Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rossi Umum Masuk Yamaha Petronas Bulan Depan? Status Hafizh Buat Razlan Dilema
Auto Terkini

Rossi Umum Masuk Yamaha Petronas Bulan Depan? Status Hafizh Buat Razlan Dilema

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/08/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RUNDINGAN antara pelumba legenda Valentino Rossi dan pasukan Petronas Yamaha SRT dikhabarkan semakin hampir untuk dimuktamadkan.

Rundingan itu asalnya sudah disahkan sendiri Rossi dan bos Yamaha MotoGP, Lin Jarvis bulan lalu, tetapi selepas beberapa minggu berlalu masih tiada pengumuman rasmi dibuat pasukan pengilang itu.

Jarvis berkata, rundingan sedang berjalan dan cuma menunggu beberapa perkara perundangan untuk dimuktamadkan antara Yamaha, Petronas dan Rossi. Pengumuman rasmi dijangka dibuat di GP Misano yang kebetulan menjadi pusingan laman sendiri buat Rossi dan pasukan pengilang itu.

BACA >>> Rossi Gementar Tonton Detik Nyaris Maut di Austria, Akui Sudah Tua

RAZLAN DALAM DILEMA

Dalam perkembangan lain, pelumba negara yang kini bersaing dalam kelas Moto2, Hafizh Syahrin mengakui masih samar tentang masa depannya dalam kancah Kejuaraan Dunia MotoGP.

“Kalau ada rezeki ada la, kalau tak ada, saya akan terus berusaha,” kata Hafizh dipetik HMetro.

Kenyataan itu muncul selepas kenyataan prinsipal Petronas Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali mengakui berada dalam dilema untuk memilih antara Hafizh atau Rossi untuk mengisi pelana ditinggal Fabio Quartararo yang akan berhijrah ke pasukan pengilang Yamaha MotoGP, musim depan.

BACA >>> Rossi: “Berita Tu Tipu, Tapi 99% Aku Akan Masuk Petronas”

Walaupun Rossi pernah memberikan bayangan akan berhijrah ke Petronas Yamaha SRT musim depan, tetapi belum ada sebarang pengumuman rasmi dibuat pasukan satelit itu. Mengakui dirinya patriotik, Razlan mendakwa beliau sebenarnya sentiasa cuba menempatkan pelumba tempatan dalam aksi MotoGP.

Namun, apa berlaku bukan mudah kerana Petronas sendiri bernaung sebagai rakan kerjasama Yamaha yang memerlukan pelumba kompeten untuk bersaing dalam kelas premier MotoGP. Malah, reputasi Rossi sendiri mempunyai nilai pasaran tinggi untuk penjenamaan Petronas.

Rossi dengan sut Petronas akan mengundang sambutan luar biasa yang bukan saja daripada kalangan peminat tempatan, tetapi juga negara jiran seperti Indonesia.

Namun, Hafizh pun apa kurangnya kerana jika terpilih beliau akan turun sebagai wakil pelumba tempatan. Lihat saja impak diberikan beliau ketika bersama Yamaha Tech3 dan KTM Tech3 dulu. Foto dan status mengenai Hafizh mendapat respons hangat di media sosial. Ya, pelumba muda itu juga ada nilai pasaran untuk Petronas.

Namun, dari segi pemasaran global, reputasi, dan skil, Rossi nampaknya lebih berada di depan.  Saingan GP Misano akan bermula 13 September depan, dan sama-samalah kita tunggu apa akan berlaku.

BACA >>> Hafizh Masih Mahu Berlumba, Tapi…

Auto Terkini Datuk Razlan Razali Hafizh Syahrin MotoGP roda2 sukan permotoran Valentino Rossi VR46
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026

1 Comment

  1. Riezman on 03/09/2020 14:45

    Alahaii… 2 2 wa minat abis.. Dlema tuile…
    Kalu nk di ikutkan,, tentule brand 46 terlalu kuat utk d saingi oleh c 55… Moga ke 2 2 nya dpermudahkn…. Sbg ank Mlaysia 55 tetap dhati… Go Hafiz55 go…… 1day dream will come true… Not just a day dream …. Dare …

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.