Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Royal Enfield Juarai Pasaran Motosikal 350cc di India, Classic 350 Paling Popular!
Auto Terkini

Royal Enfield Juarai Pasaran Motosikal 350cc di India, Classic 350 Paling Popular!

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize21/06/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ROYAL Enfield muncul jenama motosikal paling popular bagi kelas enjin 350cc di India selepas menguasai 91 peratus pasaran segmen 350cc lain dalam masa sebulan.

Daripada 71,336 unit jualan motosikal 350cc yang terjual di India sepanjang Mei 2023, Royal Enfield menjual 64,923 unit jenama itu.

Sebanyak lima model Royal Enfield menguasai kategori 350cc dengan muncul jenama paling laris dalam segmen 350cc ke bawah.

Classic 350 muncul model Royal Enfield paling popular dengan jualan 26,350 unit walaupun 3,609 unit lebih rendah daripada angka jualan bulan sama tahun lalu (29,959 unit).

Hunter 350 pula menduduki tempat kedua dengan peningkatan jualan 3,070 unit, iaitu 18,869 unit terjual sepanjang Mei 2023 berbanding jualan April lalu (15,799 unit).

Bullet 350 berada di tangga ketiga pada Mei 2023 dengan penurunan 85 unit kepada 8,314 unit berbanding 8,399 unit (April 2023).

Meteor 350 pula mencatatkan jualan 7,024 unit, manakala Electra 350 merekod 4,366 unit jualan sepanjang Mei 2023.

Sebagai perbandingan, motosikal lain dalam carta motosikal 350cc paling popular di India selain Royal Enfield ialah Honda CB350 (terjual 4,080 unit), disusuli Jawa Yezdi (2,333 unit).

Sebagai makluman, Royal Enfield juga menawarkan model 350cc seperti Hunter 350, Classic 350 dan Meteor 350 untuk pasaran Malaysia.

BACA >>> Royal Enfield Dapat Dana Bangunkan Motosikal Elektrik, Model ICE Baharu
BACA >>> Royal Enfield Hunter 350 (2023) Dilancarkan, Harga Mula RM22k!

SUMBER: RushLane

Bullet 350 hunter 350 Meteor 350 Royal Enfield Royal Enfield Classic 350 Royal Enfield Meteor 350
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.