaren-Mercedes Juara Konstruktor Musim Ini
Auto Terkini

#Formula12025: Russell Menang GP Singapura, McLaren-Mercedes Juara Konstruktor Musim Ini

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam06/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pelumba Mercedes-AMG PETRONAS, George Russell menjadi juara F1 GP Singapura 2025

PELUMBA pasukan Formula Satu (F1) Mercedes-AMG PETRONAS, George Russell menutup hujung minggu di Marina Bay dengan kemenangan petak pertama di Grand Prix (GP) Singapura 2025.

Selain Russell, pasukan F1 McLaren-Mercedes turut mengesahkan gelaran Kejuaraan Konstrutor (Constructor Championship) musim ini selepas satu daripada dua jentera pasukan itu meraih podium, sekali gus melebarkan jurang mata yang tidak dapat dikejar pasukan lain hingga penamat musim ini.

Russell Dominasi dari Petak Utama

Pelumba Mercedes-AMG PETRONAS, George Russell menjadi juara F1 GP Singapura 2025
Pelumba Mercedes-AMG PETRONAS, George Russell menjadi juara F1 GP Singapura 2025

Bermula dari petak utama, Russell memimpin perlumbaan sebaik saja lampu padam dengan mengekalkan kelajuan hingga garisan penamat. Pelumba Britain itu mencatat kemenangan kedua musim ini dan kelima sepanjang karier.

Di barisan depan, drama tercetus apabila Lando Norris (McLaren-Mercedes) bersentuhan dengan pelumba Oracle Red Bull Racing, Max Verstappen dan juga rakan sepasukan, Oscar Piastri. Bagaimanapun, insiden itu tidak menghalang Russell daripada membuka jurang selesa di depan.

Verstappen Pertahan P2, McLaren Raih Kejuaraan

Pelumba Mercedes-AMG PETRONAS, George Russell menjadi juara F1 GP Singapura 2025
Pelumba Mercedes-AMG PETRONAS, George Russell menjadi juara F1 GP Singapura 2025

Verstappen terpaksa bekerja keras mempertahankan kedudukan kedua (P2) daripada tekanan Norris pada pusingan akhir, tetapi juara dunia empat kali itu berjaya mengekalkan kedudukan. Norris menamatkan perlumbaan di tempat ketiga (P3), manakala Piastri, P4.

Walaupun berlaku insiden sesama sendiri, mata dikutip kedua-dua pelumba itu sudah cukup buat McLaren meraih Kejuaraan Kontruktor F1 2025, kali kedua berturut-turut.

Rookie dengan Prestasi Cemerlang

Pelumba Mercedes-AMG PETRONAS, George Russell menjadi juara F1 GP Singapura 2025

Rakan sepasukan Russell, Kimi Antonelli tampil konsisten dengan menamatkan perlumbaan di tempat kelima (P5), manakala pelumba Scuderia Ferrari HP, Charles Leclerc menamatkan perlumbaan di P6, di depan rakan sepasukan Lewis Hamilton.

Namun, Hamilton dikenakan penalti 5 saat kerana melebihi had trek yang menyebabkan kedudukan pelumba itu jatuh ke kedudukan kelapan (P8).

Situasi itu memberi ruang kepada Fernando Alonso (Aston Martin Aramco Formula One Team) naik tempat ketujuh (P7), manakala Ollie Bearman (MoneyGram Haas F1 Team) meraih dua mata berharga di petak kesembilan (P9).

Carlos Sainz (Williams Racing) menutup kelompok 10 teratas selepas disingkirkan dalam sesi kelayakan.

Keputusan Lengkap

Pelumba Mercedes-AMG PETRONAS, George Russell menjadi juara F1 GP Singapura 2025

Berikut ranking 11-20 selepas kejuaraan F1 di GP Singapura 2025:

11. Isack Hadjar (Visa Cash App RB)
12. Yuki Tsunoda (Oracle Red Bull Racing)
13.  Lance Stroll (Aston Martin)
14.  Alex Albon (Williams Racing)
15. Liam Lawson (Visa Cash App RB)
16. Franco Colapinto (Alpine)
17. Gabriel Bortoleto (Stake F1 Team Kick Sauber)
18. Esteban Ocon (MoneyGram Haas F1 Team)
19. Pierre Gasly (Alpine)
20. Nico Hulkenberg (Stake F1 Team Kick Sauber)

Menariknya, tiada pelumba yang gagal menamatkan perlumbaan di GP Singapura kali ini.

Russell berkata;

Rasanya sangat menakjubkan, terutama selepas apa berlaku beberapa tahun lalu.

“Itu peluang terlepas, tapi hari ini kami menebusnya dengan cara terbaik. Aku sangat berterima kasih kepada pasukan, mereka bekerja keras sepanjang hujung minggu. Kami sendiri pun tidak sangka prestasi sehebat ini muncul, tapi saya sangat gembira,” kata Russell selepas perlumbaan.

Apa Seterusnya?

Aksi F1 akan dapat bakal beralih ke GP Amerika Syarikat 2025 di Austin, Texas pada 17-19 Oktober ini.

SUMBER: Formula1.com

2025 Formula 1 Singpore GP Formula 1 Formula Satu (F1) McLaren-Mercedes Formula 1 Team Mercedes-AMG petronas F1 Team Oracle Red Bull Racing Scuderia Ferrari HP sukan permotoran
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

SUV Coupé EV, Leapmotor B05 Diperkenal di Brussels Autosalon

02/03/2026
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
HEV

UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga Mula RM289k!

02/03/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTM Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.